Video: Cara test minyak enjin jalan ke tak



Salam,

Apa kabar pomen? Hari ini mari menambahkan lagi ilmu pembelajaran anda tentang mekanik motor dengan satu hal lazim wajib diketahui bila membabitkan bab enjin iaitu cara memastikan minyak 4t/minyak hitam jalan mengalir menyeluruh didalam enjin apabila enjin mula dihidupkan.Kesannya bila 'minyak hitam tak jalan' kita sebut,ia akan mengakibatkan kerosakan serius pada enjin terutama kepada komponen dalam Head cylinder dan block.

Video tunjuk cara test minyak enjin jalan ke tak ini baru diterbitkan dan hanya saya tampilkan untuk tonton pelajar mekanik di baikimotor.com sahaja.

Tanda-tanda minyak hitam tak naik/jalan


Biasanya selepas selesai membuat top overhaul langkah pertama setelah enjin mula dihidupkan kita perlu check  minyak dia naik ke tak.Contoh langkah yang perlu dibuat pada motor Honda ex5 ini kita perlu membuka penutup Valve atas sahaja,hidupkan enjin dan rem beberapa saat untuk lihat samada ada percikan minyak hitam atau tak.Jika ada itu tandanya minyak hitam jalan ok dan jika sebaliknya perlu cik pomen buka semula bahagian enjin itu untuk check apakah puncanya.Biasa terjadi adalah berkaitan dengan Oil pump atau Oil pump gear atau mana-mana saluran tersumbat.

Play video 


Ok,perhatikan langkah-langkah test minyak hitam dalam video pendek disini dan praktikan dalam kerja anda khasnya membabitkan motor Honda ex5 dan yang sepertinya.Wassalam.


Tiada ulasan: