Tukar master pump dan video cara bleeding brake

Salam, dikesempatan ini mari kita sambung belajar mekanik motor dan tugasan kita akan buat ialah menukar master pump atas brake disc yang sudah rosak kepada baru. Juga disertakan disini sebuah video lengkap cara bleeding brake motor yang khas dirakam untuk pembaca blog baikimotor.com.

Gambar master pump brake
Master pump baru

Ok, apa punca sebenarnya master pump atau brake pump atas perlu ditukar?

Masalah biasa dialami setelah lama pemakaian pada motor tersebut menyebabkan ada kebocoran pada injap/valve master pump atau dikenali dengan nama brake pump kit. Sebenarnya injap tersebut ada dijual untuk kita menukar ganti jika berlaku masalah. Injap brake bocor dapat dikesan apabila terlihat minyak brake pada bahagian handle motor,lebih tepat pada lever brake atas tersebut. Juga brake terasa kosong(tak ada brake) jika keadaan sudah parah.




Biasanya jika master pump asal adalah original motor saya syorkan tukar pump kit sahaja melainkan gagal setelah ditukar ataupun kit asal tersebut telah keras(jem).

Faktor terakhir kenapa ramai memilih menukar ganti master pump daripada menukar kit ialah kerana “mudah kerja” dan sekarang alat ganti tiruan(alternatif) banyak terdapat dipasaran dengan harga yang murah. Kualiti pastilah kurang baik berbanding original dari segi ketahanan tapi seperti master pump yang saya sudah dicuba ini tetap boleh pakai.

Gambar cara bleeding brake motor

Video cara bleeding brake motor Yamaha ego

Di dalam video dibawah ada menunjukkan cara bleeding minyak brake setelah menukar master pump. Master pump ini khas untuk motor Yamaha ego, juga boleh digunakan pada beberapa model Yamaha yang lain seperti Lagenda110,Y110ss,Y15 dan sepertinya.

Video 7:37

Jika belum maklum dalam proses bleeding brake motor ini perkara perlu diawasi ialah pada minyak brake itu sendiri kerana ia bersifat menghakis… Habis rosak cat baii…
Jadi please standby air sabun, siram pada tempat yang terkena minyak brake ya… šŸ™‚

Cara ganti brek pad disc motor

Gambar brek pad haus

Brek adalah satu komponen motor yang sering perlu diganti baru,baik motor yang menggunakan sistem brek gelendongĀ (lining brek) ataupun yang gunaĀ disc brake.Ini kerana faktor pemakaian adalah mengakibatkan pad brake haus dan cengkaman membrek pun semakin berkurang dan ini menimbulkan situasi yang mana disebut “brek tak makan”.Jadi sebagai langkah menjaga keselamatan kita menunggang dijalanraya keutamaan kita berikan kepada brek agar sentiasa berada tahap kemampuan mencengkam yang maksimum.

Jadi hari ini seperti biasa blog mekanik motor ini akan mengajar anda satu lagi pembelajaran membaiki motosikal khas kepada mekanik pemula tentang cara menukar brek pad motor (pad disc) dan bagi yang sebagai hobi saja suka buat mekanik motor sendiri boleh belajar juga hal ini sekarang..:)

Cara menukar pad disc belakang motor skuter modenas Elegan

Motor yang digunakan sebagai modul pembelajaran kita disini ialah motor skuter elegan 150cc tapi bukan bermakna tutorial ini khas untuk motor ini sahaja bahkan ini adalah asas menukar pad disc bagi semua motor yang pakai brek disc.Tukar pad disc depan atau belakang tak kisah,langkah membuatnya lebih kurang sama ya..

Terlebih dahulu siapkan bahan-bahannya;

  • Disc pad baru
  • Spana L-key
  • Spana 12 ring(motor lain)
  • Spana 8 ring
  • Minyak brek

Memasang pad disc baru

Gambar cara memasang pad brek

Ok,ini waktunya untuk kita membuka dan meleraikan sebahagian komponen pump brake disc motor kita supaya dapat kita gantikan pad yang sudah haus(rosak) itu.

Langkah pertama buka skru L-key saiz 12′ tapak pam brek terlebih dahulu

Gambar cara buka pam disc brek

Sesudahnya 2 biji skru(atas) tapak pam dibuka bolehlah ditarik pam keluar.Sekarang pad brek pasti tertinggal disitu melekat di piring disc dan bolehlah cabut untukĀ  digantikan dengan yang baru.

Gambar cara gantikan pad disc

Menuas piston pam brek

Gambar Cara bersihkan pam brek.

Sebelum pam brek terus dipasang semula pada tapaknya,biasanya diperlukan menuas turun piston brake pump.Ini supaya nanti piring disc muat masuk dicelah pad baru yang tebal itu

Gambar cara tuas piston brek

Cara turunkan piston brek yang berat

  • Gunakan pad lama sebagai pengalas
  • Masukan sebarang penuas leper ditengah antara pad
  • Tuas piston kebawah

Piston telah meninggi naik apabila pad lama yang telah nipis,jadi untuk mendapat ruang perlu diturunkan piston-nya kepada posisi asal

Gambar kedudukan piston brek

Seperkara lagi sebelum anda tuas piston sebaiknya dibersihkan kotoran yang melekat pada dinding luar piston pam brek itu supaya ia mudah turun

Jika piston terlalu berat/ketat untuk dituas kita gunakan pula cara ini

Gambar bleeding skru

Buka skru 8′ (bleeding nut) di pam brek untuk keluarkan sedikit minyak brek terlebih dahulu dan tuas piston kebawah.Berhasil?..kunci kembali bleeding nut itu.

Pastikan anda ingat kedudukan komponen brek itu ya..kalau lupa nanti tak boleh pasang der..

Periksa brek penghabisan kali dan cara bleeding brake

Pada saat sudah selesai memasang balik,kita perlu uji cuba brek.Kebiasaannya,di awal ini mungkin brek ‘tak makan’ lagi jadi anda harus buat langkah penghabisanya iaitu anda perlu mengepam brek berulang kali.Sambil itu sila lihat level minyak brek pump [email protected] tangan kiri pada motor skuter ini atau dibahagian pedal brek kaki untuk motor gear manual,jika kurang sila tambahkan minyak brek lagi.

Gambar pam brek atas

Bleeding brake ialah satu langkah untuk membuang buih-buih udara didalam saluran sistem brek disc itu yang selalunya kita sebut ‘buang angin brek’.

Cara bleeding brake kadang-kala memakan masa agak lama kerana angin/udara yang banyak ada terperangkap dalam saluran paip brek atau dalam pump break itu sendiri.Puncanya ialah kerana kerja anda buat sebelumnya tadi yang mana anda ada membuka skru 8′ bleeding brake itu ketika mahu menuas piston agar kebawah,jadi mungkin agak banyak minyak brek yang sudah terkeluar dan disaat anda mengikat kembali skru itu udara telah terperangkap didalamnya.Jadi kita perlu membuang angin itu

Buka punutup tangki minyak brek dan isi minyaknya.Tak perlu tutup kemas penutup tangki hanya sekadar letak ia diatas tangki kecil itu supaya dapat menghalang minyak brek melompat keluar saat anda mengepam minyak nanti

  1. Tekan pedal brek belakang motor itu beberapa kali contohnya ikut kiraan 3 dan berhenti,tahan pedal dalam posisi menekan brek
  2. Sambil dalam keadaan tadi anda buka dan tutup dengan cepat skru bleeding pump brake itu
  3. Ulang lagi mengepam dan buat langkah yang sama seperti tadi sehingga anda mula ‘merasa’ brek sudah ada.
  4. Sudah dapat membrek pada keadaan normal silalah tambahkan lagi minyak brek jika perlu
  5. Selesai sudah bleeding brake

Video bleeding minyak brek

Keselamatan ketika bleeding brake

Jika anda membuat dengan betul,brek anda dapat mencengkam pada tahap maksimum ketika mem-brek
tapi jika kurang ‘makan’ biasanya masih ada lagi angin dalam brek dan perlu diulang bleeding.

Awas! Minyak brek adalah menghakis dan ketika bleeding anda tidak boleh berada pada posisi depan skru bleeding..nanti bila ia terpancut keluar boleh terkena mata.Jika malang tak berbau sila basuh dengan air bersih dengan cepat,jangan gosok mata anda sebelumnya.

Minyak brake juga menghakis cat motor anda,oleh itu semasa kerja menukar pad disc motor kita perlu siapkan air sabun untuk dicurah pada mana-mana bahagian motor yang terkena denganya.Curah saja air sabun tanpa perlu dilapkan dengan kain pada bahagian itu..biarkan saja

Tekan brek motor berbunyi

Gambar brek motor

Masalah lewatkan waktu tukar brek motor berbunyi

Saya ada satu masalah nak tanya kenapa motor saya tekan brek berbunyi..bunyi agak kuat juga bila menekan brek..sampai hari ini saya tak endahkan bunyi bising tu sebab saya tak ada masa lagi nak tukar brek..jadi adakah tak jadi masalah bagi saya lewatkan masa tukar brek motor saya..?

Jawapan;Jika brek motor sudah mula berbunyi maka seharusnya terus membuat pemeriksaan pada sistem brek motor itu.Ini kerana kadangkala perkara ini terjadi bukan kerana masalah brek rosak tetapi juga berlaku kerana masalah lain yang merbahayakan keselamatan anda pengguna motor.
Kenapa perlu dilewatkan menukar brek motor sedangkan brek adalah kunci keselamatan anda semasa menunggang motor.Macamana anda nak berhentikan kelajuan motor kalau brek tak makan.Jadi semestinya tidak disarankan lewatkan masa untuk menukar brek motor sebaliknya awalkan sebelum brek habis.

Risiko brek motor berbunyi

Anda bakal menghadapi risiko kerosakkan motor dan kemalangan jalanraya sekiranya brek motor mula berbunyi.Ini kerana selain brek tak makan,berkemungkinan langsung kepada brek tak berfungsi.

Spring brek tercabut

Gambar spring brek

Spring brek yang ada pada sistem brek gelendong(Drum Brakes) seperti anda lihat pada brek belakang motor ex5,adalah satu punca brek motor berbunyi selain habuk-habuk brek,pasir,bedasing,pelincir yang menjadi penyebabnya.Spring dalam brek tiba-tiba begesel akan mengeluarkan bunyi pada roda motor memberi Ā  isyarat untuk pemeriksaan brek dilakukan sebelum ia putus/tercabut.Spring brek putus atau tercabut membuatkan brek gagal berfungsi.

Gambar hub rim

Kesan lewatkan waktu menukar brek juga mengakibatkan kerosakkan dalaman Hub Rim(Drum).Ini kerana kulit brek(lining) telah habis/tinggal besi mula bergesel dengan bahagian dalam Hub itu.

Berbagai hal selepas itu mula timbul seperti brek melekat,brek tak makan setelah diganti baru dan brek berbunyi tentunya.

Kesannya,saudara harus gantikan brek berkali-kali untuk mendapat cengkaman brek standard.Judi rugi rasanya menukar brek motor berkali-kali dalam masa yang singkat membazirkan wang Ā atau rugi juga menukar Hub rim baru yang tak sepatutnya berlaku.

Jadi Cakap Pomen Motor;eloklah tukar membuat pemeriksaan awal pada bahagian brek motor sekiranya ia mula berbunyi.Harga tukar brek motor pun tak mahal sekitar RM 8-15 untuk brek jenis gelendong.Proses tukar brek pun tak lama dalam 15 minit macam tu,jadi jangan dilewat-lewatkan pergi ke bengkel untuk tukar brek motor anda.
Sekian dulu untuk hari ini tajuk tentang brek motor berbunyi dan kita bersambung dikesempatan lain pula.wassalam.