Halaman

Cara kerja komponen dalam enjin 2 lejang

Pemahaman mekanik tentang cara kerja enjin 2 lejang


Preengg... Preeenngg!!  Bunyi yang unik keluar dari motor 2-lejang/2t kadang membingitkan telinga, bagi yang menyintai 2-stroker ini sound itu cukup indah dan menghairahkan. Jadi hari ini sambungan pelajaran mekanik bab cara kerja enjin akan menerokai pula satu lagi enjin motor paling popular sepanjang zaman iaitu enjin 2 lejang petrol.

Ada perbezaan sebenarnya enjin diantara enjin 2-lejang sama enjin 4-lejang(telah dibincangkan). Selain bunyi yang berbeza, yang jelas ialah motor enjin 2 lejang ini menggunakan minyak 2t sebagai pelincir enjin tambahan. Masih menggunakan minyak 4t pada bahagian clutch dan transmisi, tapi pada bahagian ruang pembakaran tertutupnya enjin ini memerlukan 2t sebagai bahan pelincir untuk melindungi dari hakisan, kekejangan komponen utama disitu seperti piston dan ring, connecting rod, crankshaft dan bearing. Tanpa minyak 2t pada enjin jenis ini akan menyebabkan kerosakan enjin yang serius.




Di kenali dengan nama 2-lejang adalah kerana enjin ini memerlukan 2 gerakan untuk melengkapkan pusingan enjinnya. Lebih mudah faham, 2 gerakan turun naik piston membolehkan enjin itu hidup.

Melihat pada komponen dalaman di ruangan pembakaran enjin 2-lejang adalah cukup ringkas. Biasanya pada enjin asas 2-lejang akan terdapat 1 piston(omboh), 2 ring piston, connecting rod dan crankshaft(aci engkol) sebagai komponen utamanya. Cara ia berfungsi adalah seperti ini


Cara enjin 2-lejang berfungsi


Gambar komponen block, head, crankcase enjin 2 lejang


Sistem penghantar bahan api 2-lejang bermula dari karburator melepasi reed
valve akan memasuki inlet block cylinder mula berkumpul ke ruangan crankcase kerana daya tarikan piston ke atas. Apabila piston mulai turun kebawah kembali akan mengakibatkan tekanan wap bahan api terkumpul tadi, lalu memaksa wap itu naik ke atas kepala piston melalui transfer port.

Gambar dalam enjin 2t, inlet port, transfer port, exhaust port


Piston mula naik sekali lagi ke atas lalu memampatkan bahan api dan pada hujung gerakan ini bahan api termampat tadi akan meletup setelah di nyalakan oleh spark plug.  Kuasa enjin bermula menolak piston kebawah hasil dari letupan tadi dan meninggalkan sisa pembakaran sebagai asap. Gerakan terakhir setelah kali kedua piston ke atas adalah untuk menolak sisa pembakaran keluar melalui exhaust port terus ke paip ekzos. Akhiran gerakan ini akan memulakan semula proses gerakan pada enjin 2-lejang.

Animasi gif enjin 2 lejang

Bahagian dalam enjin


Perbezaan enjin 2 lejang dan 4 lejang umumnya hanya pada bahagian pembakaran. Sistem kerja komponen lain di bahagian dalam enjin adalah sama iaitu ia memerlukan sistem clutch dan gearbox untuk memacu roda motosikal.

Namun sedikit perbedaan adalah pada spot tertentu khasnya yang melibatkan aliran minyak pelincir 4t. Oleh kerana enjin 2-lejang menggunakan minyak 2t pada komponen di ruang pembakaran, struktur dalaman enjin telah direka terpisah untuk menghalang daripada minyak 4t masuk ke kawasan larangan itu. Pada rongga dimana koneksi perlu antara crankshaft dan clutch itu ditampal dengan oil seal sebagai menghalang pelincir 4t menyusup masuk ke ruang pembakaran.

Minyak pelincir juga diperlukan pada enjin 2 lejang untuk kegunaan pada bahagian clutch dan gearbox.


Enjin 2 stroke kuat minyak


Setelah difahami gambaran cara komponen 2-stroke(lejang) ini befungsi, pasti ditemui kelemahan enjin ini ialah berlaku masalah motor kuat minyak petrol. Kecepatan pembakaran menghasilkan 2 kali ganda tenaga pada enjin jenis ini adalah kelebihan mengatasi enjin 4t, akan tetapi penggunaan petrol turut meningkat.

Semasa lejang mampatan, sebahagian daripada bahan api tertendang keluar terlebih dahulu sebelum piston melepasi exhaust port. Disini mengakibatkan pembaziran bahan api berlaku berbanding enjin 4t setelah lejang ambilan valve serta merta ditutup.

Gambar komponen dalam enjin 2 lejang, piston, crankshaft,bearing


Namun pihak engineer pengeluar masing2 sedar akan kekurang enjin 2t ini, rekaan porting mengkagumkan pada block cylinder, head cylinder dan sistem ekzos itu sendiri telah berjaya mengoptimumkan penggunaan bahan api pada motosikal enjin 2 lejang.




Sumbangan kepada alam sekitar


Admin pun tidak pasti sekarang samada kerajaan Malaysia telah mengharamkan atau tidak pengeluaran motor enjin 2 lejang, setahu admin tidak lagi kelihatan dijual pada mana-mana kedai jual motor kecuali motor keluaran lama.

Mungkin motor 2 lejang mengakibatkan pencemaran alam sekitar kerana enjinnya banyak mengeluarkan asap. Lori, kilang-kilang lagi banyak asap derr...

 Ok, sekian dulu pada bab ini kita bersambung pada bab seterusnya. Wassalam

Credit photo:
https://youtu.be/Z6YC3I54so4


sponsored links
Selamat datang ke blog peribadi saya khusus untuk anda yang minat belajar mekanik motosikal,belajar mekanik secara online.Belajar asas mekanik motor dari mula melalui pemahaman mudah..terus ke sini untuk bermula..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Salam pembaca,

Silakan berkomentar dengan bijak untuk manfaat diri anda dan semua orang.komen yang ada unsur negatif dan tidak relevan dengan tajuk artikel terpaksa di alih keluar.maaf kerana kesulitan itu.
Jika ada sebarang pertanyaan lain sila lihat halaman 'contact saya'

Jika soalan anda sukar diterjemahkan dengan tulisan anda boleh hantar video kepada kami,baca link dibawah ini

https://www.baikimotor.com/2018/04/motor-ayam-channel-video-permotoran.html?m=1


Sekian,terima kasih.