Cara imbang badan belajar naik motor


Assalamualaikum,

Baikimotor.com-Penambahan lagi untuk kesinambungan artikel belajar membawa motor untuk anda.Kali ini saya share lagi 1 video yang agak berguna juga untuk anda, saya atau sesiapa sahaja semasa naik motor iaitu mengenai cara imbang badan atau stability bila bawa motor. Ini penting ya terutama jika motor itu agak berat,kita perlu kawal posisi badan kita supaya kita tidak tersasar,terbabas ke pinggir jalan.

Kedudukan semasa naik motor

Posisi atau kedudukan badan haruslah lurus, sikit kebelakang daripada jarak handle tidak pula terlalu kebelakang sehingga lengan anda menjadi telalu lurus(keras).

Cara imbang badan supaya motor tidak ke tepi ke tengah

 

Hal biasa bila belajar naik motor, hilang imbangan motor jadi pergi ke tepi ke tengah semasa di laluan lurus. Macam mana nak atasinya ialah lengan tu jangan lurus sangat macam orang menembak, kendurkan sikit.

kedua, jangan guna motor handle keras semasa mula belajar naik motor. Pastikan juga bukan motor yang ada masalah suspensis(bekas eksiden)

 

Teknik salah mengimbang badan di selekoh

Badan ke kanan tapi membelok ke kiri, satu teknik yang salah bila menunggang di jalanraya. Ini banyak membuatkan motor selalu terbabas di selekoh.

Rupanya itu teknik pelumba motocross tak boleh praktik di jalanraya, yang sebetulnya kita perlu membawa berat ke sebelah hala tuju khasnya bila motor berat. Kalau motor ringan tak kisah, kekalkan posisi kat tengah-tengah bagi motor seimbang. Yang penting bahu dan pergelangan tangan biar lembut, senang kawal semasa membelok ke kanan dan kiri.

Cara imbang badan motor berkuasa tinggi diselekoh

Contohnya kita selalu lihat pelumba motor,motogp umpanya..seakan-akan mereka bergayut pada motor semasa di selekoh,lutut pun pasti cecah jalan.Jadi kenapa aksi sebegini dilakukan,apa maknanya semua ini? Kita lihat video mengenai cara kawal pergerakan badan semasa naik motor ini. Artikel kali ini bukan mengajar anda membawa motor secara merbahaya ya… Tetapi ada sesuatu yang dapat direnungkan disini sambil rehat-rehat minda ya 🙂

Video versi English

 
 

Cara main gear dan brek motogp

Baikimotor.com-Salam pembaca,disamping  anda mempelajari cara menunggang motor apa kata rehat dan santai seketika sambil menonton video cara pelumba/pembalap professional mengawal jentera lumba motogp dilitar lumba.

Saya menemui video ini di YouTube dan saya rasa amat berguna sebagai penambah resepi pada semua artikel belajar naik motor yang saya tulis sebelum ini..:)

Apapun saya nasihatkan kepada anda beginner rider awas meniru aksi rider pro ini kerana kemampuan dia adalah tahap master class dan jentera motogp yang digunakan itu terlalu istimewa mahu dibandingkan dengan motor kapcai pergi pasar kita atau mana-mana Superbike jalanraya yang kita ketahui.

Apa yang penting video ini ialah ia mempertontonkan cara main gear dan brek belakang  di selekoh yang boleh kita pelajari sesuatu darinya.

OK,mari saksikan aksi dan skil kawalan gear,brek motosikal lumba motogp ini

* pertukaran gear motor lumba adalah terbalik