Proses mengecat,memasang komponen motor-restorasi


Sharing kerja merestorasi motosikal Honda ex5 Dream oleh MarmanWorkshop 


Salam pembaca,sambungan kisah projek restorasi motor ex5 Dream kita yang terdahulu berada pada fasa 2 proses pemasangan komponen.Sebenarnya motosikal tersebut telah beberapa minggu telah disiapkan,oleh kerana kesuntukan masa jadi admin gagal untuk update kisah sambungan ini pada waktu yang tepat,harap maaf ya.Video pun admin telah terbitkan di YouTube kalau anda belum tengok boleh lihat pada bawah post ini kejap lagi.

Ok pada tajuk sebelum ini yang anda baca kita telah berada pada proses akhir projek iaitu pada fasa pemasangan dan kali ini anda boleh lihat lebih detail lagi mengenainya.

Memasang komponen yang siap di cat


Setelah selasai kerja mengecat,seperti biasalah saya akan siapkan bahagian roda terlebih dahulu.Bermula dari pemasangan jari-jari (lidi),ejas rim hingga siap pasang tayar.Oh ya! lupa,sudah bagitahu belum yang rim besi tu kita tak tukar supaya dapat 'cut cost' sikit..ada karat-karat tapi boleh pakai la berkilat lagi..:)

Gambar rim



Siap bahagian roda saya pasang swing arm dan stearing,fork dulu kemudian baru saya masukan roda depan belakang.

Gambar swing arm

Gambar rangka motor dan roda



Hah,sekarang barulah masa 'naik enjin' yang siap dibersihkan tu.Enjin motor ni tak ada masalah jadi saya tak repair cuma tutup balik cover klac dan cover magnet yang telah siap dicat tu.Ops! tergendala juga bab enjin sebab ada masalah pada karburator,skru angin rosak/jem dah..jadi ambil masa juga hari tu repair buat thread skru angin tu,namun akhirnya siap juga alhamdulillah..

Gambar karburator

Gambar enjin motor ex5


Selesai naik enjin semua masa untuk pasang wiring pula sebelum start enjin.Pasang balik saja,tak banyak barang tukar baru kecuali kunci set dan bateri.

Gambar pemeriksaan wiring motor


Semua part dah join baru masa untuk hidupkan enjin ex5 ni.Broomm!! Bersih ja bunyi macam motor baru hehe..sebab dia pakai ekzos baru..original baii..

Check lampu,signal,horn semua maka bersedialah untuk  dipakaikan 'baju' nya..Metallic Blue,antara salah satu warna asal model Ex5 Dream yang telah dikeluarkan oleh Honda.

Satu-persatu dipasang hingga lengkap kesemua body set nya..dan yang terakhir ialah letak stiker body-original juga.

Gambar motor lama tukar warna

Bengkel membuat restorasi motor lama 

Projek restorasi ini sebenarnya projek bulan puasa dan memandangkan berhampiran tarikh hari raya jadi projek ini jadi tertangguh agak lama kira-kira dalam satu bulan untuk disiapkan.

Apa pun kami berjaya membuat motor ex5 lama ini kembali cantik seakan motor baru kedai..warna merah bertukar kepada metallic blue.



Play video 


Kos bagi menyiapkannya menelan belanja kira-kira RM1500 jumlah yang dikira dari kos mengecat dan tukaran komponen baru.Ok sesiapa yang berniat untuk membuat motor lama anda yang tersadai atau yang masih ditunggang tu menjadi motor baru bolehlah hubungi MarmanWorkshop-bengkel membuat restorasi motor  ini juga.Sekian dulu sharing kerja bengkel kali ini semoga bertemu lagi di masa akan datang,sekian terima kasih-wassalam-

Tiada ulasan: