Punca motor bergetar terhentak bahagian depan

Gambar bahagian depan body motor


Salam pembaca,ya adalah bagus bagi kita semua penunggang motor mempunyai sifat sensitif pada perubahan telah berlaku pada motor kita semasa berjalan.Ini membuat apa masalah yang berlaku dapat diatasi pada peringkat awal lalu menghindari kejadian lebih buruk berlaku pada motor atau pada keselamatan diri sendiri.Contohnya hari ini motor anda dirasakan bergetar pada bahagian depan dan apa yang rosak belum pasti puncanya,mungkinkah pada fork,shock  depan,pada kepala handle atau tayar tapi yang pasti ia terasa hentakan itu datang pada bahagian depan.Kadang ia terasa bila melintasi bonggol jalan,lubang  dan kadang semasa membrek jadi dengan itu kita akan menjejaki punca penyebabnya disini pada hari ini juga.

Steering Fork longgar 


Biasanya sering berlaku bila berbunyi semasa motor melintasi bonggol atau lobang lopak dijalan yang menyebabkan ia terhentak.Hentakan itu membuatkan terasa handle  bergoyang (bergerak kedepan dan kebelakang).

Pada bahagian sendi atau leher Steering terdapat bola bearing set yang dinamakan Steering kon.Faktor pemakaian motor yang sudah lama menjadi punca berlaku haus pada bahagian itu lalu mengakibatkan terdapat 'gap' yang menjadi punca ia longgar.

'Ketatkan fork' itu biasa orang sebut pada cara atasi masalah fork longgar.Ini adalah langkah pertama atau tidak terpaksa dilanjutkan dengan menukar bola Steering kon.

Gambar bearing steering kon motor


Tayar rosak


Tahukah anda bagi sesetengah jenis tayar motor ada berlaku bengkak 'gelembung' pada bahagian tertentu.Ini menunjukkan tayar itu sudah rosak.Satu punca menyebabkan motor terasa bergetar pada bahagian depan atau pada roda belakang.Tukar segera atau ia boleh meletup pecah.

Rim bengkok 


Rim bengkok agak berlainan sedikit tanda-tandanya kerana ia bukan hanya dapat dirasakan bila berlaku hentakan tapi sepanjang tayar bergolek di atas jalan anda akan merasai motor bergetar.Mungkin sesudah pulang ke rumah anda perlu mencari tukang urut kerana terasa sengal seluruh badan..hihi
Rim motor boleh ditukar-ganti bila ini berlaku..jangan risau!

Fork/shock depan keras


Pada motosikal ada beberapa jenis fork(shock depan) ini,contohnya Fork telescopic yang dilengkapi 2 batang besi dibawah disebut fork tube (batang crome) dan slider (tube luar).Penyebab motor terasa tersentak keras terjadi juga kerana masalahan pada fork contohnya bila minyak fork kering,minyak terlebih isi atau fork tube bengkok.Selalunya selain dari kesan motor eksiden fork yang rosak menunjukkan tanda-tanda minyak meleleh keluar (leaking) pada batang fork.

Bearing tayar pecah


Terakhir sekali ialah berkemungkinan akibat masalah bearing tayar(roda) pecah.Tapi kesannya agak berlainan juga selain bergetar motor juga terasa agak meliar ke kiri atau ke kanan dan lagi ia mengeluarkan bunyi.Cara atasinya ialah gantikan set bearing tayar tersebut.

Ok,itulah antara punca penyebab motor anda terasa bergetar,terhentak bila berjalan dan anda boleh periksa pada bahagian mana satukah bermasalah itu mengikut apa yang saya sebutkan tadi,moga dapat dikesan penyakitnya ya dan kita bertemu lagi di baikimotor.com dengan isu berlainan pula di kesempatan yang lain,wassalam..



Tiada ulasan: