membuka bahagian Top Overhaul motosikal ex5 dream

Belajar mekanik motosikal :Bab 1  membuat TOP OVERHAUL ex5 dream 

Apa tu top overhaul? top overhaul ataupun top end ialah kerja membuka semua  komponen enjin pada bahagian depan/top sahaja.Jika seluruh bahagian enjin motosikal di buka/dileraikan kita sebut full overhaul atau overhaul enjin sahaja.

Tujuan top overhaul dibuat ialah kerana ia mungkin disebabkan ada isu- isu kerosakan seperti

gambar top overhaul

Banyak lagi perkara penyebab   berkaitan kenapa top overhaul dibuat termasuklah juga   isu modifikasi.


apa khabar?..Cakap Pomen Motor  dalam proses menyusun kembali artikel berkenaan belajar mekanik motosikal agar lebih teratur.Oleh itu post kali ini mungkin nampak ‘duplicate’,tapi tak apa lebih banyak ulangkaji lebih cepat pandai..kan?

Kepada yang like laman Facebook Cakap Pomen Motor mungkin sudah dapat video tentang Cara Membuka Head,Blok,Piston motor ex5-Top Overhaul.Jika belum sila tonton ini;

https://youtu.be/82dbQfPo34g

saya akan ulas balik  apa yang dilakukan di dalam video diatas awak lebih faham.

Membuka komponen Top Overhaul

Video 1 cara membuat top overhaul ex5 dream ialah melibatkan proses membuka sahaja.Komponen lain berkaitan dengan top overhaul seperti pemijak kaki,ekzos dan karburator telah dileraikan terlebih dahulu.Setelah itu saya mulakan langkah kerjanya seperti dibawah;

1-Membuka Head

2-membuka Blok

3-Membuka Piston

Mari lihat lebih lengkap tentangnya;

Membuka Head

gambar head ex5
Head
gambar penutup head ex5

1-Skru 10′ panjang
Skru pengikat penutup Timing Spoket
-terdapat 1washer alloy padanya.

2- buka 2 biji skru spoket timing diikat pada camshaft.
-cungkil spoket timing keluar.

3- 4 biji nut 10′ stat pada bahagian depan sekali dari head selinder.Di bawah nut 10′
terdapat 1 washer setiap 1 darinya.Salah satu dari washer tersebut ialah washer merah(tembaga) ,dan berkedudukan pada stat bawah sebelah kanan.

setelah dikeluarkan kesemua nut serta washer,dicabut pula penutup depan head.

4- Terakhir sekali,buka skru sisi head.
-skru saiz 8′ diikat pada blok.

Setelah itu mulalah tarik head keluar dari stat(tiang) enjin.

Buka Blok/cylinder block

gambar blok ex5
Blok

1-membuka skru 10′ di tengah blok.Skru ini ialah skru pengikat roller besar didalam blok ex5.
-skru saiz 10′ serta 1 biji washer alloy padanya.

2-buka skru sisi blok saiz asalnya ialah 8′.Skru ini pengikat blok pada crankcase enjin/kulit enjin.

*jika cylinder  head atau cylinder block sukar dikeluarkan,boleh gunakan tukul getah.

Membuka Piston

Sekarang sudah sampai penghujung kerja membuka bahagian top motor ex5 dream dengan komponen terakhir yang perlu di keluarkan iaitu piston.

Piston disambungkan kepada rod menggunakan sebiji pin.Pin ini berbentuk roller panjang dimasukkan ketengah lubang piston dan dikunci oleh 2 biji klip pada kiri dan kanan.

Dengan menggunakan playar muncung tirus,keluarkan salah- satu klip  terlebih dahulu sebelum menolak pin keluar.

klip piston

Ada 2 jenis klip piston yang biasa ditemui pada piston motor  honda ex5,1 jenis ‘C dan 1 lagi ‘G’.

klip ‘G’ adalah lebih mudah dikeluarkan berbanding ‘C’.Jadi tambahan pengetahuan anda disini ialah macam mana cara mengeluarkan klip piston jenis ‘C’..?

gambar piston ex5

Ok untuk mengeluarkannya perlukan satu pengcungkil halus sama ada skrudriver atau spanar khas.Langkahnya sila lihat gambar di atas.

Berbalik mengenai pin piston.,
Seringkali pin agak ketat melekat pada piston,bolehlah diketuk paksa ianya keluar.

Selesai sudah proses membuka semua komponen top overhaul motosikal honda ex5 dream kita.Kita bersambung pada proses memasang balik pada post akan datang ..insyallah.

Cara tukar tiub tayar motor pancit bocor

Bab 1 baiki motor

Mempelajari cara tukar tiub tayar motor pancit/bocor

Tayar bocor atau tayar pancit adalah masalah yang tak dapat dielakkan oleh pengguna motor.Bagi mekanik membaiki motor tayar pancit sudah menjadi rutin harian dibengkel.Kerana itu mekanik wajib mahir bab tayar motor.Tukar tayar,tukar tiub mesti dibuat dengan baik dan cepat tanpa sebarang masalah.mekanik motor boleh buka pasang tayar mengambil masa kurang dari 5 minit.

#Catatan ini untuk pelajar mekanik jika anda pengguna biasa baca catatan tayar selalu pancit

Tentunya ada teknik yang membuatkan proses tukar tiub tayar pancit secepat itu tanpa sebarang masalah.Tak kena cara tiub baru pasang boleh pancit balik atau pecah,tayar tak naik dan bermacam lagi masalah.maka bab sulung belajar baiki motor saya rasa eloklah kita  mulakan dengan mempelajari cara-cara tukar tiub tayar motosikal agar selari dengan  kerja rutin mekanik motor..dimulakan dengan
Bismilahirahmanirrahhim..

Dialog sketsa cara tukar tiub motor di bengkel

Dialog dibawah adalah mengenai cara tukar tiub tayar motosikal pancit | bocor

Sambil releks berborak..vroomm..
sampai sebijik motor ex5 dream.
“Bang,tiub belakang pancit ..



pomen(anda), tolong tukar tiub motor abang ni_yang bersuara ni taukey ..he he..



Sepanar saiz berapa [email protected]!
_pomen.



Ambik sepanar saiz 19,10,12 dan pengcungkil tayar_taukey



Nak bukak apa dulu cif tak tau ni.._pomen



Buka peti rantai tu dulu pakai sepanar 10 .lepas buka peti rantai buka  nat brek–>  buka nat tayar.._taukey



Buka arah mana cif?_pomen



Buka skru lawan jam ikat/ketat ikut jam.._taukey



Taukey minum air jap sambil tengok pomen dia tengah buka tayar motosikal pancit.



Cif tayar dah buka ni cif .pastu cif.._pomen



Dah..! Ha meh sini tengok aku buat dulu.Ni mula-mula buka nat tiub ni dulu pakai sepanar 12′..sret..srett..
(tercabut dah nat tiub)



OK ,ni aku nak cungkil tayar ni..kau tengok baik-baik..



Ni bai..
Masa nak cungkil  tayar kau pakai hujung pencungkil tayar yang melengkung ni.nanti dah masuk tiub,nak pasang tayar balik pakai hujung yang leper ni pulak.._taukey



Kenapa cif?_pomen



Masa nak buka tayar tentu lah senang pakai hujung melengkung/bengkok..tapi tak boleh pakai ni masa nak masukkan tayar balik sebab mudah terkena tiub..ada paham!_taukey



Orait cif!_ pomen



Customer dekat belakang perhati je sambil mengangguk kepala..paham la tu kot..:)



Srett..srett..srett..selamber je taukey tukar tiub tak 8.8 second dah siap..

Image cungkil tayar motor

Dapatkan spanar tayar set disini

Teknik ganti tiub motor

Sedikit teknik atau skil untuk anda untuk ganti tiub motosikal pancit yang boleh anda pratikkan


Semasa buka tayar

  • Guna pengcungkil hujung

  melengkung

  • Guna 2 pengcungkil tayar
  • Cungkil sesi/bucu tayar pada

sebelah yang pertama > Tarik tiub
Keluar > dan cungkil sebelah 2

  • Periksa tayar jika ada paku,dawai   Cari punca tayar pancit/bocor

Semasa pasang tayar

  • Sebaiknya guna pengcungkil

hujung leper

  • Masukan sedikit angin kedalam

tiub

  • Sapukan sedikit minyak pada

bucu/bibir tayar

  • Masukkan tiub (yang sudah diisi

angin)kedalam tayar > ikat nat
tiub 1atau 2 pusingan(supaya
tak tercabut sudah) > mula
cungkil masuk tayar > Pam angin

  • Setelah siap pastikan urat/line sisi

tayar sama aras

  • -siap-
                         Tonton video ini

*Jika ralat tonton melalui link ini https://youtu.be/wpnL25MVT38

Bab-2

Begitulah cara tukar pasang repair tiub tayar motor motosikal sepeda motor pancit bocor kalau tayar rosak sila tukar tayar sekali ya