Berapa CC motor lepas tukar block racing




Gambar ukur block racing 56mm


Salam,
Cc (cubic centimetre ) ialah nilai yang digunakan untuk menyatakan jumlah isipadu dalam block cylinder yang terpasang pada sesebuah enjin motor atau kereta.Lebih besar cc bermakna lebih banyak bahan bakar boleh tersimpan dalam block sebelum dibakar untuk menjana kuasa enjin yang lebih besar.

Seperti selalu yang perlu dibuat untuk meningkat kuasa enjin supaya motor lebih laju ialah dengan menggunakan block dengan bore lebih besar dari standard dikenali dengan nama blok racing,contohnya blok racing 53mm untuk motor Honda ex5 atau block racing 62mm Yamaha lc135.




Kerja modifikasi ini akan merubah cc asal motor masing-masing contoh dari 100cc menjadi 110cc atau lebih lagi.Peningkatan cc berlaku apabila lubang blok (bore) dibesarkan atau lagi panjang jarak pergerakkan piston dari atas (t.d.c) ke bawah (b.d.c) dalam cylinder block itu.

Formula kira cc


Cara kira cc enjin


Sebenarnya adalah lebih seronok seandainya kita tahu berapakah cc motor dapat ditingkatkan dengan menukar sebiji blok racing.Pengiraan atau cara kira cc enjin motor dengan satu piston/satu selinder dikira dengan satu formula seperti dibawah.

Pi ÷ 4 x bore x bore x stroke ÷ 1000
Pi = 3.141593

Itulah formula yang digunakan untuk mengira cc enjin,untuk lebih jelas baik kita lihat satu situasi ini.

Motor saya ialah Honda ex5 100 cc dan saya mahu buat motor saya lebih laju jadi saya mengambil keputusan untuk menukar block asal ke block racing 56mm.Setelah mengukur diameter bore dan panjang stroke block itu hasilnya adalah seperti ini

Bore=56.5mm
Stroke=51mm

Jadi langkah pengiraan untuk mengetahui cc motor saya sekarang adalah;

3.141593÷4x56.5x56.5x51
÷1000

Calculator

Hasil= 127.8665657417

Bundarkan ke angka terdekat

Hasil=128cc

Nah,sekarang saya telah dapat keputusannya iaitu 128cc dan bermakna 28cc dapat saya tingkatkan cc motor ex5 saya dari 100cc.

Tonton video ini




Cakap pomen motor " semudah itu saja cara mengira cc enjin motor,berharap anda juga dapat mengetahui cc motor anda sekarang setelah menukar block racing.ok,setakat itu saja sharing artikel kali ini kita bertemu pada kesempatan lain pula..
 Wassalam ".


Tiada ulasan: