Blok longgar motor tak mahu hidup



Ok hari ini ceritanya saya baiki sebiji motor skuter V100 yang sudah agak lama bertapa depan rumah tuannya.Mungkin timbul rasa mahu pakai balik motor tu jadi tuan empunya menolak motor beliau ke bengkel saya untuk diperbaharui.Jadi seperti biasa langkah untuk menghidupkan motor yang sudah lama tersadai,lalu saya pun periksa lah bahagian enjinnya satu persatu..

Mula-mula check api,buka plug tengok..api tak ada.Kemudian check coil dan dapat kesan yang coil magnet tak keluar api.Jadi satu barang perlu diganti untuk permulaan kerja menghidupkan semula motor retro yang sudah lama tersadai ini.

Setelah pergi beli,siap pasang dan masa untuk cuba start hidupkan enjin.Satu kali start tak mahu hidup,dua kali tak hidup juga akhirnya sampai berpeluh dan macam-macam cara keluar barulah hidup Suzuki v100 lama itu.Ok lah lega sikit rasa hati sebab motor sudah hidup walaupun asap berkepul macam orang sembur nyamuk..haha

'Kusangkan panas sampai ke petang tapi rupanya hujan ditengah hari'..ibarat pepatah melayu.Bila enjin dimatikan balik,sekali lagi mahu hidupkannya..sudahh..tak mahu hidup dah..lagi sekali kena kerah tenaga..

Hidup lagi..mati lagi..macam itu juga jadinya sampai berulang kali.

Sebenarnya di awal lagi sudah dapat kesan yang enjinnya tak ada compression tapi mahu cuba dulu..dan terpaksa lah akhirnya mengaku kalah lalu si mekanik ini terpaksalah membuka keluar bahagian Top Overhaul skuter V100 ini untuk periksa apakah penyebab enjin ini hilang compress.

Sudah siap buka semua head blok dan nampaklah ada kesan-kesan jammed pada bloknya.Tak begitu parah tapi ada kesan jammed..

Gambar Blok longgar
Gap ring piston terlampau luas


Teliti punya teliti saya berpendapat blok motor skuter ini perlu di rebore walaupun kesan calar pada blok tak begitu serius tapi nampaknya blok tu sudah longgar.Tambah lagi kos baiki si empunya..

Ok,blok sudah rebore pasang balik..preng..peng..peng..peng...3 kali penyetat kaki,hidup cantik enjin motor v100 ini.Timing pun cantik..

Mahu dengar suara enjinnya,tonton video ini..

Video ini hanya di baikimotor.com


Cuba matikan balik enjinnya,start balik..alhamdulillah..sudah ok!
Selesailah masalah tadi dan v100 lama tersadai sudah boleh ditunggang balik kesana kemari..wassalam

Tiada ulasan: