Animation fungsi Reed valve pada enjin motor

Pelajaran mekanik motor tentang Reed valve pada enjin 2 lejang berserta Animasi cara kerjanya


Gambar reed valve dan kepingan potong sendiri



Reed valve adalah komponen enjin untuk motosikal 2-lejang dipasang selepas karburator pada block cylinder atau crankcase enjin. Fungsi reed valve(injap lidah) ialah sebagai alat kawalan masuk bahan api ke ruang pembakaran dalam enjin 2 lejang seperti Rxz, 125z, RR150 dll. Reed valve boleh dikatakan hampir sama cara kerjanya dengan 4-stroke valves.

Dari mula rekaan reed valve, kini kita dapat lihat pada enjin 2 lejang ng ada pelbagai variasi rekaannya ada dibuat daripada Stainless Steel(boleh dilihat pada enjin lama seperti Yamaha y80), karbon fiber dan juga reka bentuk berbeza 2 lidah atau 3 lidah biasanya. Lidah reed valve adalah fleksibel bagi proses buka katup yang sempurna.

 Bagi pemilik motor 2 lejang pasti biasa dengan jenama reed valve popular seperti Boyesen, dan Moto Tassinari yang terkenal dengan model-model reed valve VFORCE mereka, pastinya keluaran yang menjadi pilihan terbaik untuk enjin 2 lejang berprestasi tinggi seperti motocross, moto drag atau motor fly...:p

Animasi cara kerja reed valve





Cara kerja reed valve 



Dilihat, semasa piston menaik hasilnya akan berlaku sedutan dari enjin untuk menarik petrol+udara dari karburator masuk, rumah reed valve yang berkedudukan selepas karburator akan membahagikan penghantaran bahan api itu jika 2 lidah pada satu plate jadinya dikira atas bawah terdapat 4 lidah, bermakna bahan api dipecahkan kepada 4 laluan.





Semasa proses piston menurun pula, lidah reed valve akan tertutup, rekaan alat ini adalah sebagai langkah untuk mengelakkan bahan api kembali lolos melalui karburator berikutan berlaku tekanan diruang pembakaran dalam. Dengan adanya reed valve di situ maka bahan api akan terkawal.



Cadangan untuk memilih reed valve 


 Ketebalan lidah adalah berkadar dengan saiz enjin dan output kuasa.  Semakin besar enjin, lidah yang tebal harus digunakan. Lidah terlalu tipis terdedah kepada kerosakan awal. Untuk enjin di atas 125ccm dicadangkan menggunakan 0.45mm (0.0177in) tebal keping reed valve plate.

Ada dijual kepingan lidah potong sendiri di pasaran, contohnya kepingan reed keluaran jenama Compotec. Kepingan boleh dipotong mengikut ukuran sendiri dengan menggunakan alatan seperti gunting, setelah dipotong siap, diricih menggunakan kertas pasir pada bucu bekas keratan itu. Mereka cadangkan diperiksa reed valve setelah 15-20 jam kerja enjin,.. Memang tak sanggup bukan, Admin cadangkan silalah guna selagi enjin tiada masalah tapi didalam perlumbaan silalah mengikut cadangan mereka.


 


Kesan bila berlaku masalah pada Reed Valve


Bilamana motor 2 lejang mula kuat guna petrol, motor jadi semput/bobok, power enjin makin berkurangan adalah antara tanda-tanda menunjukkan ada masalah pada reed valve. Berkemungkinan reed valve pecah atau terserepih, dan perlu diganti baru. Kerosakan pada reed valve menyebabkan enjin hilang kuasa dan limpahan minyak keluar dari karburator.




Tiada ulasan: