Punca motor tak mahu hidup pada pelbagai situasi

Gambar petcock tutup penyebab motor tak mahu hidup

Masalah motor tak mahu hidup disebabkan oleh 3 perkara seperti habis minyak, tak ada api atau kerosakan pada sistem dalam enjin itu

Bila motor tak mahu hidup antara perkara dibawah ini mungkin telah menimpa anda. Secara teorinya untuk menghidupkan enjin ialah anda perlukan pastikan ada minyak petrol dan ada api(ignition)
Jika kedua-kedua anda pasti benar ada anda perlu check compression untuk pastikan tidak ada kerosakan komponen dalam enjin.

Nampak jelas bukan tapi bagaimana mana bagi seorang bukan mekanik untuk periksa perkara ini

Ya, kalau anda tak ada masa untuk mendalami pemahaman masalah ini dengan membaca setiap link artikel blog ini yang telah diberikan, apa yang perlu anda buat

  1. lihat lampu neutral hijau pada meter adakah sebelum ini menyala sekarang tidak menyala
  2. Test signal kiri kanan, horn jika semua tiba-tiba hilang ini menunjukkan motor anda ada masalah pada sistem wiring kunci, atau bateri
  3. check petrol dalam tangki. tak usah percaya sangat penunjuk meter.

Jika petrol masih lagi penuh, anda perlu buat kerja sedikit iaitu check spark plug motor anda, bagi perempuan sila minta bantuan orang kalau tak tahu buka spark plug.

Pada situasi ini buat pemeriksaan api spark plug seperti yang sudah saya terangkan pada link itu(artikel terdahulu). Jika spark plug diketahui telah rosak sila tukarkan yang baru

Andai kata plug tak ada masalah lakukan langkah ke 3 iaitu check compression seperti video yang telah saya kongsikan. Jika penyetat rasa kosong, tak ada compression tentunya enjin tak boleh hidup

Salah satu perkara di atas pasti dikesan, anda boleh selesaikan sendiri atau terus saja hantar ke bengkel berdekatan

Video

Motor tak mahu hidup selepas parking

Tadi sebelum parking elok saja, sekarang selepas beberapa jam dah tak boleh hidup.

Sila tunduk sikit pada motor, kalau-kalau ada bau petrol berkemungkinan minyak overflow,  wayar petrol pecah atau mungkin juga karburator dah hilang… Alamakk!!

Pastikan juga kalau tutup minyak tu sila buka balik switch dia(fuel tap/petcock)  pada tangki, body motor atau pada carburetor bergantung pada jenis motor yang guna benda ini. Kebanyakkan motor alaf baru tidak lagi menggunakannya jadi sila abaikan.

Kesimpulan

Ini adalah sebagai panduan kejadian secara tiba-tiba kalau pada motor lama baca ini cara hidupkan motor lama

Jarang sekali berlaku secara tiba-tiba saja motor tak mahu hidup kecuali sebelum berlaku ia akan menunjukkan tanda-tanda awal dulu sebagai warning kepada owner yang ia bermasalah

Contohnya enjin menjadi semput-semput semasa berjalan, beberapa kali susah dihidupkan sebelum ini atau mungkin pernah enjin “jem” . Jadi untuk tidak menjadi kesulitan seperti hari ini diharap pada masa depan sila alert apa perubahan berlaku pada motor anda dan buat pemeriksaan segera. Akhir kata share2 pengetahuan untuk yang memerlukan, sekian

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *