Rantai motor O-Ring dengan X Ring mana yang terbaik

Share:



Gambar rantai motor


Rantai motor yang paling bagus ialah yang mempunyai ciri-ciri ketahanan tinggi, jangka waktu tukar lebih lambat, tidak membebankan motor dan tidak terkecuali juga ia adalah murah sepadan dengan poket kita. Jenis-jenis rantai untuk motor yang ada dijual di pasaran adalah seperti rantai jenis O-ring, X-ring, sepertinya 
dan juga rantai besi biasa dan jenama rantai motor terbaik seperti RK,DiD,EK,etc. Jadi yang mana satukah mahu digunakan untuk motor cub ataupun superbike anda? Kita lanjutkan...

Jadi panduan asas pemilihan rantai sprocket motor telah anda fahami, sekarang ini lanjutan pembahasan saya dalam menjawab persoalan "Apakah jenis rantai motorsikal yang terbaik dan sesuai untuk motor saya? "







Selaku pemilik dan penunggang motor saya pasti anda maklum kepentingan penjagangan rantai motor teramatlah penting untuk keselesaan tunggangan kita. Kita tak mahu bukan bila tiba-tiba rantai jatuh atau rantai putus dalam perjalanan. Untuk itu perlulah memantau sentiasa kondisi rantai dicuci, diminyakkan dan diregangkan, pastikan sentiasa berada dalam keadaan baik.



Tanda-tanda rantai sudah rosak


Tanda-tanda rantai motor bermasalah ialah kedengaran bunyi bising semasa menunggang, kelihatan kendur, bengkok, berkarat. Kadang bila diperiksa ia keras dan terdapat spot yang tegang dan ada yang kendur.

Segala pemasalahan ini berpunca dari kerana tiada penjagaan yang baik justeru itu membuatkan rantai serta sprocket cepat rosak dan waktu tukar lebih awal diminta.




Rantai heavy-duty, X-ring, O-ring RKM


Terdapat pelbagai jenama rantai motor dijual dipasaran sekarang ini, antara yang terbaik saya recommend untuk pengguna motor cub bolehlah gunakan brand RKM, SSS atau iKK dan untuk motor berkuasa tinggi atas 250 silalah guna DiD, Ek atau RK.

Pada waktu ini teknologi pembuatan semakin maju dan pelbagai jenis rantai direkacipta oleh pengeluar untuk memaksimalkan penggunaannya.

Saya tidak membandingkan mana satukah jenama terbaik, saya cuma ambil contoh dari satu pengeluar sahaja iaitu RK-Malaysia(RKM) untuk jenis-jenis rantai motor yang boleh anda gunakan. Mari kita lihat keterangan dari RKM pada setiap jenis rantai dibawah





RKM Tackle Force 


Gambar rantai RKM heavy duty 520


Rantai heavy duty untuk kegunaan harian - ke tempat kerja di bandar sesak memang perlukan banyak pertukaran gear dan memberi tekanan kepada rantai.

Rantai paling asas RKM ini diperbuat dari proses pengerasan yang tinggi adalah mempunyai ketahanan panas yang baik untuk memanjangkan jangka-hayat rantai dari cepat haus

Praktikal & Ekonomi

Produk kualiti sentiasa datang dalam harga tinggi?  Jangan bimbang kerana RK Heavy Duty Rangkaian berkualiti tinggi dan mampu dibeli. Rantai heavy duty telah dipertingkat mutu ini kini terdapat dalam pelbagai saiz untuk kesesuaian motor


Gambar carta RKM


Terdapat dalam pelbagai siri : 415,420,428, 520,525,530,530H






RKM O-ring KLO/KRO


Gambar rantai motor RKM 520KRO



Plat ringan (Siri KLO Sahaja)

Rantai ringan bukan sahaja memberi anda lebih banyak kelajuan tetapi mengurangkan penggunaan bahan api anda sekaligus.

Teknologi Rantai Seal Ring

Cincin(o ring) di perbuat dari bahan butadine nitrile, supaya cincin ini dikekalkan daripada kakisan

Penyaduran Emas Anti Korosi (Rantaian Emas sahaja)

Penyaduran emas yang menggabungkan dengan karbida zink untuk mengurangkan kakisan kepada sifar.


Gambar carta RKM 2


Pelbagai siri : 428KLO,520KLO/KRO,525KRO,530KRO






RKM X-Ring


Gambar carta RKM GB530KRX


Ini ialah taruhan kelas tinggi dari RK
untuk memastikan perjalanan anda sentiasa dalam keselesaan dan tanpa keraguan. Rantai RKM X-Ring
direka untuk menjadi seal yang lebih baik dari O Ring.


 X-Ring Seal Technology Chain


Technology X-Ring dipastikan supaya mempunyai seal lebih baik untuk mengekalkan pelincir pada mata rantai(chain pin) itu. Dengan ini tarikan roda pastinya licin.

Spesifikasi Jarak Jauh

Dengan semua gabungannya, perjalanan jarak jauh tidak bermakna apa-apa bagi rantai yang dinilai premium ini.

Penyaduran Emas Premium

Selain penampilan elegan, penyaduran premium menggabungkan dengan karbida zink untuk mengurangkan kakisan ke sifar.


Gambar carta RKM x ring chain


Pelbagai siri : 520KRX,525KRX,535KRX





Perbezaan rantai 


Pertama sekali saya katakan, kedua-dua ini adalah jenis rantai motor yang berkualiti tinggi, maknanya harga yang lebih mahal dituntut berbanding rantai biasa.

Apa peranan yang membezakan kedua-dua rekaan seal ini sebenarnya

Mahu pastikan perkara ini kita perlu melihat lebih dekat pada rekaan rantai itu sendiri. Pada setiap mata rantai itu terdapat rod yang akan melekat dan menarik gigi sprocket untuk membolehkan roda motorsikal berputar, di sini spot geseran adalah paling tinggi dialami. Untuk mengurangkan geseran, rod pada mata rantai itu sendiri direka boleh berputar seperti roda. Jadi supaya rod tidak kejang(jem), di dalamnya di berikan pelincir kekal dan seal berbentuk O atau x itulah berperanan menutup pelincir daripada kekeringan.

Gambar menunjukkan perbezaan rekaan jenis rantai x ring dengan o ring



Mana paling baik


Mana lebih baik antara O dengan X ialah telah diakui oleh ramai pemerhati memilih X. Ia kerana X seal itu lebih baik menutup ruang.

Kekurangan rantai jenis X-Ring biasanya lebih berat berbanding O, lebih berat atau lebih geseran akan mempengaruhi kelajuan serta penggunaan minyak pada motor itu. Penjimatan menggadaikan kelajuan, adakah anda setuju? Adakah berbaloi?

Petikan dari sumber DiD berkata:

"Its X-ring chains last twice as long as its O-ring chains, 20,000 miles vs. 10,000 miles."





Kesimpulan pemilihan rantai mengikut jenis motor 


Carta menunjukkan cara pilih rantai mengikut cc


Membuat keputusan tepat dalam pemilihan rantai paling terbaik untuk motor anda, silalah melihat dari pelbagai aspek. Panduan boleh diambil dengan melihat carta kegunaan mengikut cc motor, kekuatan rantai(tensile strength), struktur jalan yang direkodkan oleh RKM itu.  Tak lupa juga penting uwang nya brapa deh... :D





sponsored links

Show comments
Hide comments

4 ulasan

At-Tarmizi berkata...

terima kasih tuan sentiasa sudi berkongsi ilmu =)

Mad Malaysia berkata...

Sama2 tuan :)

RunnerAyamJB berkata...

Salam serumpun .. Saya pengguna wave 125 .. dah masuk spec 57 cam custom carb nsr .. skrg ni carb rasa macam hilang tune .. sprocket sekarang 14-33 .. jadi Saya perlu tune carb dulu atau sprocket ? Nat set long distance .. rumah ke tempat kerja kena Naik highway around 20km .. terima kasih 😁

Mad Malaysia berkata...

Salam serumpun

Kalau hilang tune tu kene cari tune dulu bila dah ngam baru set rantai spoket... 👍