Motor Yamaha lc135 block pecah

Gambar motor Yamaha lc135


Salam,ok post hari berkenaan kerja bengkel saya lagi,motor Yamaha lc135 tak boleh hidup tiba-tiba mati masa jalan.Sebelum owner sudah perasan yang air coolant tiba-tiba kering tapi owner hanya tambah air dan jalan balik seperti biasa,owner tak fikir satu hal yang lebih buruk telah terjadi pada enjin motor beliau sehinggalah ia mati semasa berjalan selepas itu.

Motor dicuba start tapi tak boleh,start engkol jadi kosong/lus dan terpaksalah tolak motornya ke bengkel MarmanWorkshop.

Ok,bila dapat motor hilang kompress macam ini saya akan check kompress/compression dulu.Sudah pasti benar bukan bahagian clutch jadi saya lanjutkan pemeriksaan ke bahagian top.

Selesai dibuka bahagian top overhaul motor Yamaha lc ini,ditilik disiasat akhirnya nampaklah punca ia hilang kompress.Lihat sendiri apa jadi

Block racing pecah

Gambar block Yamaha lc135
Kesan pecah


Itu dia sudah nampak? Blok pecah..

Jalan penyelesaiannya ialah terpaksa membeli sebiji block baru.Harga boleh tahan jugalah ya..

Motif kejadiannya,ialah kualiti pembuatan barang itu.Hati-hati menggunakan block racing  yang besar-besar takut Slip block yang nipis boleh menyebabkan dinding blok jadi tak tahan panas dan akibatnya seperti hari ini motor Yamaha lc block pecah.


3 ulasan:

San nura berkata...

Saiz cramshaf roker arm lagenda berbeza ada saiz 60 dan 62. Mana 1 yang exzoz dan kaburetor. Tolong jelaskan

Che Wan Ruzil berkata...

Assalamualaikum,

Motosikal Modenas Kriss 110 (1997) saya yang pertama menggunakan blok racing modenas kriss (tak ingat brp mm saiznya) dan karburetor standard utk Yamaha 125Z tanpa menukar ekzos (pakai standard kriss punya). Saya bercadang untuk buat setting yang sama dgn motor kriss yng saya pakai sekarang. Adakah konfigurasi blok/karburetor ini yg terbaik? Mohon pendapat tuan tkasih.

Unknown berkata...

Bang, sy nak tanye sikit ni.. kalau sy nak buat lc sy tu pakai rim y15 bolehkan? Mean sy nak pakai rim yang lebar