Spark Plug hitam punca motor semput

Gambar spark plug hitam


Spark plug atau palam pencucuh berfungsi sebagai penyala api untuk membakar minyak + udara bagi membolehkan enjin hidup dan menggerakkan motor.Bagi mekanik spark plug itu itu dapat mencerminkan bagaimana cara enjin motor anda bekerja dari segi kondisi iaitu samada baik atau tidak baik.Contohnya spark plug anda berwarna hitam adalah kesan dari pembakaran yang tidak sempurna.

Biasanya motor dengan spark plug hitam anda boleh kesan semasa anda menunggang lagi.Tanda-tanda yang akan kelihatan adalah seperti enjin selalu mati(tak ada timing) selepas dibiarkan beberapa minit dalam keadaan idle/melahu/tanpa main throttle.Semasa berjalan pula motor terasa tersengguk atau semput pada kelajuan rendah,biasanya.Terakhir sekali iaitu semasa keadaan semakin parah ia menyebabkan enjin mati dan motor tak boleh start (spark plug mati/plug 'kong').

Sebenarnya punca spark plug hitam agak rumit untuk dinyatakan secara total.Motor itu perlu dibuat pemeriksaan menyeluruh dari segi sistem nyalaan seperti Cdi,coil magnet serta coil plug,karburator,ekzos (motor 2-stroke) dan juga bahagian dalaman enjin.Tapi di bawah adalah asas ciri warna plug hasil dari kesan kerosakan pada beberapa komponen enjin tertentu;

Spark plug hitam berkarbon

Gambar plug berkarbon


Spark plug berkarbon hitam selalu menunjukkan pemasalahan pada karburator termasuk sistem penapis udara,atau berlaku apabila cdi rosak,coil plug atau coil magnet yang rosak.Cara atasi masalah ini adalah dengan melakukan servis biasa pada bahagian karburator atau menukar ganti coil yang rosak itu.

Spark plug hitam berair petrol


Ini adalah lanjutan dari masalah di atas bererti berlaku setelah keadaan sudah parah.Keadaan plug hitam itu kini kelihatan berair,dan apabila dihidu ia adalah petrol.
Selain dari yang sudah dinyatakan itu ia juga berpunca masalah karburator banjir/overflow atau kebocoran injap enjin.

Larasan karburator yang tidak tepat juga punca kenapa plug berair petrol.Ini khas berlaku pada motosikal yang dibuat modifikasi.Penukaran jetting dapat baik pulih masalah ini.

Spark plug berminyak hitam

Gambar spark plug berair


Pada motor 4-stroke ia adalah akibat masalah seal penghalang minyak hitam rosak seperti Valve Seal,Ring Piston atau juga berlaku selepas gasket head pecah.Plug kelihatan berminyak kerana minyak hitam yang lolos ke ruang atas kepala piston itu tidak terbakar oleh api spark plug.lama kelamaan ia mengakibatkan  plug shot (plug mati).

Bagi motor 2-stroke pula ia adalah berpunca dari seal di dalam enjin.Oil crankshaft bocor atau pecah ialah penyebab minyak hitam masuk ke ruang bakar enjin bercampur bersama dengan petrol.Enjin perlu dibuka untuk menggantikan oil seal.

Pilih Spark Plug yang baik supaya tidak rugi

Gambar spark plug yang baik

Kerugian sekali bila plug menjadi hitam ialah boros minyak petrol dan jangkahayat plug lebih singkat.Kesan lain lagi ialah kehilangan kuasa enjin (motor tak laju) dan hilang keselesaan semasa menunggang kerana masalah yang diterangkan seawalnya tadi.

Spark Plug berwarna hitam juga terjadi kerana pemilihan  spark plug yang tidak bersesuaian,yang paling utama sekali kod nombor plug itu.Kalau plug yang di cadangkan untuk motor anda adalah NGK C6,penggunaan plug C7 boleh mengakibatkan hujung plug jadi hitam.Ini kerana spark plug C7 adalah lebih sejuk dari C6.Biasanya plug lebih sejuk sesuai untuk motor yang selalu 'kerja keras'.Spark plug yang terbaik sekali untuk motor ialah 'recommended' dari pengeluar motor anda kerana pilihan kurang tepat akan mengganggu sistem enjin kadang menjadi punca kerosakan teruk.


Cakap Pomen Motor "
Jadi eloklah dihantar servis jika motor anda plug sudah jadi hitam kerana ia adalah petanda gangguan pada sistem operasi motor anda".




Tiada ulasan: