Crankshaft oil seal Yamaha 125z

Gambar crankshaft oil seal



MarmanWorkshop- Crankshaft oil seal atau flywheel oil seal(kiri) akan menyebabkan enjin hilang 'compression' dan sebelah kanan (clutch) yang rosak pula juga tambahan akan menyebabkan plug hitam.Jadi itulah antara punca motor 2-stroke(2t) anda hilang kuasa,timing kejap tinggi kejap rendah malahan menjadi punca motor tak mahu hidup bilamana ia tercabut atau pecah teruk.

Seperti kes hari ini di bengkel saya-Yamaha 125z yang 'power' semakin 'drop' dan selepas diperiksa kelihatan ada ada leaking pada bahagian oil seal crankshaft sebelah magnet/flywheel  motor ini.

Gambar oilseal belah magnet 125z
Oil seal magnet
Mujurnya kalau 125z anda bocor oil seal pada enjin sebelah magnet kerana boleh tukar dari luar saja tapi kalau sebelah clutch pada motor jenis Yamaha satu ni kenalah buat overhaul sebab oil seal nya perlu dipasang dari dalam..:)

Jual crankshaft oil seal original  125z

Gambar oil seal original Yamaha


Saya lebih suka memilih alat ganti motor yang berkualiti khasnya yang asli@original dari pengeluar motor tersebut kerana lebih memberi ketahanan dan jangka masa guna yang lebih lama.

Oil seal original Yamaha 125z original sama seperti yang saya telah guna pakai ini boleh dibeli online juga bersama kami MarmanWorkshop jika anda mahu.Pada tarikh hari ini kami menjual online oil seal ori 125z ini dengan harga RM60 untuk 1 set kiri dan kanan.

Tiada ulasan: