Auto clutch rosak motor jadi berat


Salam,ok fungsi auto clutch saya sudah ceritakan dalam video YouTube channel Motor Ayam dan hari mari kita lihat macam mana rupa auto clutch rosak.

Gambar mangkuk auto
Mangkuk clutch auto 


Video 


Auto clutch ada dua bahagian utamanya iaitu auto shoe dan mangkuk auto.Ini adalah sistem auto clutch yang biasa terdapat pada motor.Kerosakan berlaku pada salah satu komponen clutch itu akan membuatkan motor jadi berat semasa berjalan,pickup kurang dan ia terkesan sekali bila naik bukit atau dengan muatan berat,motor seakan-akan tak mahu berjalan.Itulah antara kesan atau tanda-tanda auto clutch rosak.

Antara auto shoe dan mangkuk auto yang paling sering kita tukar ganti ialah mangkuk auto.Ini kerena ia adalah paling cepat rosak atau haus pada permukaannya.lihat saja pada gambar di atas,garis jalur itu menunjukkan ia telah rosak.

Cara untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi itu setelah clutch auto rosak ialah dengan menukar ganti ia kepada baru dan motor anda kembali bertenaga seperti sediakala.Seperti biasa saya syorkan gunakan alat ganti berkuali,lagi bagus gunakan alatganti motor original sebabnya ia tahan lama dan prestasi juga bagus.

Tiada ulasan: