Timing chain motor berbunyi perlu tukar segera

Cerita tentang kesan enjin berbunyi bising disebabkan timing chain kendur dan kesannya kepada motor 


Cakap Pomen Motor-Fungsinya timing chain(rantai kecik) ialah untuk perhubungan antara Chamshaft dengan Crankshaft.Chamshaft sebagai komponen pengawal injap masuk dan buka(untuk motor 4-stroke) akan mengikut putaran Crankshaft seperti mana bekerja rantai dan sprocket motor.Perbezaan cara kerja timing chain berbanding rantai sprocket ialah apabila saat ia kendur.Rantai sprocket boleh diregangkan secara manual manakala timing chain enjin motor menggunakan penyelarasan secara automatik dengan alat disebut Tensioner.

Malangnya jika alat pelaras itu tidak lagi mampu berfungsi setelah keadaan timing chain sudah terlalu panjang.Keadaan ini kita dapat kesan apabila enjin motor itu mengeluarkan bunyi bising seperti benda bergesel.Jalan penyelesaian untuk memperbaiki masalah enjin berbunyi bising disebabkan timing chain kendur/longgar dengan menukar kepada timing chain baru.



Pentingkah menukar timing chain yang rosak?


Ya memang penting!.lagi kita perlu awasi timing chain ini kerana seperti yang saya cakap tadi,pada sebuah enjin 4-stroke ia adalah alat perhubungan antara crankshaft dengan Chamshaft.Koneksi ini ialah untuk menentukan masa minyak petrol diambil masuk,dibakar dibuang sisanya mengikut aturan lejang yang telah ditetapkan untuk membolehkan enjin hidup.

Jadi apabila berkeadaan kendur ini membuatkan aturan pembakaran enjin sudah sedikit lari dari standardnya lalu sedikit sebanyak ada kesannya pada perjalanan enjin.Oleh itu segeralah menukar timing chain yang sudah rosak sebelum ia mengganggu tunggangan anda.

Timing putus


Kalau rantai spoket boleh putus begitu juga dengan timing chain,tapi cuma peratusan kejadian timing chain motor putus amat kecil.Apapun timing chain kendur jika dibiarkan adalah berisiko untuk ia putus dan kesannya akan membawa kerosakan serius pada enjin.

Timing chain bunyi minyak hitam tak naik


Ada beberapa jenis enjin yang gunakan timing chain sebagai alat untuk menggerakkan pam minyak hitam seperti dilihat pada enjin Honda c70 atau ex5.Pada situasi timing chain mula mengeluarkan bunyi ia adalah merupakan satu amaran kepada tuan empunya motor itu untuk membuat pemerikaaan serta menggantikan timing chain yang sudah rosak itu.Sebabnya timing chain berbunyi kuat akan berserta sekali dengan kerosakan Oil Pump Gear.Kerosakan alat ini akan menyebabkan minyak hitam tak mengalir kesemua bahagian enjin seperti yang sepatutnya,pomen sebut 'minyak hitam tak naik',dan salah satu punca enjin jammed(kejang) adalah berpunca dari permasalahan aliran minyak hitam.

Gambar timing chain ex5

Awasi timing chain motor anda


Jadi itulah betapa penting untuk kita awasi dan prihatin jika enjin berbunyi khasnya disini melibatkan timing chain kerana ia akan melibatkan permasalahan berjangkit,macam wabak jugalah..:)

Waktu tukar timing chain motor tidak diberitahu didalam buku panduan motor tapi tipsnya bila enjin mula berbunyi seperti yang diterangkan terus saja buat pemeriksaan di bengkel.

Jangan dilengah-lengahkan ya..untuk menyelamatkan daripada ia menjadikan kerosakan lebih serius pada enjin motor anda.Jangka hayat timing chain asal motor agak lama juga,boleh digunakan mencapai 3 ke 4 tahun tapi setelah sekali membuat penukaran,1 tahun mendatang anda terpaksa menukarnya lagi.Ini berkaitan kualiti alatganti itu sendiri,jadi saya syorkan gunakan timing chain set original.

Tiada ulasan: