Set alat adjust Tappet motor – membuat Valve clearance

Gambar set spanar untuk adjust valve tappet motor

Menjual sepana adjust tappet motor cub

Tappet motor dah bunyi tapi macam mana nak adjust kalau tak ada alat dia? Jangan risau disini ada Set lengkap sepana adjust tappet motor yang sesuai untuk adjust tappet pelbagai jenis motor. Tidak susah lagi cari kerana anda boleh membelinya secara online di Shopee(kedai saya) https://shopee.com.my/product/209378505/3842844964/
3 dalam 1 ialah;
1. 8×9 spanner
2. feeler gauge/ valve clearance blade
3. Tappet spanner

Kegunaan untuk adjust tappet Ex5, Lagenda, Lc135 dll

Untuk tappet Honda C70, EX5 Dream/High Power/Baru, Yamaha Lagenda, Lc135, Y15, Modenas Kriss, Suzuki, scooter dan banyak lagi.

Mengapa saya recommend set spanar ini tidak perlu membeli jenis permanent valve adjuster ialah supaya anda boleh menggunakan ia pada banyak motor cub lama dan baru…
contoh satu motor guna nut tappet saiz 8 dan satu lagi pula pakai nut saiz 9. Jadi disini jikalau pakai permanent spanar tappet anda perlu beli 2 jenis. Oleh itu saya lebih syorkan beli spanar saiz 8×9 dengan tappet spanner untuk lebih jimat dan universal (kalau main banyak jenis enjin la)
Feeler guage pula khas untuk membuat valve clearance pada enjin motor kerana ukuran saiz blade lebih nipis berbanding keperluan kenderaan lain.
Pada set lengkap spanar ini feeler gauge nya memiliki saiz 0.02,0.3,0.5,0.6 – 1.00mm(17 mata pisau) bersesuaian untuk kelegaan tappet motor.

Cara guna sepana

Kepada yang belum tahu cara guna sepana tappet ini ikut langkah dibawah:

1.Buka penutup valve

2.Dapatkan marking Top

3.Longgarkan nut tappet dengan sepana 8/9

4.Pilih saiz mata Feeler guage yang betul

5.Pusing skru tappet sehingga bersentuhan feeler, guna sepana L

6.Pastikan feeler boleh disorong tarik

7.Guna sepana 8/9 sambil tahan skru tappet dengan L, ketatkan

8.Selesai

Kalau tappet masih berbunyi bermakna perlu guna mata pisau lebih nipis
Kalautak faham baca ini cara adjust tappet <—- baca di link ini
 
Ok itu saja pada review produk alatan mekanik pada kali ini. berminat kunjungi kedai saya – terima kasih support-






Bahagian enjin tengah Yamaha Lagenda(jupiter) 110

Gambar bahagian dalam enjin

Assalamualaikum, Alhamdullillah saya diberi kesempatan merakam satu video semasa kerja overhaul untuk membaiki enjin motor Yamaha Lagenda 110z /Jupiter  yang bermasalah, dan ini saya rasa baik untuk rujukan anda pembaca blog Cakap Pomen Motor terutamanya jika anda telah mengikuti pembelajaran asas mekanik motor yang dikongsikan melalui beberapa artikel sebelum ini yang saya kira telah lengkap untuk enjin Honda ex5.

Jadi dengan adanya video pada kali saya akan membawa anda melihat pula bagaimana bahagian tengah enjin Yamaha 4 lejang ini yang sememangnya berbeza dengan Honda walaupun kedua-duanya adalah enjin 4 lejang satu selinder, manual transmisi 4-kelajuan.

Video cara membuka bahagian enjin tengah Lagenda

Di dalam video pendek ini anda boleh melihat cara membuka enjin tengah Lagenda 110 dan setelah itu cara memasang balik bahagian yang telah dibuka itu. Perhatikan susun atur gearbox motor ini rekacipta yang berlainan berbanding Honda yang anda pernah lihat

Video
https://youtu.be/bpLu1LygB0g

Bagaimana, sudahkah anda ada keberanian untuk membuat overhaul motor Yamaha lagenda? Sebenarnya tidaklah begitu banyak komponen yang terlihat pada bahagian paling dalam enjin ini, cuma kelainan dari segi rekaciptanya,perbezaan gearbox terutamanya berbanding Honda cub yang anda biasa lihat namun cara kerja atau fungsinya adalah tetap sebagai pengatur 4 kelajuan secara manual.

Gambar bahagian gearbox legend
Gambar 2 gearbox Jupiter

Susun atur gearbox Lagenda

Di sini adalah gambarajah lengkap susun atur kedudukan setiap gear pada gearbox Yamaha Lagenda 110 yang saya dapat cari untuk rujukan bersama.

Gambar cara susunan gearbox Lagenda

Hati-hati dengan pemasangan gearbox motor Yamaha ini, kerana sering berlaku kesilapan pemasangan dan mengakibatkan permasalahan pertukaran gear. Ok, selepas ini saya akan kongsikan video bahagian clutch pula dilain post, dan jangan lupa ya
Follow Cakap Pomen Motor untuk tidak ketinggalan perkongsian seterusnya.

Cara kerja enjin 4t lengkap animasi

Sambungan dari artikel semalam, cara enjin 4T/4-stroke/4 lejang tidaklah sukar untuk difahami. Sebuah enjin dengan bahagian pembakaran lengkap telah membolehkan enjin itu dihidupkan seumpama jantung telah pun berdenyut, tinggal lagi diperlukan adalah otot-otot penggerak kaki untuk melangkah.

Komponen dalaman enjin 4T

Gambar komponen dalam enjin 4t iaitu clutch,gearbox,balencer

Kuasa yang terlahir dari bahagian pembakaran diagihkan melalui hujung crankshaft kepada sistem clutch. Kemudian tenaga itu dihantar pula kepada sistem gearbox dan seterus melalui shaft gearbox kuasa itu mula memutarkan roda belakang menggunakan sprocket dan rantai sebagai pemacu.

Sistem clutch

Biasanya, 2 jenis sistem clutch pada motosikal samada sistem clutch manual ataupun auto. Pendek kata, motor yang menggunakan clutch manual akan terdapat tangan clutch pada bar handle- penunggang perlu menarik atau melepaskan tangan clutch semasa membuat pertukaran gear.

Sistem clutch auto pula dapat dikenalpasti digunakan bilamana motor itu tidak mempunyai tangan clutch- penunggang lebih rileks menukar gear tanpa perlu menarik tangan clutch. Itu adalah cara kenal pasti samada motor itu adalah motor clutch manual atau automatik.

Melihat lebih dekat secara mekanikal clutch berfungsi ialah sebagai pusat kawalan kuasa enjin.
Memberhentikan seketika semasa pertukaran gear adalah tugas clutch.

Gearbox

Pertukaran gear 1,2,3… Dilakukan dari luar oleh penunggang dengan menekan pedal gear. Dilihat dari cara kerja dalamannya, setiap pertukaran gear dilakukan dari luar akan mengalihkan posisi gegancu gear tertentu didalam gearbox. Pada masa proses inilah kuasa enjin perlu diputuskan seketika supaya pertukaran gear speed akan berlaku dengan lancar, tiada lompatan terasa, gear keras, enjin mati(gear 1).

Gearbox berada di dalam crankcase(kulit enjin tengah) terpisah dari kedudukan clutch dan terdapat rongga-rongga untuk aliran minyak perlincir.

Sistem aliran pelincir

Enjin memerlukan minyak perlincir untuk menjaga komponen-komponennya daripada berlaku hakisan juga untuk sejukan suhu. Di dalam sebuah enjin 4-stroke petrol, minyak pelincir mengalir ke seluruh bahagian enjin kecuali pada kebuk pembakaran(pada head cylinder) dan seluruh ruang di atas kepala piston. Jika melepasi kawasan itu kerosakan enjin serius bakal berlaku- petandanya keluar asap putih.

Oil pump gear

Memandangkan aliran pelincir secara semulajadi agak lambat sampai, disini oil pump gear sebagai komponen tambahan diperlukan untuk mengepam pelincir kebahagian paling jauh/atas – bahagian top.

Balancer

Animasi enjin motor

Sungguh nikmat menunggang motosikal dengan enjin moden kerana tiada gegaran terasa. Terima kasih ke atas penciptaan balancer, berfungsi sebagai alat pengimbang dalam enjin untuk membuang gegaran.

Gif aliran pilincir enjin

Umumnya, sebuah enjin motosikal lengkap memerlukan pelbagai lagi komponen sokongan (seperti bearing, shaft gear, timing chain, flywheel) untuk enjin berjalan lancar dan sempurna. Dengan artikel ini dan link-link dibaca diharap dengan mudah anda memahami asas cara kerja enjin 4T Kita sambung pula di artikel seterusnya selepas ini-wassalam. Sambungan artikel cara enjin 2 lejang berfungsi

Credit : 

 
 

Cara kerja engine 4 stroke

Fahami cara kerja enjin 4 lejang(stroke) dan fungsi setiap komponen

Engine 4 stroke dalam bahasa melayu iaitu enjin 4 lejang diklaim sebagai jenis enjin paling ekonomi dan mesra alam. Maksud 4 lejang ialah 4 gerakan diperlukan untuk menghasilkan 1 putaran lengkap enjin itu membabitkan lejang ambilan, lejang mampatan, lejang bakar/kuasa dan terakhir lejang buangan/ekzos. Ini ialah sistem pembakaran bahan api enjin itu untuk menghasilkan kuasa.

Komponen-komponen yang membina struktur asas bagi enjin motorsikal 4 stroke terdiri daripada;

Karburator,

valve,camshaft,

piston,

rod,crankshaft,

clutch,

gear box

Daripada beberapa komponen utama di atas maka lahirlah sebuah enjin asas 4 stroke yang disusun kepada beberapa section. Lihat pula bagaimana cara kerja enjin itu.

Gambar cara kerja enjin 4 stroke

Section A ; karburator, valve,camshaft
Section B; piston,crankshaft
Section C; clutch, penukar gear
Section D; gear box

Cara kuasa enjin diagihkan

Section A dikenali sebagai kawasan pembakaran dalaman dimana enjin mula menghasilkan tenaga.Tenaga ini terhasil setelah melalui 4 proses mengikut aturan lejang motorsikal 4 stroke iaitu lejang ambilan,lejang mampatan,lejang kuasa dan lejang buangan.

Sebelum tenaga enjin(kuasa) akan membenarkan motorsikal bergerak ia perlu melepasi pusat kawalan tenaga iaitu pada kawasan C dan D.

Disitu boleh anda mengatur kelajuan pusingan roda belakang yang anda mahukan dengan menarik  clutch dan menekan pedal gear setelah membesarkan atau memperlahankan pendikit(karburator).

Kitaran enjin 4 lejang(stroke)

Satu tendangan penyetat kaki adalah sumber tenaga enjin yang pertama sebelum enjin mula menjana kuasanya sendiri setelah mengalami proses 4 gerakan turun naik piston dan lejangnya.

Gambar ilustrasi 4 stroke

Lejang ambilan: piston bermula di pusat mati paling atas kepada head cylinder   (T.D.C.) turun dan berakhir pada pusat mati bawah (B.D.C.). Dalam stroke ini valve masuk  mesti berada dalam kedudukan terbuka membenarkan piston  menarik campuran udara-bahan api ke dalam silinder blok  melalui gerakan menurun.

Lejang Mampatan: stroke/lejang ini bermula di B.D.C iaitu paling bawah naik dan berakhir pada T.D.C. Dalam stroke ini piston memampatkan campuran udara-bahan api sebelum ia dicucuh oleh spark plug pada akhir stoke ini.semasa ini keadaan valve adalah tertutup kedua-duanya.

Lejang kuasa: Disini lah engine mula hidup sendiri tanpa sumber tenaga manusia.Nyalaan pada akhir lejang mampatan dan diawal lejang kuasa menghasilkan letupan dan menolak piston dengan keras ke bawah sehingga dapat  memutarkan crankshaft sendiri .kedua-dua valve adalah tertutup.

Lejang buangan: Hasil dari daya kuasa tadi kini piston ditolak keatas secara automatik sisa gas yang terbakar turut ditolak keluar melalui 1 valve yang terbuka iaitu valve out.Kitaran enjin ini berulang kembali seperti awalnya secara berterusan sehingga engine dimatikan.

Baca lagi tentang; enjin motorsikal 

Enjin 4 tak dan minyak pelincir nya

Mesin 4 tak ini cukup menitik beratkan penggunaan minyak pelincir 4t kerana ia tidak menggunakan minyak 2t.Bermula dari piston,rod,crankshaft, clutch sehingga ke gear box perlu dibasahi dengan minyak 4 t untuk ia bergerak lancar tanpa masalah.lihat kawasan berwarna biru,biru tua ialah aliran minyak pelincir nya.

Gambar enjin 4 tak

Daripada gambaran diatas dapatlah kita tahu pelincir mengalir ke semua bahagian enjin 4 stroke kecuali di kawasan berwarna merah (kebuk pembakaran,Oren (minyak in) dan warna hijau (ekzos).Bermakna juga pelincir tidak dibenarkan melepasi kepala piston walau ring piston sekali pun.

Ciri pelincir yang dipilih harus bertepatan dengan kreteria enjin ini.Makanya pilihlah pelincir yang baik dari segala aspek bukan khas untuk gearbox atau bahagian clutch sahaja sebagaimana keperluan enjin 2 tak.

Ketahui kod minyak pelincir untuk pastikan ia mengalir keseluruh bahagian enjin dengan baik,baik untuk dinding selinder blok,baik juga untuk piston dan ring,laju ketika melepasi Oil Pump menunjukan ciri pelincir itu bersesuaian dengan enjin 4 tak.

Satu lagi diketahui enjin 4 tak(4 stroke) perlukan pelincir yang dapat seal kan ring piston untuk peningkatan kuasa enjin.Jika kuasa mampatan lolos pada ring piston maka semakin mengecilah kuasa enjin terhasil.

Ulangan pemahaman : lejang dan kedudukan valve

Gambar piston,connecting rod dan crankshaft
  1. Piston
  2. Connecting Rod
  3. Crankshaft

Langkahnya: crankshaft terlebih dahulu akan berputar sebaik sahaja penyetat ditendang, connecting rod sebagai pemegang akan menarik,menolak piston ke atas dan kebawah mengikut putaran crankshaft selagi enjin masih hidup

Gambar valve, sperk plug dalam enjin motor
Intake manifold
Fuel injector/karburator
Spark plug
Intake/exhaust valve
Fungsinya:

Intake manifold adalah dimaksudkan sebagai saluran masuk bahan bakar(petrol+udara) daripada fuel injector/karburator untuk kedalam enjin. Intake valve(injap masuk) perlu membuka pintunya terlebih dahulu untuk minyak masuk, selepas bahan api dibakar oleh api spark plug, sisa berbentuk asap akan dilepaskan melalui bukaan exhaust valve(injap ekzos). Pergerakkan kedua-dua valve itu memerlukan peranan Camshaft

Kenapa ia dipanggil 4-stroke(lejang) ialah kerana enjin ini memerlukan 4 pergerakkan untuk membolehkan enjin itu melengkapi putarannya untuk hidup. Dikenali dengan

Lejang ambilan

Berbeza dengan enjin 2-stroke, enjin 4t memulakan dengan lejang ambilan, membawa masuk bahan bakar dengan kuasa sedutan piston yang menurun itu
-posisi valve( intake valve terbuka, exhaust valve tertutup)

Gambar lejang ambilan enjin

Lejang mampatan

kemudian piston menaik mengakibatkan bahan bakar tertekan serta dimampatkan ke atas dalam kebuk pembakaran,
-posisi valve ialah keduanya tertutup pada lejang mampatan

Gambar lejang mampatan enjin

Lejang bakar

Pada lejang bakar dinyalakan mampatan itu oleh spark plug mengakibatkan terjahan kuasa ke atas kepala piston itu, menolak piston kebawah
-posisi valve (keduanya tertutup)

Gambar lejang bakar enjin

Lejang buangan(ekzos)

Piston mula naik kembali, menolak sisa bahan bakar untuk dibuang melalui ekzos pada lejang bakar,
-posisi valve (intake valve tutup, exhaust valve terbuka

enjin mula hidup dan proses itu akan berulang selagi suis belum dimatikan.

Gambar lejang ekzos enjin

Proses ini sebenarnya berlaku cukup pantas dikira, mengikut tandaan pada tachometer setelah 0 bermula 1000rpm sehingga 12000rpm biasanya. Rpm diertikan berapakah satu putaran lengkap crankshaft itu dalam seminit.

Animasi cara kerja enjin 4 lejang

Animasi komponen dalam enjin 4 lejang

Credit untuk pemilik video
https://youtu.be/cB1k7GLgv2s

Ok, sekian penerangan asas cara kerja enjin 4-stroke dan kita akan bertemu pada tajuk seterusnya nanti-wassalam