Belajar memperbaiki motor-kunci rosak

Bab 13 - kunci rosak


Pembelajaran memperbaiki motor kita masih pada bab wiring dan sambungan dari post lepas iaitu mengenai cara check motor tak ada api(lektrik) enjin khususnya motor jenis menggunakan sistem Cdi seperti Honda ex5.

Hasil permeriksaan kita pada bab terdahulu menunjukkan coil magnet mengeluarkan api tapi pemeriksaan pada komponen lestrik selepas itu Cdi serta plug coil adalah tidak ada.Jadi sebelum memutuskan untuk menukar Cdi kepada baru atau plug coil baru ada lagi lagi satu ujian perlu kita buat iaitu pada kuncinya (main switch).

Gambar pembelajaran baiki motor


Kunci rosak punca motor tak hidup


 Kunci utama motor yang rosak juga menjadi punca penyebab motor tak hidup jadi langkah pemeriksaannya adalah seperti ini;


  • Cabut soket kunci utama
  • Test wayar api keluar dari Cdi
Gambar kunci motor

Katakan setelah sambungan kunci diputuskan hasilnya positif plug mula mengeluarkan api maka disini menunjukkan ada kerosakan pada kunci,boleh tukar kunci baru tetapi jika hasilnya sama tidak ada api,makanya kunci adalah tidak bermasalah Cdi lah harus dicuba tukar terlebih dahulu.

Sekarang keputusan ujian kita akan diperolehi.Jika setelah sambungan kunci diputuskan bermakna api akan mengalir turus bila ditendang penyetat kerana kunci motor berfungsi untuk memutuskan dan menyambung lektrik enjin serta lampu.Oleh itu sebarang  kerosakan pada kunci utama akan menyebabkan gangguan pada sistem operasi enjin.

Lagi tips dalam masa membuat wiring kita perlu teliti pada perkara sampingan lain seperti ada wayar putus,socket longgar atau wayar tersentuh..semua ini juga kebarangkalian punca masalah gangguan api enjin atau api lampu sekalipun.

Ok pembelajaran memperbaiki motor kita akan bersambung pada bab seterusnya dengan tak lain pula dan jangan lupa klik link biru penting pada artikel untuk bacaan lanjutan.Wassalam.

Tiada ulasan: