Cara membuka,memasang clutch Yamaha Lagenda 110

Belajar mekanik motor untuk pemula | bahagian clutch Yamaha Lagenda 110


Sambungan dari post terdahulu pada bahagian gearbox kini kita belajar pula pemasangan komponen-komponen pada bahagian clutch motor Yamaha Lagenda 110.

Sebenarnya langkah-langkah membuka dan memasang clutch Yamaha Lagendaini sudah lama diterbitkan dalam video di channel YouTube Motor Ayam. Oleh itu supaya follower belajar mekanik melalui blog CPM tidak ketinggalan saya bawa pula ia ke sini. Satu hal yang perlu anda tahu bahwa kadang-kadang saya "unlisted" video saya di YouTube bertujuan untuk anda tonton di blog ini sahaja, jadi pastikan follow kedua-duanya untuk tidak ketinggalan. (widget follower blog pada bahagian bawah sekali blog ini)






Membuka clutch Lagenda 110

Bismillah

Hal yang pertama perlu dilakukan seperti biasa buka komponen-komponen luar yang berkaitan seperti tongkat, ekzos serta penyetat kaki.

Gambar cover clutch lagenda 110


Selanjutnya bukalah skru-skru ikat cover clutch tersebut.

Gambar menunjukkan skru luar kulit klac lagenda


Setelah boleh di buka keluar cover, bagi yang tidak ada pengalaman membuka clutch mana-mana motor sebelum ini - biasanya cover clutch tu melekat kuat pada enjin tengah jadi perlu digoncang sedikit untuk membukanya atau boleh juga menggunakan hammer plastik yaa..
Nah sekarang inilah penglihatan bahagian dalaman clutch Yamaha lagenda 110

Gambar menunjukkan spring clutch lagenda


Selanjutnya bukalah 4 biji skru spring clutch itu.

Sekarang proses agak rumit juga bagi anda yang tak menggunakan compressor, terpaksalah membuka 2 biji nut pada housing clutch plate dan auto clutch itu dengan teknik pahat nut itu, guna impact atau apa saja "kung-fu" yang anda tahu untuk membukanya.

Gambar menunjukkan nut mangkuk clutch lagenda





Langkah memasang komponen clutch 


Setelah kedua-dua nut telah berjaya dikeluarkan, leraikanlah semua komponen klac motor itu jika tujuannya adalah untuk overhaul enjin tapi jika hanya ingin menukar clutch plate sendiri cukuplah dengan membuka 4 biji skru spring clutch sahaja. Oleh kerana penerangan secara teks agak rumit untuk difahami jadi saya lampirkan langkah memasang balik komponen-komponen tadi di dalam 2 video berasingan di bawah ini untuk ditonton

Konten di dalam video dibawah:

  1. Memasang axle starter kick
  2. Memasang special clutch, plate clutch 
  3. Memasang clutch rotary 
  4. Memasang auto clutch 


Part-1
https://youtu.be/xXGY1dzM4E0

Video 1




Part-2
https://youtu.be/zIr3H3DrTfw

Video 2


Part clutch  


Seperti biasa saya cuba mencari sumber part clutch Lagenda 110 lengkap dari Yamaha, alhamdulillah berhasil untuk dikongsikan bersama. Ehem!  Bukan apa takut nanti siap pasang terlebih barang pulak... Haha

Gambr part clutch lengkap Yamaha lagenda




Ok sampai di sini sahaja post cara-cara membuka clutch motor Yamaha lagenda 110 untuk kali kita akan bersambung pada hal yang lain pula untuk pembelajaran mekanik kita selepas ini. Ops! Jika ada kesulitan pada pemasangan one-way-bearing <--- lihat di post ini.


Tiada ulasan: