Sistem Cdi Tci motor

Mengenai sistem Cdi(Capacitor discharge igniter) memerlukan starter coil sebagai sumber permulaan elektrik bagi menyalakan api di sparkplug pada enjin motor. Tci(Transistor controlled igniter)  pula bermula dengan kuasa bateri, tidak memerlukan starter coil di dalam magnet

Gambar litar cdi motor
Cdi

 

Gambar litar sistem tci motor
Tci

Cara Cdi Tci motor berfungsi

Biasanya pada motor jalanraya pada masa ini ia menggunakan Cdi atau Tci pada sistem nyalaan enjinnya. Kedua-duanya bersifat sebagai pusat pengaturan arus elektrik sebelum dihantar ke spark plug.

Capacitor discharge igniter

Starter coil/charge coil—–>Cdi——>plug coil—–>spark plug
Kapasitor/capasitor dikenakan melalui sambungan langsung dengan voltan dari starter coil atau bateri, atau voltan dinaikkan untuk mengecas kapasitor.  Beban elektrik yang dikumpul dilepaskan sekaligus, menghasilkan voltan tinggi pada bahagian belakang gegelung coil, memulakan pencucuhan dan pembakaran

Transistor controlled igniter

Bateri—–>Tci—–>plug coil——>spark plug
Apabila transistor ON, arus mengalir melalui bahagian utama gegelung plug coil (gegelung selepas ini) dari bateri untuk menyimpan tenaga.  Dan apabila transistor OFF, semasa dimatikan menyebabkan perubahan tiba-tiba dalam arus, menghasilkan voltan tinggi di bahagian kedua gegelung coil(plug coil) dan memulakan penyalaan.
Begitulah serba sedikit tentang apa itu sistem Cdi Tci motor, harap ia membantu anda untuk mengatasi masalah membabitkan hal-hal wiring motor selepas ini

Belajar memperbaiki motor-kunci rosak

Bab 13 – kunci rosak

Pembelajaran memperbaiki motor kita masih pada bab wiring dan sambungan dari post lepas iaitu mengenai cara check motor tak ada api(lektrik) enjin khususnya motor jenis menggunakan sistem Cdi seperti Honda ex5.

Hasil permeriksaan kita pada bab terdahulu menunjukkan coil magnet mengeluarkan api tapi pemeriksaan pada komponen lestrik selepas itu Cdi serta plug coil adalah tidak ada.Jadi sebelum memutuskan untuk menukar Cdi kepada baru atau plug coil baru ada lagi lagi satu ujian perlu kita buat iaitu pada kuncinya (main switch).

Gambar pembelajaran baiki motor

Kunci rosak punca motor tak hidup

Kunci utama motor yang rosak juga menjadi punca penyebab motor tak hidup jadi langkah pemeriksaannya adalah seperti ini;

  • Cabut soket kunci utama
  • Test wayar api keluar dari Cdi
Gambar kunci motor

Katakan setelah sambungan kunci diputuskan hasilnya positif plug mula mengeluarkan api maka disini menunjukkan ada kerosakan pada kunci,boleh tukar kunci baru tetapi jika hasilnya sama tidak ada api,makanya kunci adalah tidak bermasalah Cdi lah harus dicuba tukar terlebih dahulu.

Sekarang keputusan ujian kita akan diperolehi.Jika setelah sambungan kunci diputuskan bermakna api akan mengalir turus bila ditendang penyetat kerana kunci motor berfungsi untuk memutuskan dan menyambung lektrik enjin serta lampu.Oleh itu sebarang  kerosakan pada kunci utama akan menyebabkan gangguan pada sistem operasi enjin.

Lagi tips dalam masa membuat wiring kita perlu teliti pada perkara sampingan lain seperti ada wayar putus,socket longgar atau wayar tersentuh..semua ini juga kebarangkalian punca masalah gangguan api enjin atau api lampu sekalipun.

Ok pembelajaran memperbaiki motor kita akan bersambung pada bab seterusnya dengan tak lain pula dan jangan lupa klik link biru penting pada artikel untuk bacaan lanjutan.Wassalam.

Belajar mekanik motor-plug tak ada api

Cari punca spark plug tak ada api

Setelah sedikit sebanyak mengetahui asas kerja elektrik enjin motor,sekarang kita akan  menajamkan lagi pemahaman kita dengan menyelesai satu masalah iaitu spark plug tak ada api.Sampai disini saya rasa anda sudah mengerti bahwa enjin motor perlukan petrol dan nyalaan api plug untuk dihidupkan.Ada minyak tak ada api..enjin tak boleh hidup,begitu juga sebaliknya.

Oleh itu lazimnya bila motor tak boleh hidup kita selalu periksa minyak petrol terlebih dahulu,jika minyak ada kita terus kena buka spark plug untuk check api.Sekarang ini punca motor tak mahu hidup kita sudah dapat jejak iaitu masalah pengapian (nyalaan) kerana plug tak keluar percikan api bila diuji cuba.Apa perlu kita buat setelah itu? Tukar plug?

Biasanya kalau warna plug hitam tu boleh saja terus tukar plug dan cuba hidupkan enjin.Malangnya walaupun sudah pasang plug baru tapi motor masih tak dapat hidup,jadi bagaimana sekarang ya?

Disitu nampak kita terpaksa buat kerja dua kali,terpaksa buka plug lagi sekali untuk check api.Cara ini adalah tidak tepat,ada aturannya perlu diikuti dan itulah yang akan anda pelajari pada bab belajar mekanik hari ini.Sebelum mulakan,ingat ini untuk motor yang menggunakan sistem Cdi ya dan langkah berbeza untuk sistem Tci dan ini teknik “kung-fu” ya tanpa menggunakan multimeter

 Coil rosak

Gambar coil plug motor plug tak ada api
Coil plug

Langkah pertama kita lewatkan sikit memasang spark plug untuk kita periksa api plug coil dulu.Cabut kepala plug dan test kabel coil plug ke body.Kepala plug juga kadang memberi masalah jadi perlu buang dia terlebih dahulu untuk test coil.

Masih tak ada api? Lihat wayar pada coil plug,cabut dan test wayar hidup tu.Kalau  wayar/kabel tu ada keluar api maka bermakna coil plug rosak dan jika masih tak ada api maka lanjutkan kerja kita buat untuk mencari punca plug tak ada api ini.

Trik untuk mempercepatkan kerja wiring motor ni kita perlu pandai ‘shot cut’ tapi semestinya kita perlu faham benar sistem lektrik motor itu.Seperti yang saya tulis pada post lepas itu,api enjin bermula setelah on switch ialah  dari coil magnet –> cdi –> plug coil
–> spark plug

Kita patut short-cut bila sekirannya  kedudukan komponen lestrik itu agak terkedalam supaya kerja kita lebih cepat siap.Customer tak mahu tunggu lama-lama tuan..haha
Jangan lupa tu..!

Ok,kita berada di plug coil sekarang ini yang mana wayar kepadanya masih tak ada api jadi sudah tentu ke komponen lebih bawah dari plug coil iaitu cdi.nampak?

Tapi kedudukan cdi adalah sedikit tersorok kedalam cover body jadi boleh terus lompat saja ke komponen terakhir iaitu coil magnet yang lebih terkeluar kedudukannya.Bila sudah kenal pasti mana satu wayar hidup coil magnet ke Cdi unit,terus saja cabut soket wayar tu dan test api.

Satu-satunya komponen lektrik motor yang boleh kita test tanpa on switch ialah coil magnet.

Gambar wayar dari coil magnet

Wayar hitam+merah(honda) tak ada api setelah diuji maka jadinya tugas pencarian telah berakhir di mana punca plug tak keluar api ialah kerana coil magnet yang rosak.

Video

Sama macam coil magnet kriss 1

Jadi bolehlah ditukar baru start coil nya. Bagi model ex5 dream, wave, coil magnetnya dalam bentuk fuel coil ya jadi perlu tukar 1 set sama juga macam Modenas kriss 1 punya macam gambar dibawah

Gambar coil magnet kriss 1

Ok andai kata bukan berpunca coil magnet rosak jadinya kita kena berlamaan lagilah dengan motor itu.Kali ini mahu tak mahu terpaksalah membuka cover motor tu cari dimana letaknya cdi.Cdi rosak la jawapannya…?

Belum lagi..! ada hal tersembunyi lagi penyebab masalah api tak ada ni.Sikit lagi ya..teruskan

Api keluar dari coil magnet,wayar ke coil plug tak ada api…yang ditengah-tengahnya ialah Cdi tapi belum boleh terus pergi beli Cdi baru dan tukar,perlu check lagi.

Jangan lupa pulser coil..

Mungkin juga kunci..

Kita bersambung lagi pembelajaran ini di post seterusnya,kunci rosak

Belajar mekanik-wiring switch handle motor

belajar mekanik wiring switch handle motor

Bab 11 belajar mekanik motor-menyelesaikan masalah wayar switch handle tak ada api untuk nyalakan lampu dan beberapa komponen wiring lain

Salam,ok sambungan dari bab lepas yang mana soket tak sampai api (current) perlulah anda check wayar dari switch handle kepada soket lampu depan.2 wayar ke hidup ke soket (atas/bawah) tidak ada api juga,nah! Kali ini anda perlu lanjutkan pemeriksaan/check switch untuk pastikan ia masih elok atau bermasalah.Caranya seperti ini;

Dapatkan wayar hidup penghantar (wayar bawah) ke switch handle,check seperti yang saya ajar sebelum ini.Jika hasilnya positif iaitu wayar bawah ada api bermakna switch bermasalah/rosak.Biasanya di bengkel
yang sesak mekanik akan terus tukar switch kepada baru saja,tapi anda yang belajar mekanik ini perlu tahu cara kerja wiring-nya (cara jalan current).Pemahaman mudah saya tunjukan kepada anda;

Cara kerja lektrik switch handle

Switch pada handle motor sebelah kiri ini berkerja sebagai pengagih kuasa lektrik/api/current kepada lampu depan belakang,lampu signal dan juga horn (ping..ping..).

Gambar diagram wiring motor

Saya lukis sikit gambaran supaya anda lebih faham,maaf diagram wiring switch handle motor agak buruk 😀
Keterangan;

A=soket mentol
B1=lampu tinggi (depan)
B2=lampu rendah (depan)
B3=lampu belakang
C=lampu brek (belakang)
D1=lampu signal (kanan)
D2=lampu signal (kiri)
E=horn

*litar itu menunjukkan semua wayar hidup.

Kuasa lektrik/listrik yang diambil oleh switch ialah
1.kuasa coil
2.kuasa bateri

Apapun semuanya mula bekerja setelah kunci mula ON sahaja.Ini saya sudah terangkan dalam bab asas wiring lagi..sila baca ya..:)
Ok,lanjutan selepas ini iaitu wayar bawah tak ada api..

Gambar coil magnet lampu

Wayar bawah tak supply current

Wayar bawah sebelum switch handle itu datang daripada 2 punca iaitu dari bateri dan coil lampu.Tapi sebelum terus kepada switch terdapat beberapa komponen wiring lagi yang perlu direntasi oleh punca kuasa lektrik itu.

Contoh;wayar kuning dari bawah sebelum switch tak ada api.Dalam gambarajah di atas anda dapat lihat wayar kuning itu tidak melalui kunci untuk ke switch.Hanya terdapat rectifier setelah coil lampu,jadi berkemungkinan rectifier rosak atau lamp coil dalam magnet itu yang rosak.

Sememangnya kita mahu hasil yang cepat dalam membuat kerja jadi tekniknya kita buat ‘short cut’ saja.TERUS TEST WAYAR DARI LAMP COIL..jika hasil positif maka bererti ada masalah pada rectifier dan jika hasilnya negatif maka kerosakan pada coil dalam magnet itu.Mudah bukan..?

Contoh 2: lampu signal,lampu brek belakang mati(tak nyala).Di atas anda dapat lihat current dari bateri akan mengalir merentasi rectifier–>kunci–>switch handle.Nampak? Current tak terus supply ke switch,jadi di antara 2 komponen adalah penyebab current tak sampai ke switch.

Cakap Pomen Motor:”
Ok,rasanya sudah faham cara kerja wiring motor bahagian lampu ini.Selepas ini kita akan pelajari bab wiring api enjin pula tapi sebelum saya akan ulas tentang beberapa komponen sokongan yang belum disebut di sini.Kita jumpa di bab seterusnya..plug tak ada api

Punca lampu depan motor tak menyala

Gambar lampu depan motor ex5

Belajar Mekanik motor bab 10- punca lampu depan tak menyala

Sebelum ini saya ada ulas sikit tentang cara tukar mentol lampu besar motor ex5,hari ini anda akan pelajari lebih lanjut pada bab wiring motor ini iaitu cara atasi masalah mentol lampu depan tak menyala walaupun sudah tukar mentol tapi tetap tak mahu hidup.

Sebelum kita teruskan pelajaran mekanik motor kita kali ini,diharap anda sudah pun tahu bab asas wiring yang telah saya terbitkan,lanjutan hal membabitkan cara kerja wiring untuk lampu (bukan nyalaan enjin) adalah seperti yang saya gambarkan di bawah;

Gambar cara kerja wiring lampu

Penjelasan: lampu coil dalam magnet adalah permulaan segalanya untuk nyalaan lampu,selepas enjin dihidupkan   api (elektrik) akan dialihkan kepada Rectifier untuk diseimbangkan volt-nya agar tidak terlalu besar yang boleh mengakibatkan mentol ‘bakar’.Kemudian hasilnya cukup untuk membuat mentol 12v menyala dengan terang tanpa terbakar.

Soket lampu rosak

Gambar soket lampu motor

Pertama sekali lepas mentol tak menyala kita pergi ke soket lampu.Biasanya penyebab mentol tak menyala ialah pada bahagian soket ini berkemungkinan ada wayar putus,karat pada tapak mentol atau mungkin pada bahagian sambungan wayar soket ke wayar utama tercabut.

Normalnya pada motor ex5 atau motor cub lain ada 3 wayar pada soket.2 wayar hidup untuk lampu tinggi dan bawah dan satu lagi ialah wayar bumi (-).

Cara buat uji cuba current

Jadi untuk soket lampu yang tak ada masalah pasti ada ‘current’ jika kita membuat uji cuba pada soket itu.Cara buat uji cuba samada soket tu boleh guna atau tak adalah mudah saja,kita boleh gunakan 2 kaedah;

  • Kaedah ‘kuno’
  • Guna Multimeter

Saya bagi contoh kaedah kuno yang selalu saya buat atau bagi kebanyakan mekanik motor yang lain ialah;

  • Hidupkan enjin
  • 1 urat wayar untuk ‘taster’

Bab belajar mekanik

‘Shot’ kan wayar hidup pada wayar bumi/body motor dengan menggunakan seurat wayar tadi.Jika ‘spark’ terhasil bermakna soket masih berada dalam keadaan baik,jika tidak perlulah menukar kepada socket baru.

Malangnya jika uji cuba yang kita buat tidak menunjukkan hasil positif,lampu tidak menyala jadi langkah selanjutnya diperlukan.Kita akan pergi ke bahagian lebih bawah pula switch handle selepas ini.sekian.