Motor Yamaha lc pulas minyak tak jalan

Gambar Yamaha lc135

Salam Ramadan,

Baikimotor.com-Kes pilihan untuk dikongsikan pada minggu ini ialah berkenaan masalah motor Yamaha lc135  pulas minyak tapi tak mahu jalan.Ya..enjin boleh hidup tapi masuk gear pulas minyak tak bergerak langsung roda belakang sama seperti selalu jadi dalam kes Drive Belt putus pada motor skuter.

Biasanya bila motor pulas minyak tak jalan macam ini target pertama kita pasti ia berkenaan sprocket depan loose tapi bila diperiksa ia masih berkeadaan baik dan shaft sprocket pun tak bermasalah.Jadi langkah keduanya untuk mencari punca masalah ini saya terus saja pergi pada bahagian clutch.

Clutch rosak teruk


Penyebab masalah motor lc ini akhirnya kelihatan setelah saya meleraikan beberapa komponen clutchnya.

Gambar bahagian clutch Lc
Bahagian clutch setelah
dikosongkan

Gambar auto clutch Lc
Auto clutch rosak 



Memang clutch rosak teruk tapi agak pelik dan dikira bernasib baik bagi owner Lc ini sebab motor beliau masih boleh start tatkala One Way Bearing pun sudah pecah.Bila bearing One Way pecah kesannya akan menyebabkan enjin tak boleh start..starter kick akan jadi loose..betul-betul bernasib baik la owner..:)

Punca utama kes Yamaha lc135 hari ini ialah kerosakan pada auto clutch dia..lihat gambar dibawah..gigi sudah licin dan spring putus berterabur semua..Bila ini terjadi maka auto clutch Lc ini tak dapat berfungsi sebaiknya seperti yang sepatutnya ia untuk memberi cengkaman supaya motor boleh bergerak apabila throttle dipulas.

Gambar one-way-bearing Lc
One-way-bearing 


Berapa kos untuk repair masalah clutch rosak macam ini?


Kos gantikan clutch auto,One-Way-bearing campur minyak hitam dan gasket semuanya saya caj tak sampai RM150..tak mahal sangat la sebabnya alat ganti pun guna yang biasa saja atas kemahuan owner dia.

Ok,sampai disini sahaja kongsian pada kali ini tentang kerosakan clutch yang menyebabkan motor Yamaha lc135 jadi pulas minyak tapi tak jalan dan kita bertemu dikesempatan lain dengan isu lain pula..wassalam.

Tiada ulasan: