Auto shoe Yamaha SRL-110

Gambar clutch lagenda

Jual alat ganti clutch motor Yamaha lagenda/SRL 


MarmanWorkshop- Sebiji motor Yamaha lagenda masuk bengkel saya hari ini sebabnya masalah motor  jadi tak ada clutch macam motor Yamaha Y80 jadinya .Tapi Y80 masuk gear tak mati,yang ini mati.Selanjutnya untuk membaiki motor ini maka saya pun buka la bahagian clutch dia.

Bila sudah buka nampaklah penyebab masuk gear mati,rupanya auto shoe Yamaha lagenda ini hancur berkecai,spring auto putus,tiangnya tercabut,habis total lost.

Gambar auto clutch motor


Memandangkan bajet owner motor ni pun tak besar jadi barang gantinya saya cari yang murah saja tapi kira boleh guna dan bagus juga lah..made in Taiwan.Untuk pengetahuan anda kalau mahu pakai alat ganti alternatif pilihlah buatan Taiwan kerana buatannya adalah lebih baik dari negara lain yang tak perlu disebut,itu pendapat saya.

Ok,motor sudah siap petang tadi,masalah clutch sudah selesai,jalan pun sedap tak ada masalah,pickup ok tapi macam ada bunyi auto sikit.Biasalah sparepart murah mana boleh setanding sparepart original..

Gambar auto shoe
Auto shoe 

Gambar clutch damper housing
Damper

Gambar filter ratory Yamaha
Filter ratory



Clutch auto shoe untuk motor Yamaha SRL-110 /lagenda model lama buatan Taiwan dengan harga murah boleh dibeli online bersama MarmanWorkshop jika mahu.
Auto shoe lagenda dijual dengan harga
RM 68 pada tarikh ini.Alat ganti berkaitan ialah filter rotary original Yamaha Thailand RM22 dan clutch housing damper(getah rebet clutch) bukan OEM RM15.Contact MarmanWorkshop sekarang untuk dapatkan produk sparepart ini-tq support!




Tiada ulasan: