Bahagian enjin tengah Yamaha Lagenda(jupiter) 110

Gambar bahagian dalam enjin

Assalamualaikum, Alhamdullillah saya diberi kesempatan merakam satu video semasa kerja overhaul untuk membaiki enjin motor Yamaha Lagenda 110z /Jupiter  yang bermasalah, dan ini saya rasa baik untuk rujukan anda pembaca blog Cakap Pomen Motor terutamanya jika anda telah mengikuti pembelajaran asas mekanik motor yang dikongsikan melalui beberapa artikel sebelum ini yang saya kira telah lengkap untuk enjin Honda ex5.

Jadi dengan adanya video pada kali saya akan membawa anda melihat pula bagaimana bahagian tengah enjin Yamaha 4 lejang ini yang sememangnya berbeza dengan Honda walaupun kedua-duanya adalah enjin 4 lejang satu selinder, manual transmisi 4-kelajuan.

Video cara membuka bahagian enjin tengah Lagenda

Di dalam video pendek ini anda boleh melihat cara membuka enjin tengah Lagenda 110 dan setelah itu cara memasang balik bahagian yang telah dibuka itu. Perhatikan susun atur gearbox motor ini rekacipta yang berlainan berbanding Honda yang anda pernah lihat

Video
https://youtu.be/bpLu1LygB0g

Bagaimana, sudahkah anda ada keberanian untuk membuat overhaul motor Yamaha lagenda? Sebenarnya tidaklah begitu banyak komponen yang terlihat pada bahagian paling dalam enjin ini, cuma kelainan dari segi rekaciptanya,perbezaan gearbox terutamanya berbanding Honda cub yang anda biasa lihat namun cara kerja atau fungsinya adalah tetap sebagai pengatur 4 kelajuan secara manual.

Gambar bahagian gearbox legend
Gambar 2 gearbox Jupiter

Susun atur gearbox Lagenda

Di sini adalah gambarajah lengkap susun atur kedudukan setiap gear pada gearbox Yamaha Lagenda 110 yang saya dapat cari untuk rujukan bersama.

Gambar cara susunan gearbox Lagenda

Hati-hati dengan pemasangan gearbox motor Yamaha ini, kerana sering berlaku kesilapan pemasangan dan mengakibatkan permasalahan pertukaran gear. Ok, selepas ini saya akan kongsikan video bahagian clutch pula dilain post, dan jangan lupa ya
Follow Cakap Pomen Motor untuk tidak ketinggalan perkongsian seterusnya.

Animation fungsi Reed valve pada enjin motor

Pelajaran mekanik motor tentang Reed valve pada enjin 2 lejang berserta Animasi cara kerjanya

Gambar reed valve dan kepingan potong sendiri

Reed valve adalah komponen enjin untuk motosikal 2-lejang dipasang selepas karburator pada block cylinder atau crankcase enjin. Fungsi reed valve(injap lidah) ialah sebagai alat kawalan masuk bahan api ke ruang pembakaran dalam enjin 2 lejang seperti Rxz, 125z, RR150 dll. Reed valve boleh dikatakan hampir sama cara kerjanya dengan 4-stroke valves.

Dari mula rekaan reed valve, kini kita dapat lihat pada enjin 2 lejang ng ada pelbagai variasi rekaannya ada dibuat daripada Stainless Steel(boleh dilihat pada enjin lama seperti Yamaha y80), karbon fiber dan juga reka bentuk berbeza 2 lidah atau 3 lidah biasanya. Lidah reed valve adalah fleksibel bagi proses buka katup yang sempurna.

Bagi pemilik motor 2 lejang pasti biasa dengan jenama reed valve popular seperti Boyesen, dan Moto Tassinari yang terkenal dengan model-model reed valve VFORCE mereka, pastinya keluaran yang menjadi pilihan terbaik untuk enjin 2 lejang berprestasi tinggi seperti motocross, moto drag atau motor fly…:p

Animation fungsi cara kerja reed valve

Cara kerja reed valve

Dilihat, semasa piston menaik hasilnya akan berlaku sedutan dari enjin untuk menarik petrol+udara dari karburator masuk, rumah reed valve yang berkedudukan selepas karburator akan membahagikan penghantaran bahan api itu jika 2 lidah pada satu plate jadinya dikira atas bawah terdapat 4 lidah, bermakna bahan api dipecahkan kepada 4 laluan.

Semasa proses piston menurun pula, lidah reed valve akan tertutup, rekaan alat ini adalah sebagai langkah untuk mengelakkan bahan api kembali lolos melalui karburator berikutan berlaku tekanan diruang pembakaran dalam. Dengan adanya reed valve di situ maka bahan api akan terkawal.

Cadangan untuk memilih reed valve

Ketebalan lidah adalah berkadar dengan saiz enjin dan output kuasa.  Semakin besar enjin, lidah yang tebal harus digunakan. Lidah terlalu tipis terdedah kepada kerosakan awal. Untuk enjin di atas 125ccm dicadangkan menggunakan 0.45mm (0.0177in) tebal keping reed valve plate.

Ada dijual kepingan lidah potong sendiri di pasaran, contohnya kepingan reed keluaran jenama Compotec. Kepingan boleh dipotong mengikut ukuran sendiri dengan menggunakan alatan seperti gunting, setelah dipotong siap, diricih menggunakan kertas pasir pada bucu bekas keratan itu. Mereka cadangkan diperiksa reed valve setelah 15-20 jam kerja enjin,.. Memang tak sanggup bukan, Admin cadangkan silalah guna selagi enjin tiada masalah tapi didalam perlumbaan silalah mengikut cadangan mereka.

Kesan bila berlaku masalah pada Reed Valve

Bilamana motor 2 lejang mula kuat guna petrol, motor jadi semput/bobok, power enjin makin berkurangan adalah antara tanda-tanda menunjukkan ada masalah pada reed valve. Berkemungkinan reed valve pecah atau terserepih, dan perlu diganti baru. Kerosakan pada reed valve menyebabkan enjin hilang kuasa dan limpahan minyak keluar dari karburator.

Cara kerja enjin 2 lejang

Pemahaman mekanik tentang cara kerja enjin 2 stroke/lejang

Preengg… Preeenngg!!  Bunyi yang unik keluar dari motor 2-lejang kadang membingitkan telinga, bagi yang menyintai 2-stroker ini sound itu cukup indah dan menghairahkan. Jadi hari ini sambungan pelajaran mekanik ialah penerangan tentang cara kerja enjin motor paling popular sepanjang zaman iaitu enjin 2 lejang/2 stroke/2T

Ada perbezaan sebenarnya enjin diantara enjin 2-lejang sama enjin 4-lejang(telah dibincangkan). Selain bunyi yang berbeza, jelasnya enjin ini menggunakan minyak 2t sebagai pelincir enjin tambahan.

Masih menggunakan minyak 4t pada bahagian clutch dan transmisi, tapi pada bahagian ruang pembakaran tertutupnya enjin ini memerlukan 2t sebagai bahan pelincir untuk melindungi dari hakisan komponen utama disitu seperti piston dan ring, connecting rod, crankshaft dan bearing.

Tanpa minyak 2t pada enjin jenis ini akan menyebabkan kerosakan enjin yang serius.

Di kenali dengan nama 2-lejang adalah kerana enjin ini memerlukan 2 gerakan untuk melengkapkan pusingan enjinnya. Lebih mudah faham, 2 gerakan turun naik piston membolehkan enjin itu hidup.

Ruang bakar enjin 2-lejang adalah cukup ringkas. Biasanya terdapat 1 piston(omboh), 2 ring piston, connecting rod dan crankshaft(aci engkol) sebagai komponen utamanya. Cara ia berfungsi adalah seperti ini

Cara komponen dalaman enjin 2-lejang berfungsi

Gambar komponen block, head, crankcase enjin 2 lejang

Sistem penghantar bahan api 2-lejang bermula dari karburator melepasi reed
valve akan memasuki inlet block cylinder mula berkumpul ke ruangan crankcase kerana daya tarikan piston ke atas.

Gerakan 1

Apabila piston menurun kembali akan mengakibatkan tekanan wap bahan api terkumpul tadi, lalu memaksa wap itu naik ke atas kepala piston melalui transfer port(lubang tepi blok).

Gambar dalam enjin 2t, inlet port, transfer port, exhaust port

Gerakan 2

Piston mula naik sekali lagi ke atas lalu memampatkan bahan api dan pada hujung gerakan ini(TDC) bahan api termampat tadi akan meletup setelah di nyalakan oleh spark plug.

Kuasa enjin mula menolak piston kebawah kerana kuasa letusan tadi, meninggalkan(mengeluarkan) sisa pembakaran sebagai asap. Setelah piston menurun melepasi tranfer port bahan bakar mula masuk ke atas kepala piston(proses awalan tadi diulangi)

Animasi gif enjin 2 lejang

Juga menggunakan minyak 4T

Perbezaan enjin 2 lejang dan 4 lejang umumnya hanya pada bahagian pembakaran. Sistem kerja komponen lain di bahagian dalam enjin adalah sama iaitu ia memerlukan sistem clutch dan gearbox untuk memacu roda motosikal.

Namun sedikit perbedaan adalah pada spot tertentu khasnya pada sistem aliran minyak pelincir 4t. Oleh kerana enjin 2-lejang menggunakan minyak 2t, jadi struktur dalaman enjin telah direka terpisah untuk menghalang daripada minyak 4t masuk ke kawasan larangan itu(2T).

Pada rongga dimana koneksi perlu antara crankshaft dan clutch itu ditampal dengan oil seal sebagai menghalang pelincir 4t menyusup masuk ke ruang pembakaran.

Minyak pelincir juga diperlukan pada enjin 2 lejang untuk kegunaan pada bahagian clutch dan gearbox.

Enjin 2 stroke kuat minyak

Setelah difahami gambaran cara komponen 2-stroke(lejang) ini befungsi, pasti ditemui kelemahan enjin ini ialah berlaku masalah motor kuat minyak petrol. Kecepatan pembakaran menghasilkan 2 kali ganda tenaga pada enjin jenis ini adalah kelebihan mengatasi enjin 4t, akan tetapi penggunaan petrol turut meningkat.

Semasa lejang mampatan, sebahagian daripada bahan api tertendang keluar terlebih dahulu sebelum piston melepasi exhaust port. Disini mengakibatkan pembaziran bahan api berlaku berbanding enjin 4t setelah lejang ambilan valve serta merta ditutup.

Gambar komponen dalam enjin 2 lejang, piston, crankshaft,bearing

Penambahbaikan rekaan enjin

Namun pihak engineer pengeluar masing2 sedar akan kekurang enjin 2t ini, rekaan porting mengkagumkan pada block cylinder, head cylinder dan sistem ekzos itu sendiri telah berjaya mengoptimumkan penggunaan bahan api pada motosikal enjin 2 lejang.

Sumbangan kepada alam sekitar

Admin pun tidak pasti sekarang samada kerajaan Malaysia telah mengharamkan atau tidak pengeluaran motor enjin 2 lejang, setahu admin tidak lagi kelihatan dijual pada mana-mana kedai jual motor kecuali motor keluaran lama.

Mungkin motor 2 lejang mengakibatkan pencemaran alam sekitar kerana enjinnya banyak mengeluarkan asap. Lori, kilang-kilang lagi banyak asap derr…

Ok, sekian dulu pada bab ini kita bersambung pada bab seterusnya. Wassalam

Credit photo:
https://youtu.be/Z6YC3I54so4

Cara kerja enjin 4t lengkap animasi

Sambungan dari artikel semalam, cara enjin 4T/4-stroke/4 lejang tidaklah sukar untuk difahami. Sebuah enjin dengan bahagian pembakaran lengkap telah membolehkan enjin itu dihidupkan seumpama jantung telah pun berdenyut, tinggal lagi diperlukan adalah otot-otot penggerak kaki untuk melangkah.

Komponen dalaman enjin 4T

Gambar komponen dalam enjin 4t iaitu clutch,gearbox,balencer

Kuasa yang terlahir dari bahagian pembakaran diagihkan melalui hujung crankshaft kepada sistem clutch. Kemudian tenaga itu dihantar pula kepada sistem gearbox dan seterus melalui shaft gearbox kuasa itu mula memutarkan roda belakang menggunakan sprocket dan rantai sebagai pemacu.

Sistem clutch

Biasanya, 2 jenis sistem clutch pada motosikal samada sistem clutch manual ataupun auto. Pendek kata, motor yang menggunakan clutch manual akan terdapat tangan clutch pada bar handle- penunggang perlu menarik atau melepaskan tangan clutch semasa membuat pertukaran gear.

Sistem clutch auto pula dapat dikenalpasti digunakan bilamana motor itu tidak mempunyai tangan clutch- penunggang lebih rileks menukar gear tanpa perlu menarik tangan clutch. Itu adalah cara kenal pasti samada motor itu adalah motor clutch manual atau automatik.

Melihat lebih dekat secara mekanikal clutch berfungsi ialah sebagai pusat kawalan kuasa enjin.
Memberhentikan seketika semasa pertukaran gear adalah tugas clutch.

Gearbox

Pertukaran gear 1,2,3… Dilakukan dari luar oleh penunggang dengan menekan pedal gear. Dilihat dari cara kerja dalamannya, setiap pertukaran gear dilakukan dari luar akan mengalihkan posisi gegancu gear tertentu didalam gearbox. Pada masa proses inilah kuasa enjin perlu diputuskan seketika supaya pertukaran gear speed akan berlaku dengan lancar, tiada lompatan terasa, gear keras, enjin mati(gear 1).

Gearbox berada di dalam crankcase(kulit enjin tengah) terpisah dari kedudukan clutch dan terdapat rongga-rongga untuk aliran minyak perlincir.

Sistem aliran pelincir

Enjin memerlukan minyak perlincir untuk menjaga komponen-komponennya daripada berlaku hakisan juga untuk sejukan suhu. Di dalam sebuah enjin 4-stroke petrol, minyak pelincir mengalir ke seluruh bahagian enjin kecuali pada kebuk pembakaran(pada head cylinder) dan seluruh ruang di atas kepala piston. Jika melepasi kawasan itu kerosakan enjin serius bakal berlaku- petandanya keluar asap putih.

Oil pump gear

Memandangkan aliran pelincir secara semulajadi agak lambat sampai, disini oil pump gear sebagai komponen tambahan diperlukan untuk mengepam pelincir kebahagian paling jauh/atas – bahagian top.

Balancer

Animasi enjin motor

Sungguh nikmat menunggang motosikal dengan enjin moden kerana tiada gegaran terasa. Terima kasih ke atas penciptaan balancer, berfungsi sebagai alat pengimbang dalam enjin untuk membuang gegaran.

Gif aliran pilincir enjin

Umumnya, sebuah enjin motosikal lengkap memerlukan pelbagai lagi komponen sokongan (seperti bearing, shaft gear, timing chain, flywheel) untuk enjin berjalan lancar dan sempurna. Dengan artikel ini dan link-link dibaca diharap dengan mudah anda memahami asas cara kerja enjin 4T Kita sambung pula di artikel seterusnya selepas ini-wassalam. Sambungan artikel cara enjin 2 lejang berfungsi

Credit : 

 
 

Tips membeli block racing motor yang senyap

Gambar tips membeli blok racing

Tips membeli blok racing – Salam,justeru untuk mempertingkat kuasa enjin motor- menukar cylinder block  racing adalah kebiasaannya dilakukan pemilik motor itu. Memandangkan menukar block(blok) motor kerap dilakukan sendiri dirumah oleh beginner mekanik dan sering kali antara mereka tidak menitik beratkan kualiti sebaliknya hanya mencari blok bersaiz besar dan harga murah sahaja.

Pakai block racing racing enjin jadi bising

Anda boleh membeli block-block motor yang bersaiz sebesar mana pun anda suka tapi jangan lupa pastikan juga ia bersesuian dengan enjin motor anda. Dan terutamanya penekanan post baikimotor.com kali ini ialah cara pastikan block baru dibeli itu tidak mendatangkan masalah enjin bunyi bising seperti ketukan atau ‘knocking’ pada block selepas dipasang. Pastinya anda tidak mahu membuat kerja dua kali bukan? dan merugikan wang ringgit lagi.

Tak dinafikan hal yang banyak berlaku pada kawan-kawan kita kecewa bila enjin berbunyi bising selepas baru sahaja menukar blok. Padahal block baru saja dibeli, apa punca dia boleh  berbunyi? Kebiasaannya block yang telah lama dipakai atau block lepas jem saja akan mengeluarkan bunyi. Apapun alasannya, block motor anda tetap perlu dibuka semula untuk pemeriksaan.

Block longgar

Kebanyakan blok racing murah tidak semua boleh dipasang terus sebaliknya perlu di rebore. Alasannya, adalah block longgar.

Jd kita perlu membuat rebore untuk menukar piston dan saiz baru yang lebit ‘fit’ dan menghasilkan enjin motor yang senyap seperti menggunakan block asal (standard).

Ciri cylinder block berbunyi

Apabila anda membeli block baru dan anda tidak mahu lagi melakukan ulang rebore block kerana anda tidak mempunyai ‘badget’ misalnya, anda boleh lihat dari awal lagi samada block itu berbunyi atau tidak.

Inilah tips yang akan admin kongsikan semasa membeli blok motor yang baru dikedai. Ciri block berbunyi anda dapat ketahui dengan menguji kelonggaran/ruang lega di antara lubang block dengan piston. Caranya ialah dengan memasukkan  piston ke dalam cylinder itu dan anda goyangkan ke atas,ke bawah,kiri dan kanan tanpa ring piston.Jika ia menghasilkan bunyi terlalu kuat seperti dalam video saya kongsikan di bawah ini…sila jangan beli!

Tips cara melihat ciri block yang berbunyi bising ini bukan sahaja dimanfaatkan semasa membeli block baru tapi juga semasa sesi membaik pulih enjin. Pastikan anda membuat langkah ini untuk mengujinya.
Sekian untuk kali tentang perkongsian tips membeli block racing untuk motor anda dan kita jumpa lagi dikesempatan lain, dengan hal-hal mekanik motor yang anda ingin ketahui…wassalam.