Arm shift clutch Yamaha lagenda alatganti padu


Gambar kedudukan arm shift motor Lagenda


Alat ganti Yamaha Lagenda/Jupiter


Arm shift iaitu alat berupa seperti lastik terbalik ini berfungsi untuk menekan rod panjang kecil di bahagian enjin sebelah magnet motor Yamaha lagenda 110/115. Mekanisma ini akan membuatkan clutch motor itu bebas cengkaman semasa kita menekan pedal gear.

Bagi motorsikal Yamaha lagenda komponen ini sememangnya cepat rosak atau lebih tepat ia patah. Kesannya ialah " motor tak ada clutch", tersentap/tersenggok bila masuk gear.




Gambar arm shift patah
Kesan patah pada yang asli


Kesan spring clutch racing terlalu keras


Arm shift Yamaha lagenda/Jupiter dibuat dari besi alloy lembut didapati adalah punca ia mudah sekali patah terutama sekali bagi motor telah gunakan spring clutch racing. Spring terlalu keras membuatkan arm shift clutch cepat patah.

Alat ganti tiruan untuk arm shift clutch lagenda



Gambar arm shift besi alatan ganti
Besi padu


Setelah beberapa kali kejadian ini dialami saya menemui 1 solusinya iaitu dengan menggunakan alat ganti tiruan untuk komponen ini

Pelik bukan? Selalunya "sparepart" tiruan ini adalah kurang ketahanan berbanding yang oem/asli/original

Ya kali ini yang tiruan adalah lebih tahan,lebih keras dan lebih murah kerana ia diperbuat daripada besi padu bukanya alloy.

Arm shift clutch besi boleh dibeli dengan kami Marmanworkshop dengan harga semasa RM25 seunit. Telah dicuba dan sehingga ke hari ini tiada masalah arm patah lagi. Ok jika berminat hubungi kami sekarang-terima kasih-


Tiada ulasan: