Penggunaan jenis petrol yang sesuai untuk motor

Gambar petrol ron95 dan 97



Kesilapan memilih minyak petrol yang tidak sesuai pada enjin akan menyebabkan kerosak pada cat, getah saluran, dan karat dalam tangki


Salam. Ini adalah asas penggunaan minyak petrol pada motor yang sebahagian kita sudah faham dari maklumat yang telah diberikan dalam "owner manual". Sebagai ulang ingat untuk anda atau jika belum tahu saya kongsikan sedikit jenis-jenis petrol sesuai dan yang patut diisi pada enjin motor anda supaya anda memperolehi kelancaran maksimum dan penjagaan enjin yang baik sepanjang masa.

Pada saya, mestilah nak guna petrol murah kalau tak masakan naik 10sen seliter dah "melantun"...
Tapi ada hal lain yang saya risaukan sebelum isi minyak petrol pada motor saya jadi membuatkan saya lebih rela bayar lebih sedikit untuk sekali isian. Puncanya saya bersikap demikian jom baca sekejap "short info" ini:







Petrol mengandungi alkohol 


 Jika anda ingin menggunakan petrol yang mengandungi alkohol ( gasohol) pastikan kadar oktana kurang dari kadar yang disyorkan oleh pengeluar motosikal

Minyak petrol ini mengandungi dua jenis satu mengandungi ethanol dan satu mengandungi methanol bagi Honda ex5 sebagai contoh jangan guna petrol yang mengandungi ethanol melebihi 10%  jangan guna petrol yang mengandungi methonal melebihi 5%

Jika anda menggunakan petrol yang mengandungi 10% ethanol atau 5% methanol ia akan menyebabkan:


  • kerosakan cat pada tangki petrol 
  • kerosakan pada tiub getah saluran bahan api 
  • karat pada tangki petrol
  • menganggu prestasi motosikal


Sebelum anda membeli bahan api dari stesen yang berbeza dari jenama yang ada pada pasaran cuba dapatkan kandungan alkohol dalam bahan api. Jika anda dapat pastikan jenis dan peratusan alkohol yang diguna dan anda notis ada masalah terhadap prestasi motosikal tukar kepada petrol yang tidak mengandungi alkohol






Minyak petrol Ron 95 atau 97


Gunakan petrol tanpa plumbum dengan penyelidikan octane nombor 90 ataupun lebih tinggi. Biasanya hampir keseluruhan stesen minyak di negara ini menyediakan petrol 95 dan 97 tanpa plumbum(unleaded), Jadi jarang berlaku salah guna disini

Mudah cakap, minyak petrol dengan nilai octane lebih rendah menjadikan ia cepat terbakar. Bagi sebuah enjin pembakaran dalam seperti enjin motor, kereta - spark plug bertindak menyalakan petrol pada lejang bakar enjin 4 lejang. Memilih menggunakan petrol lebih rendah octane(oktana) boleh membuatkan petrol menyala sendiri berikutan suhu panas enjin. Nyalaan petrol diluar kawalan menjadikan fenomena enjin "knocking" atau bunyi "ping"

Kesan knocking yang keterlaluan boleh menganggu kelancaran perjalanan dan menyebabkan kerosakan cepat komponen enjin

Contohnya enjin motor dengan compression tinggi atau kereta dengan enjin turbo, supercharger sesuai dengan minyak petrol mahal(lebih octane)  ron 97 atau lebih sebagai satu langkah mengatasi masalah knock keterlaluan 

Menggunakan petrol lebih octane pada enjin low compression pula boleh menyebabkan kehilangan kuasa dan merugikan poket sendiri





 Bagi enjin standard jikalau berlaku knocking atau semasa enjin bergerak pada pergerakan biasa walaupun telah menggunakan petrol atas dari 90 octane anda perlu tukar petrol jenama yang lain jika knoking atau sentap-sentap masih berlaku lagi anda dinasihat merujuk kepada mekanik,jika motor baru sila rujuk kepada pengeluar dengan segera
 

Tiada ulasan: