Tayar motor tubeless bunga Diamond, Mackenzie setaraf Maxxis

gambar tayar motor Makenzie bunga Maxxis Diamond 80/90-17

Jenama baru tayar motor tubeless jenama Mackenzie untuk rim 17

Akhir-akhir ini tayar jenama Maxxis begitu popular diguna pakai oleh ramai penggguna motor cub bawah 150cc. Jujur cakap seawal kemunculannya dulu ia adalah diantara jenama tayar motor paling murah dikira low grade. Yang kaki ‘main lap’ pada masa tu tak pakai tayar ni, pakai jenama Brigestone Battlex, Dunlop TT500 dan Pirelli Dragon. Jadi, berbalik pada Maxxis yelah kan jenama baru belum popular tak mungkin nak ‘up’ harga terus.

Saya kira dalam 10 tahun kemudian atau lebih jenama Maxxis kian popular terutama sekali dengan design bunga Diamond nya dan sehingga banyak pula  jenama tayar lain terikut dengan rekaan bunga Diaamond juga.Terkini jenama baru pula muncul iaitu Mackenzie bunga Diamond juga menjadi taruhan.

Gambar tayar motosikal tanpa tiub

Tayar motosikal Mackenzie Diamond 70/90-17, 80/90-17

Cerita sebenarnya disini ialah saya nak memperkenalkan jenama baru tayar tubeless/tanpa tiub untuk motor cub iaitu Mackenzie. Saya melihat jenama ini satu pilihan untuk diguna pakai pada motor anda

Kenapa? kerana ianya lebih murah dari tayar Maxxis. Kalau harga tayar Maxxis 80/90-17 boleh dibeli sekitar RM68-75 sebiji secara online di Shopee manakala Mackenzie pula dijual semurah RM49 untuk tayar tubeless 80/90-17(tayar belakang).

Yang kedua design/rekaan corak bunga Diamond Mackenzie dilihat hampir 100% menyerupai Maxxis. Ada setengah pengguna suka akan design yang cantik ini tapi ada juga merungut yang bunga Diamond agak ‘membuang’ ketika di selekoh. Yang pasti cuba dulu baru tahu sebab apa orang ramai beli dan guna tayar motosikal jenis ini.

Faktor ketiga dan terakhir kenapa bayar lebih untuk produk yang kualitinya dikira setaraf. Maxxis buatan Vietnam(Indonesia pun ada) dan Mackenzie pun buatan Vietnam. Dua-dua bunga Diamond.

gambar tayar jenama baru tubeless 70/90-17

Mana anda boleh beli tayar ini?

Ya, oleh kerana saya melihat tak ada melebihi mana-mana pihak dari segi kualiti pembuatan jadi saya memilih tayar paling murah dimasukkan sebagai stok dan juga untuk dipromosikan kepada anda. Jika anda berminat untuk menjadi orang yang terawal mencuba tayar tubeless rim 17 jenama Mackenzie boleh la dapatkan di kedai Shopee saya di alamat ini https://shopee.com.my/product/209378505/5242957175/

terima kasih support Baikimotor.com, salam jumpa lagi

2 Replies to “Tayar motor tubeless bunga Diamond, Mackenzie setaraf Maxxis”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *