Honda ex5 Dream merah tukar cat biru

Gambar projek restorasi

Kisah projek restorasi motor lama ex5 Dream dibuat oleh MarmanWorkshop-bahagian 1


Salam pembaca,
baikimotor.com ingin berkongsi dengan anda tentang kerja bengkel motor kami MarmanWorkshop sebagai bacaan santai sahaja hilang boring.Kerja bengkel  pilihan saya minggu ini ialah mengenai sebuah projek restorasi motor Honda ex5 Dream yang masih didalam proses pada hari ini.Oleh itu artikel ini ditulis bersambungan beberapa posting saya rasa.Pada minggu pertama ini mari kita lihat kerja-kerja permulaan yang telah dibuat untuk menukar color ex5 Dream merah kepada biru (metallic blue).

Kondisi asal motor ex5 Dream milik pelanggan saya ini tidaklah berapa teruk,tidak ada bahagian-bahagian yang bengkok,retak atau berlubang jadi tak perlulah kerja welding,ketuk body dan sebagainya..cuma banyak part yang kelihatan berkarat seperti  jari,rim dan skru-skru body kerana lokasi kediaman owner berdekatan pantai.

Gambar ex5 Dream merah

Gambar body motor ex5 Dream

Gambar enjin ex5 Dream setelah dibuka



Lerai komponen 


Jadi seperti biasa langkah permulaan membuat restorasi ialah meleraikan semua komponen motor sehingga hanya tinggalkan rangka sahaja.Part yang masih cantik dan  yang boleh digilapkan semula kita ambil dan yang mana agak teruk terpaksalah digantikan baru agar nanti hasilnya lebih cantik seakan-akan motor baru yaa..

Gambar kerja mencuci bahagian motor


Proses melerai membuka barangan ambil masa satu hari untuk selesai.Barangan di dikumpulkan sebelum melalui kerja seterusnya iaitu proses membersihkan kotoran tanah serta minyak yang melekat pada parts tersebut.

Ambil satu minggu juga dari mencuci daki kotoran sehingga proses membuang cat lama,asid (paint remover) pun cecah 3 tin juga kalau tak silap.

Proses mengecat


Pemilihan cat warna standard asal keluaran sedikit sebanyak mempercepatkan proses mengecat kerana kulit luar(coverset) masih lagi ada dijual dipasaran.Kulit luar baru dibeli tak perlu dicat semula kerana sudah tersedia salah satu warna asal Honda Ex5 Dream itu.Jadi tugas kami ialah mengecat bahagian body(besi) serta lain-lain part lagi seperti cover enjin,hub rim,fork serta beberapa lagi barangan kecil.

Gambar proses mengecat motor
Undercoat


Body dicat semula mengikut warna coverset dan bahagian lain disebut tadi diwarna semula mengikut warna asal keluaran motor.

Jadi penggunaan cat untuk menyiapkan projek restorasi motor ex5 ini diperlukan 3 warna cat iaitu cat utama biru,cat silver dan hitam untuk bahagian lain.Lain-lain coat wajib disediakan seperti biasa undercoat dan clear coat juga sudah dikira dalam jumlah keseluruhan kos mengecat motor lama yang kita ambil..tak mahal sangat dalam RM500 kebawah bergantung juga kepada kualiti cat yang customer mahukan,jadi sesiapa yang ingin mengecat boleh contact MarmanWorkshop sekarang ya..terima kasih :)

Gambar cat motor lama

Gambar hub rim



Setelah minggu fasa satu selesai,minggu fasa 2 iaitu proses mengecat juga sudah disiapkan pada hari ini artikel ditulis.

Kini kami sedang berada didalam proses pemasangan balik barangan yang sudah siap cat untuk menyiapkan projek restorasi motor ex5 Dream merah bertukar ke biru/purple..insyAllah sambungan tulisan tentang projek akan dikongsikan juga nanti (sudah disiapkan-proses pemasangan) kepada pembaca Cakap Pomen Motor..wassalam.





Tiada ulasan: