Menukar karburator motor Honda EX5 Dream dengan Wave125 siri 1

Cara membuka karburator Honda EX5 Dream

Salam. Sudah lama Cakap Pomen Motor rehat dari tutorial hal-hal belajar mekanik motor, jadi hari ini kita warm up dulu dengan pembelajaran terbaru iaitu cara menukar karburator Honda Ex5 100 Dream. Tutorial lengkap dengan video ini adalah bersiri. Hal yang akan anda pelajari ialah aturan cara membuka dan memasang karburetor motor Ex5, ops! Maaf sebenarnya ialah memasang karburatorHonda Wave 125 pada motor EX5, itu lebih tepat. Ini saya rasa lebih memberikan cabaran sedikit dan keseronokan membabitkan sedikit modifikasi.
OK untuk siri pertama ini kita pelajari dahulu cara membukanya terlebih dahulu. Disyorkan untuk lebih faham bolehlah terus dipraktikan kalau anda sememangnya ada sebiji motor Ex5 dirumah. Baca,tonton video dan praktik ini akan membuatkan anda lebih cepat pandai. Tapi tunggu sehingga semua siri pembelajaran ini selesai ya.
Langkah pertama membuka karburator/carburetor motor Honda ini ialah dengan menyediakan alatan atau spanar mekanik yang bersesuaian dengan aktiviti kita ini iaitu untuk membuka ‘cover putih’ dan skru karburator Ex5 ini.
Bagi motor EX5 standard skru cover putih seperti anda lihat dibuka dengan spanar seperti di bawah:
1.Spanar saiz 10mm ring/common
2.Spanar T 10
3.Screwdriver Slot(leper)
Setelah selesai cover body dibuka bersedialah untuk membuka karburator dengan spanar:
1.Sepanar 8mm ring
2.Screwdriver Phillips(bunga)
3.Playar Ragum/muncung tirus
4.Screwdriver leper kecik@skrudriver setting
Langkah-langkah yang perlu dibuat adalah seperti dalam video tutorial dibawah
Semudah itu sahaja proses membuka karburator Honda Ex5 ini. Apa yang perlu dititikberatkan semasa membuat kerja ialah penggunaan spanar yang tepat dengan cara yang betul. Jika skru rosak pasti mendatangkan masalah lain pula. Buat dengan berhati-hati dan perlahan-lahan, tak perlu tergesa-gesa, enjoy membuat kerja and aitu saja. Ok, tutorial akan bersambung pada siri kedua pula jika tersedia link ini cara memasang karburator Wave 125

Random Posts

  • Pelincir SAE 30 lebih baik?

    pilih minyak hitam multi-gred 5w 30 atau single SAE 30 untuk motorsikal anda? SAE 30 ialah contoh minyak pelincir single […]

  • Cara kerja clutch motosikal ex5

    Bab 5 belajar mekanik motosikal – fungsi mekanikal clutch/klac/kopling Pembelajaran enjin depan ex5 dikira sudah selesai lalu tajuk baru hari […]

  • Motosikal mati secara tiba-tiba

     motor mati secara tiba-tiba/mendadak di tengah jalanapakah punca dan apa yang perlu dilakukan.. Sedang anda menunggang,secara tiba-tiba motor mati sendiri […]

  • Cara tukar minyak pelincir motor untuk bukan mekanik

    Takut tukar minyak pelincir motor sendiri?kerana apa harus ditakuti,kerana anda bukan seorang mekanikITU bukan alasan untuk menambah lagi Pengetahuan hidup  Cuma ikut […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*