Tayar tubeless saiz 60/80-17 untuk motor rempit

Tayar tubeless saiz 60/80-17

Salam. Sebelum ini tayar Mackenzie 70/90-17,80-90-17 saya dah perkenalkan, minggu ini saya tambah lagi stok, tayar tubeless saiz 60/80-17  khas untuk mat rempit. Variasi tayar yang paling [email protected] sotong dari Jenama Mackenzie. Haa siapa yang nak tayar ringan, nak laju ini tayar yang sesuai untuk motor anda.

Tayar tubeless murah dan berkualiti

Tayar murah tubeless(tanpa tiub) bunga Diamond dengan kualiti tidak mengecewakan berbanding pesaing seperti Maxxis yang juga buatan Vietnam. Mutu pengeluaran tayar MacKenzie Stinger ini juga mematuhi pengsijilan Iso 9001 2015.

Yaa bang sekarang ini banyak barang motor buatan Vietnam memasuki pasaran kita kerana kilang-kilang sparepart banyak “parking” kat sana. Bukan lagi barangan “low-class”.

Harga Tayar saiz 60/80-17

Harga tayar tubeless saiz 60/80-17 ini pada hari ini dibuka RM43/unit. Free shipping untuk belian atas RM15 dan voucher RM5 boleh diklaim sehingga hujung bulan September 2020.

Tayar semua tayar baru untuk pasaran 2020, untuk tahun depan 2021 atau 2022 kami order yang baru lagi.

Tayar motor tubeless Shopee

Seperti saya maklum pada post saya yang lepas kedai Shopee kami telah dibuka untuk memudahkan anda membeli sparepart motor secara online dengan saya. Jadi jika anda ingin mencuba tayar 60/80-17 tubeless Jenama Mackenzie bolehlah beli di Shopimad sekarang. Stok masih tersedia, jangan ketinggalan dan terima kasih support blog ini. Jumpa lagi dengan stok baru pula. Wassalam.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *