Video cara pasang clutch one-way motor



Belajar memasang Clutch One way motor Yamaha Lagenda SRL


Salam pembaca Cakap Pomen Motor terutamanya anda para pelajar mekanik motor pemula mengikuti setiap post mengenai belajar mekanik motor di blog ini,hari ini lagi lanjutan pelajaran dalam bab klac (clutch) motor Cub.Post hari ini mengajar anda tentang cara pemasangan Clutch One-way-bearing pada motor Yamaha SRL Lagenda 110.

Perlunya anda belajar memasang bearing one-way ini ialah untuk menyelesaikan masalah penyetat jadi lus (loose) pada motor yang menggunakan clutch automatic ini.Kerosakan ini sering berlaku pada model-model motor Yamaha yang sepertinya dan perlu menggantikannya dengan alatan baru agar ia berfungsi seperti sediakala.

Menyelesaikan masalah penyetat kaki lus


Pemasangan klac one-way Lagenda 110 ini dapat dibuat dengan mudah melainkan sedikit penelitian dan cara memasangnya ke housing auto clutch.Ini kerana terdapat 3 spring kecil yang perlu dipasang dengan betul agar one-way bearing dapat berkerja dengan betul.

Gambar menunjukkan kedudukan spring one way
Kedudukan spring kecil

Gambar clutch one way Yamaha Lagenda 110
Clutch One-Way 


Kesilapan disini juga menjadi punca penyetat kaki motor terasa lus/tidak melekat apabila ditendang untuk menghidupkan enjin.Ok,cara memasangnya boleh anda lihat didalam video yang saya buat khas untuk pembaca blog baikimotor.com

Tiada ulasan: