Pasang carburetor motor Honda Wave125 ke EX5

Belajar mekanik- pasang carburetor motor Honda Wave125

Pasang carburetor motor Honda ex5

Ok kita selesai bab proses membuka disini anda belajar pula cara pasang carburetor motor Honda Wave125 ke EX5 Dream itu. Langkah memasang ada saya tunjukkan dalam video di bawah.

Disaat memasang carburetor ini apa yang perlu diambil perhatian ialah pada cable minyak dia. Tidak kira karburator apa sekali pun yang anda pakai ketika memasang perhatikan atau test float carburetor samada ia turun habis atau tak.

Masalah Float carburetor tak turun

Float carburetor tak turun habis disebabkan cable/tali minyak pendek saja. Jadi cara atasi dia kena tukar satu cable baru yang panjang contoh bila tukar carburetor Wave125 pasang ke EX5 100 kita kena pakai cable minyak Wave125.

Kalau tak tukar akan jadi motor tak hidup lepas tukar carburetor. Kalau enjin hidup pasti meraung macam kes “tali minyak lekat”.

Ok itu saja mari tonton video di bawah cara pasang carburetor motor Wave125 ke Ex5 Dream. Video ini hanya boleh di tonton di blog ini sahaja kerana video Youtube ini adalah unlist bukan public video.

video durasi hampi 4 minit

Menukar karburator motor Honda EX5 Dream dengan Wave125 siri 1

 

cara menukar karburator Honda ex5 dream

 

Cara membuka karburator motor Honda EX5 Dream

 
Salam. Sudah lama Cakap Pomen Motor rehat dari tutorial hal-hal belajar mekanik motor, jadi hari ini kita warm up dulu dengan pembelajaran terbaru iaitu cara menukar karburator Honda Ex5 100 Dream. Tutorial lengkap dengan video ini adalah bersiri. Hal yang akan anda pelajari ialah aturan cara membuka dan memasang karburetor motor Ex5, ops! Maaf sebenarnya ialah memasang karburatorHonda Wave 125 pada motor EX5, itu lebih tepat. Ini saya rasa lebih memberikan cabaran sedikit dan keseronokan membabitkan sedikit modifikasi.
 
OK untuk siri pertama ini kita pelajari dahulu cara membukanya terlebih dahulu. Disyorkan untuk lebih faham bolehlah terus dipraktikan kalau anda sememangnya ada sebiji motor Ex5 dirumah. Baca,tonton video dan praktik ini akan membuatkan anda lebih cepat pandai. Tapi tunggu sehingga semua siri pembelajaran ini selesai ya. Sebelum tu pastikan dah tahu cara carburetor berfungsi << dulu
 
Langkah pertama membuka karburator/carburetor motor Honda ini ialah dengan menyediakan alatan atau sepana mekanik yang bersesuaian dengan aktiviti kita ini iaitu untuk membuka ‘cover putih’ dan skru karburator Ex5 ini.
 
Bagi motor EX5 standard skru cover putih seperti anda lihat dibuka dengan spanar seperti di bawah:
1.Sepana saiz 10mm ring/common
2.Sepana T 10
3.Screwdriver Slot(leper)
 
Setelah selesai cover body dibuka bersedialah untuk membuka karburator dengan sepana:
1.Sepanar 8mm ring
2.Screwdriver Phillips(bunga)
3.Playar Ragum/muncung tirus
4.Screwdriver leper [email protected] setting
 
Langkah-langkah yang perlu dibuat adalah seperti dalam video tutorial dibawah
 
 
 

Video langkah membuka karburator EX5/Wave 125

 
Saya telah siapkan satu video 1 daripada 3 untuk tajuk menukar karburator Honda Ex5 ini. Apa yang perlu dititikberatkan semasa membuat kerja ialah penggunaan spanar yang tepat dengan cara yang betul. Jika skru rosak pasti mendatangkan masalah lain pula. Buat dengan berhati-hati dan perlahan-lahan, tak perlu tergesa-gesa, enjoy membuat kerja and aitu saja. Ok, tutorial akan bersambung pada siri kedua pula jika tersedia link ini cara memasang karburator Wave 125
 
 
 
 
Video durasi 3 minit lebih

Karburator Ts 125 float needle

Gambar karburator ts original

Salam pembaca-Karburator Ts 125 memang tak asing lagi bagi mereka yang setting motor 4-stroke,bermakna walaupun motor Suzuki Ts 125 sudah hampir tidak kelihatan lagi ditunggang namun karburator motor itu menjadi satu-satunya alatganti motor ini masih diteruskan pengeluarannya..masih boleh dibeli di kedai sparepart.

Walaupun karburator Ts original ini begitu popular sebagai pilihan untuk melengkapi mesin lumba anda namun ia tak lari dari masalah yang menyakitkan kepala pomen.Contohnya hari ini saya baru saja selesai tukar set pelampung karburator Ts ini bersama float needle(jarum pelampung).

Gambar pelampung karburator Ts

Sparepart karburator Ts

Masalah minyak keluar menitik atau banjir ini memang selalu kena bagi sesiapa pernah pakai karburator ini.Biasanya masalah ini senang saja untuk kita selesaikan dengan melaras pelampung dia seperti yang saya sudah tulis sebelum ini mengenai karburator banjir tapi siang tadi masalah agak kritikal dan tak boleh dibendung lagi..haaha.
Mujurlah sparepart alat dalaman karburator  Ts masih ada dijual bengkel berdekatan kalau tak terpaksalah beli online..haaha.

Set pelampong (float) sama float needle Suzuki Ts 125

Gambar alat gantian suzuki ts

Ini dia set pelampong karburator Suzuki  Ts 125 yang saya tukar sama dia punya float needle.Selepas tukar masalah minyak kadang keluar kadang tidak itu akhirnya selesai.

Untuk pengetahuan anda saya boleh sediakan bekalan alat ganti Suzuki Ts ini kepada anda,bermakna boleh dibeli secara online sekarang juga selagi stok masih ada.Harga set pelampung lengkap Ts ini saya jual pada tarikh semasa ialah RM45.Harapan saya agar masalah yang sama anda seperti saya itu akan selesai dengan adanya sparepart ini.Sekian Terima kasih!

Overflow atau karburator motor banjir

Ok malas nak baca,tonton video ini

Karburator motor banjir|punca,kesan dan cara atasinya

Belajar baiki motor-
 karburator motor banjir atau karburator overflow ialah satu situasi dimana berlakunya lebihan minyak petrol di dalam takung karburator ( bahagian bawah karb) dan petrol itu akan melimpah keluar kerana ia tidak dapat ditampung lagi.

Apabila sesebuah motorsikal menghadapi karburator banjir ia dapat dikenal pasti dengan adanya tanda-tanda seperti seperti minyak keluar dari karburator jika dilihat atau anda juga mendapat bau petrol yang kuat di mana motor diletakkan(park),minyak petrol kering tiba-tiba dalam tangki atau mendapati minyak cepat habis juga tandanya.

Situasi ini  berlaku kerana kegagalan pada injap buka tutup minyak karburator iaitu jarum pelampung (float needle) .
Jarum pelampung gagal berfungsi sebaiknya kerana telah rosak atau terdapat unsur lain yang menghalangnya seperti habuk,pasir,kapas atau pelbagai lagi lagi kotoran lain.Erti kata lain bilamana jarum tak menutup rapat laluan bermakna petrol berterusan masuk tanpa henti.untuk lebih jelas lihat gambarajah di bawah

Gambar karburator motor banjir

Cara jarum pelampung bekerja

Sebenarnya jarum tidak berfungsi tanpa pelampung  kerana ia adalah alat yang berpasangan.posisi pelampung turun kebawah ketika minyak belum di isi dan apabila minyak sudah mula masuk dan aras petrol meningkat sedikit demi sedikit sehinggalah pelampung menutup pintu petrol masuk secara automatik menggunakan jarumnya.proses ini akan berulang semula setalah minyak di dalam takung karburator sudah berkurangan.ya! semacam sistem tangki Pam Tandas.

Gambar karburator motor overflow

cara atasi masalah ini

-Jika masalah ini kerana jarum pelampung rosak maka cara atasinya ialah dengan menukar jarum yang baru.ciri jarum pelampung karburator motor rosak kelihatan hujung jarum berlekuk kerana proses hakisan yang telah berlaku setelah ia sudah lama digunakan.

-punca dari bendasing atau kotoran diatasi dengan membuat servis buang kotoran tersebut dan menukar filter petrol yang baru atau tambahkan pada paip saluran sebelum karburator pada motor yang tidak tersedia alat ini.

Orait,semua sudah diketahui tentang perkara berkaitan karburator motor banjir ini dan diharap anda dapat memahami,ya atau tidak boleh masukkan ulasan anda di ruangan komen di bawah.

Seperkara lagi mungkin anda ini mencuba sendiri tukar jarum pelampung maka ada satu hal yang perlu ketahui iaitu sukatan petrol yang betul di dalam takung karburator.

Ini kerana kadang kala spec jarum pelampung karburator yang baru sedikit berbeza spesifikasi bergantung kepada pengeluarnya.perbezaan ini akan mengakibatkan perubahan pada posisi pelampung dan untuk mendapat aras petrol yang ideal didalam karburator perlulah diperhatikan selalu hal ini dan membuat penyelarasan balik jika perlu.

Cara melaras pelampung karburator

OK,apabila anda sudah selesai menukar jarum pelampung karburator motor anda perlu periksa aras petrol di dalam takung karburator itu.uji cuba ini penting untuk memberikan keputusan yang positif.ya, kita tak mahu petrol kembali keluar atau masalah minyak dalam takung karburator tak cukup setelah menukar float needle.minyak petrol dalam karburator tak cukup akan mengakibatkan motor mati sendiri semasa berjalan.Dengan itu buatlah uji cuba sebagai langkah berjaga jaga.

Gambar karburator banjir

Langkah melaras pelampung

Untuk memastikan kandungan petrol samada mencukupi atau tidak di karburator motor setelah menukar jarum pelampung harus di mulai dengan langkah seterusnya memasukkan petrol ke dalam karburator tanpa memasang siap karburator di enjin.
Langkahnya ialah anda harus pegang karburator secara menegak seperti mana keadaannya pada enjin motor.
selanjut sambungkan paip saluran petrol(dari tangki) dan biarkan 30 saat lebih kurang dan kemudiannya buka kembali takung karburator juga dalam keadaan menegak seperti mana tadi.awas!jangan tumpahkan petrol semasa membuka skru bawah karburator kerana kita akan berpandukan petrol di dalam takung itu untuk melaras pelampung.
-Perhatian! ada dua jenis sistem ambilan petrol,1 ambilan terus dan 2 secara sedutan enjin seperti kebanyakkan atau motor jenis skuter.
Dah?,anda boleh nampak hasilnya.jika petrol agak kurang maka perlulah di tinggikan pelampung,-bermakna jarum pelampung lebih lambat untuk memberhentikan petrol masuk maka akan terhasil minyak petrol yang banyak.jika minyak banjir maka lakukan sebaliknya.
Cuba dapatkan aras lebih setengah tanpa banjir.Dimana tempat adjust pelampung? Lihat pada tiang pelampung,ada tip kecil sebagai penekan jarum.Dengan berhati-hati tekan tip kebawah bermakna anda telah rendahkan pelampung dan kumpil ke atas maka akan hasilkan petrol yang banyak.lihat gambar dibawah.
Gambar pelampung karburator motor
Gambar pelampung karburator motor
Gambar pelampung karburator motor
Kedudukan pelampung karburator motor
-garis merah  ialah aras normal
-garis hijau kurang petrol
-garis biru minyak lebih
OK harap harap lepas ni semua boleh atasi sendiri masalah karburator motor banjir dan belajar tuning angin karburator pula.jika kurang mengerti boleh ajukan di ruangan komen ya pak!.sekian,assalamualaikum.

2 tahap belajar setting karburator melalui teknik asas carburetor adjustment

 Belajar Setting karburator motosikal | kegagalan carburetor tuning



Assalamualaikum,Mahu belajar setting karburator 125z,rxz,RX king,vespa atau motogp (haha)?boleh,cuma perlu ketahui 2 tahap asas tuning dibawah ini dahulu Carburetor adjustment

how? Banyak sekali pertanyaan seperti  ini bila di googlekan.kalau dalam bahasa Melayu,macamana cara penyelarasan kaburatoratau bagaimana cara setting karburator?

Sebelum tu  Fungsi kompenon karburator harap sudah di mengertikan kalau tidak klik link biru diatas.Ada 2 tahap yang saya rasa bersesuaian untuk para pemula(baru belajar) dan tahap 2( advance )bagi yang sudah mahir tahap 1. 

Bila perlu adjust karburator?

Anda perlu adjust karburator semula setelah selesai mencucinya(service) atau setelah membuat modifikasi.

Ada 2 skru penting pada karburator.Yang pertama skru timing dan yang kedua skru angin(skru pepura).Kegunaan kedua-dua skru angin dan skru timing ialah alat setingan kaburator

Tahap 1

Belajar cara setting angin karburator motosikal standard

belajar setting angin karburator motor
Anak panah putih ialah skru timing
Anak panah biru ialah skru angin


Mula setting angin karburator.Pulas pendikit kira-kira 4000-6000rpm (tiada meter cubalah angaran sahaja),tahan sambil tutup  angin sampai habis mengikut arah jam dengan menggunakan pemutar skru.Pada saat ini suara enjin kedengaran berbobot(sempot) kerana campuran minyak dan angin tidak selaras.Mulalah buka angin semula mengikut arah lawan jam sehingga suara enjin ketahap paling besar pada rpm yang sama.

Pusing skru angin karburator untuk mencari rpm tertinggi

Pada titik ini jika dipusingkan lagi skru angin karburator itu ia tetap sama(tiada perubahan)maka anda perlu undurkan pada titik permulaan paling besar tadi..bahasa bukunya ialah disebut “mencari rpm tertinggi”..

Boleh difahami kan..,jika tidak boleh tulis diruangan komen..saya akan cuba jelaskan lagi:)

OK,sebenarnya pihak pengeluar telah menetapkan putaran skru angin motosikal standard(tidak dimodifikasi) ialah 1.1/4(satu suku) pusingan.
Satu putaran jam dikira 1.

Setelah angin diselaraskan maka mulalah pusing skru timing(merendahkan timing) tanpa memulas pendikit sampai tahap yang anda mahukan.

 

Tahap-2

Belajar setting karburator motor – advance carburetor tuning.

melaras minyak dan angin pada carburetor yang lari tuning asal


Karburator lari tuning asal bermaksud angin tidak dapat diselaraskan dengan minyak menggunakan kompenon asal karburator.kompenon asal seperti mainjet,pilotjet dan jarum ialah kompenon penyelarasan(jetting).Ia mungkin disebabkan ada perubahan pada sistem enjin,contohnya pada sistem nyalaan,ekzos atau pada selinder dan piston.

Gagal jumpa setting

kerosakan dan adanya modifikasi pada sistem enjin akan menyebabkan  kegagalan pada carburetor tuning(tak jumpa tune).Jika perkara ini berlaku mulalah timbul masalah pada motosikal anda seperti 

  • Lebihan bahan api(makan minyak)
  • Motor sempot
  • Plug rosak
  • Piston jem(kejang,bocor,pecah)

*baca juga tentang
jenis kerosakan karburator

Kurang faham tonton video belajar cara setting karburator 2 tak – dibawah

Motor susah idup waktu pagi selepas setting angin karburator

Hal ini sering terjadi selepas setting angin karburator motor jadi susah hidup pagi. INi faktor angin “dibuka” terlalu besar. Sila “tutup” setengah atau satu dan lihat perubahan esok hari. Anda boleh juga besarkan pilot jet kalau mahu, cuma mungkin motor akan kuat minyak sedikit. Tak mahu juga?? sila guna chock 🙂

Belajar Setting main jet pilot jet karburator


Perkara diatas terjadi disebabkan minyak melebihi udara(rich) dan sebaliknya
Jalan atasi masalah diatas daripada berlaku,anda perlu adjust(buat perubahan) kompenon dalaman kaburator supaya minyak dan udara boleh diselaraskan kembali.Selalu orang sebut iaitu setting mainjet dan pilot jet.

belajar setting karburator motor sendiri
Berpandukan gambarajah diatas garis melintang menunjukkan bukaan valve(pendikit).anak panah menunjukkan dimana kompenon apa yang berfungsi ketika ITU.

Cara test main jet pilot karburator

Ok, ada yang tanya kat komen macam mana nak test main jet dan pilot karburator. Untuk cari main jet pilot yang tepat ada beberapa teknik terserah kepada kepakaran masing-masing.

Secara umum diketahui ramai, tekniknya ialah:

Test full throttle gear 1,2,3 kemudian terus matikan enjin. Tunggu enjin sejuk barulah buka plug dan lihat warna plug samada kena naikan main jet atau turunkan mainjet.


Kesan pada spark plug selepas setting carburetor

Kesan pembakaran boleh dilihat pada spark plug.Segala perubahan pada jetting akan merubah warna spark plug.Contohnya jika jetting menggunakan saiz yang terlebih besar akan menjadikan plug bewarna hitam basah.

Apabila jetting terlalu kecil pula akan membuatkan elektrod spark plug bewarna putih.Plug untuk pembakaran sempurna ialah bewarna perang kepada coklat.

Teori bagi kes ini ialah kecilkan jetting pada plug bewarna hitam,besarkan jetting untuk plug bewarna putih.

Lanjutan tentang spark plug

Warna spark plug yang elok kalau setting cun

Untuk kepastian setting dah “cun” anda perlu check warna plug. Kerana warna pada spark plug adalah memberitahu bagaimana pembakaran dalaman enjin berlaku

Gambar setting warna plug motor
Sedikit tips- katakan anda zero tak tahu apa, baru belajar setting karburator motor hari ini. Cuba-cuba lah tengok warna plug motor standard kawan kita tu.
Kalau setting 4-stroke tengok plug motor kawan yang pakai 4-stroke juga,kalau setting karburator 2-stroke kena tengok motor 2 stroke/lejang yang baru kalau boleh.
Kemudian cuba dapatkan warna dekat-dekat dengan dia 😉

Belajar Setting jarum karburator

Jarum karburator(slide needle) ialah option terbaik untuk setting  minyak.Ia lebih mudah dibandingkan dengan tukaran jetting.
Jarum karburator untuk kebanyakan motosikal mempunyai takuk(tap) pada sebelah atas.Takuk tuning  standard ialah ditengah-tengah.Untuk minyak lebih alihkan tap kebawah dan keatas untuk kurangkan minyak.Jika masih tidak berhasil barulah ditukar jetting 
lain.
gambar karburator Honda wave 125 murah original Thailand
Dapatkan disni

Download gambar lengkap warna plug jika mahu

Setting sprocket last

Ok tambahan sikit lagi. Artikel ini di update sentiasa bukan saya tulis panjang-panjang macam ini terus ya haha

Sudah siap setting karburator, warna plug pun dan cun barulah setting sprocket. Kadang-kadang selepas tukar sprocket motor “jem”. Ini bermakna perlu check juga warna plug untuk penghabisan kali. Khas untuk motor yang buat modifikasi sahaja.

Bagi motor standard jangan takut kalau hantar motor tukar spoket kena setting angin pula. Tak usah khuatir setingan motor “standard kilang” agak rich tak mengapa.

Akhir kata Cakap Pomen Motor
Itulah lebih kurang pemahaman tentang Carburetor adjustment” yang dapat saya ulas dsini.Harap anda boleh belajar setting karburator motor anda sendiri lepas ni. Kepada anda yang lebih pakar boleh membantu sesama kita pada ruangan komen dibawah.Sekian-