Motor tak mau hidup sebab lama simpan



Salam,sungguh memenatkan engkol start berkali-kali tapi tetap motor tak mau hidup.Kalau motor matic (automatic) sampai habis battery lah jawabnya tetap tak mahu hidup jugak.Jadi bagaimana cara untuk menghidupkan motor khasnya motor yang sudah lama tersimpan dihadapan rumah tu.

Baik,saya cuba terangkan satu persatu caranya baik motor gear ataupun motor matic @ skuter dan saya andaikan anda sampai kesini rasanya anda ingin cuba selesaikan sendiri masalah motor anda itu jika tidak tentu sahaja anda telah hantar motor itu ke bengkel pastinya.

Tukar minyak petrol lama


Motor sudah lama simpan dan mahu dicuba hidupkan enjinnya kembali harusnya anda perlu membuang semua petrol lama dan digantikan dengan yang baru kerana petrol lama tak dapat dibakar sebaiknya oleh enjin dan akan menyebabkan enjin sukar dihidupkan.Caranya anda harus bukakan bajunya(cover body) terlebih dahulu  dan cabut keluar wayar petrol ke karburator.Lain jenis motor lain lokasinya pada karburator atau injeksi.

Gambar filter karburator
Wayar minyak yang perlu
dibuka keluar


Servis karburator 


Servis karburator.Jika menggunakan sistem karburator perlulah ia diservis cuci komponen dalamanya.Biasanya takungan petrol lama didalam karburator akan mengakibatkan keladak seperti ketulan yang akan menyebabkan lubang-lubang dalam karburator jadi terkambus.Inilah punca kegagalan karburator berkerja.

Gambar komponen dalam karburator
Komponen dalam karburator y125z


Dibuka keluar dan dicuci semua komponen dalam karburator motor itu termasuk jettingnya pilot dan mainjet agar semua lubangnya nampak tembus tidak tersumbat lagi.Setelah itu pasanglah dengan berhati-hati supaya tiada bocor minyak nanti.

Gambar pilot jet karburator
Pilot jet selalu tersumbat


Caj battery 


Sementara anda mencuci karburator itu apa kata anda buka dulu battery dan dihantar caj dibengkel.Jika ia tak boleh pakai lagi@bateri kong silalah gantikan ia dengan yang baru.Kemudian nanti sudah siap servis bahagian lain ambil battery dan pasang balik pada motor.

Gantikan sebiji spark plug 


Motor anda pakai satu spark plug gantikan satu spark plug baru kerana kita mahu api yang kuat bila mau hidupkan enjinnya.Sebaiknya gantilah spark plug sebaik saja anda sudah pasang battery,ini tipsnya.Semasa spark plug sudah dikeluarkan luangkan sikit waktu lagi buat uji cuba pengapian coil plug.Buang kepala plug,dekatkan cable coil ke permukaan enjin/body,buka suis dan tendang penyetat lihat sama ada akan ada api terhasil atau tidak, jika keputusan positif makanya pasanglah plug baru itu.

Tukar minyak hitam 


Ini tidak wajib tapi sebagai pelengkap dan persedian untuk menggunakan terus motor itu jika ia berjaya dihidupkan.Tapi andainya motor itu tak begitu lama disimpan dan minyak hitam pun masih baru ditukar sebelum ini maka tak perlulah menukar minyak hitam itu.Tapi jangan lupa check paras minyak hitam juga kerana enjin berjalan dengan minyak hitam kurang boleh mengakibatkan kerosakan komponen dalam enjin.

Ok,siap 5 perkara di atas anda bolehlah juga tendang engkol bagi motor gear atau picit butang starter bagi motor matic untuk hidupkan enjinnya.

Tambahan lain:jika motor 2-stroke perhatikan pada minyak 2t nya,pasti masih ada atau lebih baik tukar kepada 2t baru.Periksa juga pump 2t harap tidak bermasalah,baik alirannya.



Jika tidak ada masalah lain insyallah enjin akan hidup dalam beberapa tendangan/starter sahaja.

Sesudah hidup biarkan beberapa minit dalam keadaan idle supaya minyak hitam mengalir ke semua bahagian dalam enjin itu.Akhir sekali sebelum berjalan eloklah diperiksa brek,angin tayar,regangan rantai dan juga lampu-lampu supaya perjalanan anda selamat dan selesa.sekian.




Tiada ulasan: