Set clutch motor Honda Ex5 Dream

clutch plate motor set

Set clutch untuk motor Honda EX5 dream
Kedai kami di Shopee

Menjual barangan untuk repair clutch motor Ex5 Dream

Saya sediakan set barangan untuk repair/baiki clutch untuk motor Honda EX5 Dream 100 disini. Terdapat 4 barang utama dalam pakej set clutch Honda Ex5 Dream ini – yang perlu ditukar apabila motor EX5 menghadapi menghadapi masalah clutch iaitu

1. Auto clutch housing
2. Auto shoe
3. Clutch plate
4. Spring clutch

Tanda-tanda clutch motor habis

Bagi yang belum tahu saya terangkan sikit tanda-tanda clutch motor dah habis ialah apabila motor semakin berat dan melemah terutamanya ketika mendaki bukit atau semasa muatan lebih…cukup terkesan sekali daripada biasa. Semasa seawal berjalan, diperah minyak enjin seakan ‘tidak terlepas’, meraung atau berjalan agak meleret. Bila ini terjadi, nampaknya inilah masa yang anda perlu untuk menukar clutch motor anda.

Baca lagi tentang clutch motor habis

Jadi untuk membaik pulihkan pada bahagian klac motor Honda EX5 Dream(sedikit berbeza dari model HIgh power) inilah barangannya.

3 daripada alat ganti ini adalah keluaran original Honda Thailand dan spring clutch sahaja saya recommend kan pakai spring racing. Dengan alat ganti berkualiti ini saya percaya pick up motor anda akan bertambah dan enjin kembali bertenaga. Dapatkan segera clutch original Honda Thai ini di kedai Shopee saya selagi stok masih ada.

Auto Clutch Assy Honda EX5 Power

Gambar auto clutch assy original Honda Thailand untuk motor ex5 power
Ori Thailand
Gambar alat ganti auto klac Honda EX5 power
Biasa

2 jenis auto clutch EX5 power

salam,

Minggu ni saya buat masuk auto clutch assy untuk motor Honda EX5 high Power/(lama) 100cc di kedai online Shopee saya. Ada dua jenis pilihan boleh dibeli iaitu original Honda Thailand dan satu lagi alat ganti copy ori. Bagi yang motor Ex5 power dia perlu tukar clutch tu boleh dapatkan alat ganti ini di kedai online kami

Saya ada pernah review mengenai auto clutch High power ini pada artikel lepas, boleh jengok lihat. Yang biasa boleh guna juga bosku tak ada masalah tapi kalau nak main lasak baik pakai auto klac original Honda. Boleh check harga di kedai Shopee Kami disini – https://shopee.com.my/product/209378505/7742121607/

karburator Wave 125 copy original review

 karburator wave 125 copy original
video di kedai Shopee kami disini
https://shopee.com.my/product/209378505/3341903111/

Salam,

Apa khabar anda follower Cakap Pomen Motor dan anda yang baru saja jejak kaki ke blog ini, harap sihat dan bersemangat terus dalam bidang permotoran kite. Hari ini tak ada isu dibincangkan cuma saya buat sikit review carburetor/karburator Wave 125 copy original mungkin anda mahu tahu sebelum membelinya samada ia berfungsi dengan baik atau tidak.

Ok, tanpa membuang masa terus saja kite review produk ini

Faham betul-betul ya Ini bukan carburetor original Honda Wave 125 tapi alatganti copy(tiruan). Apa maknanya disini ialah carburetor tiruan ini dibuat(copy) daripada yang original motor Wave 125. Ya nak beli yang ori/asli harga tentu mahal, jadi copy pun jadilah ya

karburator Wave 125 boleh pakai ke dekat Honda Ex5/c70/kriss anda?

Jadi saya sudah cuba pakai carburetor/karburator yang satu jenis ni, dicuba pada motor EX5 blok standard. Keputusan dia saya katakan…ya boleh pakai¬†
Bila rev enjin¬† ‘garing’ elok, setingan asal dia dengan enjin EX5 standard ni agak ‘lean’/plug putih. Pagi esok cuba hidupkan enjin masa enjin sejuk ni agak susah hidup. Jadi saya besarkan sedikit pilot jetnya dan masalah itu pun selesai

Kalau setting tak kena ada tak alat ganti karburator wave 125 ini

Komponen dalaman carburetor semua sama seperti original, boleh ditukar ganti mainjet,pilot jet, jarum dll dengan alat ganti asli kalau rasa kurang berpuas hati dengan setting dia. Ya, sebelum ini sudah pernah cuba karburator wave 125 murah wave tapi malangnya tiada alat ganti di jual.

Carburetor copy Honda Wave ini saya bagi 3 bintang daripada 5 dari segi kualiti dibandingkan dengan ori punya. Dan jika dibandingkan dengan aspek harga prestasi carburetor itu sendiri adalah mengkagumkan saya bagi 5 bintang…ya selepas diubah setting dia.

Jika berminat bolehlah dapatkan carburetor Honda Wave125 yamg serupa seperti saya review ini dikedai Shopee saya disini … yang beli saya ucap terima kasih kerana support…salam jumpa lagi

Video review carburetor baru Honda c70

Karburator motor Honda c70

Salam, khas untuk pemilik motor Honda cub c70 mengalami masalah pada karburator yang perlu digantikan dengan yang baru, disini CPM syorkan anda membeli sebiji karburator baru jenama ini.

Carburetor buatan Honda Thailand ini adalah murah untuk dibeli sebagai pilihan utama pada masa sekarang yang mana karburator buatan Japan sukar untuk diperolehi dan harganya yang mahal. Jadi inilah karburator terbaik untuk dipakai pada motor anda.

Enjin tidak mati lagi selepas tukar karburator

Beberapa hari yang lalu dibengkel Marmanworkshop, sebuah motor Honda c70 yang mengalami masalah semput dan mati plug(plug jadi hitam) dikenal pasti berpunca daripada kerosakkan karburator. Jadi penyelesaian adalah perlu menggantikan karburator yang rosak itu dengan yang baru.

Setelah dipasang siap dengan karburator ini hasilnya adalah positif, tiada lagi masalah semput dan timing pun cantik,tak ada enjin mati-mati lagi. Saya cukup puas hati dengan jenama ini dan syorkan anda membelinya. Di bawah saya ada video review-nya yang anda boleh lihat hasilnya setelah dipasang dan jangan lupa lihat ciri-ciri karburator ini, pastikan ia sama jika membelinya nanti.

Gambar ciri karburator c70 pandangan sisi kepunyaan baikimotor.com
Pandangan sisi
Gambar pandangan hadapan karburator c70 kepunyaan baikimotor.com
Pandangan hadapan
Video

Semoga review kali ini bermanfaat untuk anda yang sedang tercari-cari secara online tentang karburator jenama apakah yang murah lagi terbaik untuk Honda c70 kesayangan anda itu. Tak suka yang standard macam ni boleh cuba tengok carburetor wave 125 yang telah saya review sebelum ini, boleh pJangan lupa follow blog baikimotor.com untuk pelbagai lagi review alatganti motor selepas ini. Wassalam

Review Carburetor Honda Wave125 original berbeza dengan tiruan

Salam, baikimotor.com share skit khas untuk pembaca blog ini sahaja sebuah video review perbezaan carburetor original Honda wave125 sama carburetor tiruan. Semoga dapat memberi manfaat terutamanya kalau mahu beli carburetor baru wave 125 ni.

Ini bukan artikel untuk menggerunkan pembaca tapi sekadar mahu tunjuk kelebihan menggunakan carburetor motor jenama ori/asli dari pengeluar berbanding yang tiruan. Tiruan pun boleh pakai tak lah secantik yang ori, kebanyakkan efek menggunakan carburetor tiruan ni enjin pandai mati sendiri bila tunggu trafik light contohnya, macam carburetor rosak padahal yang baru. Kadang boleh dapat yang ok tapi tengok nasib la kann…

Walaupun harga mahal 2 kali ganda antara keduanya tapi
Carburetor original wave 125 ni betul-betul timing cantik, sekali pasang saja tak perlu buka banyak kali setting mainjet pilot jet.

Kalau tonton video ni anda boleh melihat ciri-ciri perbezaan carburetor ori wave dengan tiruan ni. Sendiri lihat ye

Video

Update artikel terbaru: review carburetor wave copy ori