Cara buka skru (sekrup) patah pada motor

Alatan mekanik dan cara digunakan untuk membuang patahan skru



Baikimotor.com hari ini ingin kongsikan kepada anda khasnya yang mahu belajar mekanik(pemula mekanim)motor iaitu tentang cara membuka/cara membuang skru(sekrup) patah dalam pada bahagian motor seperti pada body atau enjin.Hal ini penting untuk dipelajari ya jika tidak bila 'terkena' kes skru patah pasti kerja kita tak dapat disiapkan kerana kita tahu cara membuatnya.

Gambar skru patah


Insiden skru patah sering terjadi bila kita mengikat skru dengan daya terlalu kuat.Jika patahnya masih tertinggal sisa yang banyak ia mungkin mudah diambil keluar dan bagaimana pula jika patahnya sama rata dengan lantai atau lagi teruk bila lebih terkedalam.
Kod dalam article

Skru patah tak boleh buka


Sebelum ini saya telah kongsikan satu cara keluarkan skru lus yang belum baca boleh klik link di atas dan tambahan lagi kemahiran  mekanik kita hari ini dengan 6 cara membuang bahagian skru patah yang tinggal didalam.

Teknik yang dikongsikan ini diambil dari satu video dari YouTube  yang yang saya jumpai dan saya fikirkan ia adalah menarik dan bagus untuk sama-sama kita pelajari..terima kasih kepada penerbitnya.Ok mari kita lihat langkah-langkah dan metod yang dengan menggunakan alatan mekanik seperti di bawah;

Langkah 1-Pengetuk sama pemutar skru (obeng)

Gambar buka sekrup menggunakan obeng

Bersihkan permukaan atas skru terlebih dari kotoran

Gunakan minyak pengakis seperti WD40,berikan pada patahan sekrup tadi atau dengan cara membakar.

Gambar welding sekrup


Ketuk bahagian sisi patahan yang sedikit terkeluar dari lantai itu dengan pengetuk (hammer) dan pemutar skru perlahan-lahan mengikut arah membuka skru sehingga mula bergerak dan terkeluar.

Gambar buang skru dengan pemutar skru


Langkah 2 - pengetuk dan pahat

Gambar pengetuk dan pahat


Sama juga seperti metod 1 iaitu mengetuk bahagian sisinya patahan skru.Gunakan pemahat yang tumpul ya jika ia tajam pemahat akan langsung membuang 'daging' skru itu.

Gambar cara memahat skru


Langkah 3 - Pengetuk dengan PointerGambar pointer dan pengetuk



Sama seperti metod 1 dan 2.Patahan sekrup diketuk perlahan-lahan pada sebelah atas dengan alat yang dinamakan Pointer.


Kod dalam article

Langkah 4 - Welding Nut

Gamabar welding dan nut


Langkah kali ini agak berbeza ya dan ini digunakan bilamana patahan skru lebih terkedalam bermakna kita tidak ada peluang untuk gunakan metod 1,2,3 di atas.Nut diletakkan di atas patahan dan di welding (pateri) pada sebelah dalam.

Gambar cara welding patahan


Saiz lubang nut haruslah lebih kecil dari patahan jika tidak welding akan mengena lantai.

Setelah di welding,Nut tadi dapatlah dipusing keluar bersama dengan skru patah itu menggunakan sepana mengikut saiznya.

Gambar buka nut dengan sepana


Langkah 5 - Gunakan skru extractor

Gamabar alat special extractor



Cara menggunakan extractor ni ialah dengan membuat lubang terlebih dahulu pada patahan tersebut.

Pertama,ketuk pointer pada tengah patahan untuk memudahkan proses drill lubang yang akan dibuat.Patahan akan ditebuk terus menggunakan mata drill yang sepadan dengan saiz special extractor tersebut.

Gambar cara guna pointer

Gambar cara drilan patahan skru

Gambar guna special extractor



Setelah itu dimasukkan alat extractor di tengahnya dan diputar naik.Extractor di gunakan untuk memaksa baki patahan naik ke atas.

Langkah 6 - Drill terus

Gambar drill dan mata


Langkah terakhir dikongsikan mengenai cara membuka skru patah pada motor ini ialah dengan cara menggunakan Drill terus.

Maksudnya Drill terus ialah kita menebuk lubang menggunakan mata mesin Drill secara terus sehingga tembusnya patahan tadi.

Ukuran saiz mata Drill yang digunakan ialah lebih kecil sedikit dari saiz patahan skru itu.Bermula dengan mata yang kecil sehingga mata saiz yang dikhendaki.

Kemudian kita perlu membuat thread(benang skru) baru menggunakan alat khas pembuat thread.

Gambat alat buat thread



Video 


Ok,itulah 6 cara buka skru patah dalam  yang dapat diberi ulasan dari terbitan sebuah video yang menarik dari YouTube rakan kita itu,moga ia dapat memberi manfaat kepada kita semua.wassalam.


Tiada ulasan: