Cara kerja Piston, Valve, Crankshaft enjin 4-stroke

Ulangan pemahaman cara kerja dalaman enjin 4-stroke


salam, CPM kini kembali mengajar anda baiki motor, dan hari ini mungkin sebagai ulangan pembelajaran bab enjin sebagai memperkukuhkan asas mekanik yang anda dah belajar sebelum ini. Untuk tajuk bersambung ini saya akan bawa anda dulu secara dekat tentang cara kerja enjin 4-stroke,petrol, 1 selinder(1 piston) setelah saya memperolehi dari sebuah sumber yang baik semata-mata untuk feadah pembelajaran mekanik disini.

Baik, terus saja kita pelajari bagaimana sebuah enjin 4-stroke bekerja pada peringkat proses awalnya sehingga menjana kuasa untuk menggerakkan sebuah motosikal itu



3 komponen utama penggerak kuasa di ruang pembakaran enjin ialah seperti berikut


Gambar piston,connecting rod dan crankshaft


  1. Piston
  2. Connecting Rod
  3. Crankshaft 
Langkahnya: crankshaft terlebih dahulu akan berputar sebaik sahaja penyetat ditendang, connecting rod sebagai pemegang akan menarik,menolak piston ke atas dan kebawah mengikut putaran crankshaft selagi enjin masih hidup

Gambar valve, sperk plug dalam enjin motor


Sistem penyampaian bahan bakar terdiri dengan:


Intake manifold
Fuel injector/karburator
Spark plug
Intake/exhaust valve

Fungsinya:
Intake manifold adalah dimaksudkan sebagai saluran masuk bahan bakar(petrol+udara) daripada fuel injector/karburator untuk kedalam enjin. Intake valve(injap masuk) perlu membuka pintunya terlebih dahulu untuk minyak masuk, selepas bahan api dibakar oleh api spark plug, sisa berbentuk asap akan dilepaskan melalui bukaan exhaust valve(injap ekzos). Pergerakkan kedua-dua valve itu memerlukan peranan Camshaft



Aturan lengkap cara kerja enjin 4-stroke 


Kenapa ia dipanggil 4-stroke(lejang) ialah kerana enjin ini memerlukan 4 pergerakkan untuk membolehkan enjin itu melengkapi putarannya untuk hidup. Dikenali dengan


  • Lejang ambilan
  • Lejang mampatan
  • Lejang bakar
  • Lejang buangan





Berbeza dengan enjin 2-stroke, enjin 4t memulakan dengan lejang ambilan, membawa masuk bahan bakar dengan kuasa sedutan piston yang menurun itu
-posisi valve( intake valve terbuka, exhaust valve tertutup)

Gambar lejang ambilan enjin


kemudian piston menaik mengakibatkan bahan bakar tertekan serta dimampatkan ke atas dalam kebuk pembakaran,
-posisi valve (keduanya tertutup)

Gambar lejang mampatan enjin


dinyalakan mampatan itu oleh spark plug mengakibatkan terjahan kuasa ke atas kepala piston itu, menolak piston kebawah
-posisi valve (keduanya tertutup)

Gambar lejang bakar enjin


Piston mula naik kembali, menolak sisa bahan bakar untuk dibuang melalui ekzos,
-posisi valve (intake valve tutup, exhaust valve terbuka

enjin mula hidup dan proses itu akan berulang selagi suis belum dimatikan.

Gambar lejang ekzos enjin


Proses ini sebenarnya berlaku cukup pantas dikira, mengikut tandaan pada tachometer setelah 0 bermula 1000rpm sehingga 12000rpm biasanya. Rpm diertikan berapakah satu putaran lengkap crankshaft itu dalam seminit.




Bagaimana peningkatan kuasa enjin itu berlaku


Kuasa enjin adalah mengikut bukaan throttle yang anda lakukan. Semakin banyak throttle dipulas bermakna lebih banyak udara akan masuk. Piston bertindak menarik/mengepam masuk udara, waktu lamanya udara dibawa masuk bergantung kepada panjangnya connecting rod itu serta bukaan valve. Bahan bakar lebih banyak dibakar akan mempertingkatkan kuasa enjin itu.

Animasi komponen dalam enjin 4 lejang

Credit untuk pemilik video
https://youtu.be/cB1k7GLgv2s

Ok, sekian penerangan asas cara kerja enjin 4-stroke dan kita akan bertemu pada tajuk seterusnya nanti-wassalam

Tiada ulasan: