Restorasi motor Modenas kriss 100cc

Gambar restorasi modenas kriss 100 roda tiga lama jadi baru

Kriss buruk 100% jadi baru

Assalamualaikum,salam permotoran

Tahun 2019 sudah hampir ke pertengahan tahun tapi baikimotor.com agak sepi menemui anda disini kerana keterbatasan waktu admin lanjutan menguruskan kerja seharian di bengkel. Harap maaf semuanya ya..

Jadi dikesempatan hari ini admin akan share bab projek restorasi motor lama yang dibuat di bengkel motor MarmanWorkshop. Model projek menjadikan motor lama berwajah baru kali ini ialah sebuah motor buatan Malaysia iaitu Modenas kriss 100cc…ya 100cc bukan 110cc ya. Pastinya anda ada terpandang motor versi ini dijalanraya walaupun mungkin anda bukan pemiliknya. Tapi mungkin juga anda pernah melihatnya tapi tidak perasan yang itu adalah motor kriss 100cc, kerana perbezaan diantara model sulong modenas 110 adalah amat sedikit, hanya pada beberapa bahagian tertentu luarannya seperti lampu depan,lampu belakang seperti itu…mungkin sukar mahu perasan ya…

Dan bertambahnya lagi sukar untuk dikenal pasti ciri-cirinya apabila keadaannya tersangatlah uzur dengan aksesorinya banyaknya rosak,pecah-pecah,tertanggal,terkopak dan debu-debu,karat menyelimutinya seperti bintang restorasi 2019 kali ini yang agak special,lain sedikit dari projek sebelumnya yang Cakap Pomen Motor kongsikan.

Motor kriss roda tiga

Keistimewaan yang dibawa oleh model kali ini ialah ia motor beroda tiga atau lebih popular dibeberapa negeri disebut ‘motor Gaban’ :-p

Modenas kriss beroda 3 ini digunakan untuk kerja mengangkut barangan berat/banyak oleh pemiliknya.  Sesudah sekian lama berjasa kepada tuannya kali ini tuannya pula mahu menghargai jasanya. Usianya yang sudah tua kini sampailah masanya untuk berehat dengan segak bergaya.

Gambar ekzos motor kriss berkarat
Gambar kusyen motor kriss rosak
Gambar Modenas kriss buruk

Kotak roda tiga dibuang

Isyarat pertama menunjukkan yang ia akan bersara dari arena kerja berat ialah kotak roda tiga yang dilekatkan padanya akan dipisahkan dan dibuang terus ke besi buruk…haha

Kerja membuang kotak roda tiga ini terpaksa melibatkan sedikit aksi memotong pada bahagian sambungan ke badan motor yang tidak mahu berpisah seolah ia masih sayang kepada pasangannya itu…:-D

Tapi itulah jodoh kita hanya disini sayang…hihi

Menggantikan alatan baru

Gambar motor kriss cantik
Gambar Modenas kriss 100cc cantik

Pada dasarnya setiap projek yang dinamakan restorasi akan dilakukan seboleh mungkin untuk menjadikan ia kelihatan seperti baru tapi tak mungkinlah bagi bagi kita yang keterbatasan alatan dan kepakaran boleh menjadikan motor yang sudah usang menjadi 100% seperti baru tanpa melakukan sedikit penukaran alatan asal(ori) motor itu.

Jadi begitulah cara penyelesaiannya, sedikit perlaburan untuk alat ganti baru dibelanjakan.

Dan seperti motor kriss 100 ini telah dilakukan beberapa penukaran komponen tertentu kepada baru iaitu seperti ekzos,absober belakang,kusyen (sit),lampu depan dan beberapa barang lagi yang telah pecah atau tertanggal tengah jalan dulu…hihi

Model – Modenas kriss 100cc
Kos restorasi -MYR1500
Ringkasan fasa restorasi – Cat, penukaran alat ganti, baiki kerosakan enjin(top overhaul), wiring semula.

Sekarang sudah cantik

Setelah lebih kurang 3 minggu digosok dibelai dimekap sekarang  wajahnya boleh dikatakan seperti keluar kedai dulu, cantik berkilat. Lepas ini bolehlah syok-syok pusing kampong dengan motor baru
Hihi…

Video

Ok, bagaimanakah anda, mahukah anda menjadikan motor lama anda yang tersadai belakang rumah cantik setelah sekian lama belakang rumah itu kembali beraksi ke jalan raya? Jika berdekatan dengan kami hubungilah MarmanWorkshop hari juga. InsyAllah kami akan membantu.Terima kasih kerana hadir dan kemari, salam jumpa lagi…

2 Replies to “Restorasi motor Modenas kriss 100cc”

  1. Bang nk tanye motor ni motor lame..part semua da bukak habis oleh kwn saya…katanya nk cat..sampai satu hari saya nk ambik balik tengok motor tnggal rangkah. Spare part dalam kotak..member ckap dia da x reti pasang semula..agak2x kos berapa abg mntak motor rxz ..lupe tahun brape..

    1. kene cari bengkel tanya dulu brapa die ambik…mcm kos pasang enjin saja org caj rm100,coverset 50, fork 50, swing arm 50,wiring 100, tayar disc 50 setiap sesi berlainan…jd anggaran org caj pasang balik dlm rm200-300 mcm tu

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *