Punca minyak hitam bocor bawah enjin motor


Gambar enjin bocor minyak hitam

Enjin motor bocor minyak hitam dan cara atasinya


Bila terpandang ada minyak hitam minitik dari motor anda bermakna enjin motor anda ada mengalami kebocoran minyak hitam.Ia juga merupakan salah-satu punca minyak hitam berkurangan yang boleh menyebabkan berlakunya kerosakan serius pada enjin.Oleh sebab itu masalah ini tidak boleh dianggap remeh bagi setiap pengguna jika inginkan motor kekal dalam kondisi baik.

Awalnya masalah minyak hitam bocor ia dapat dikesan dengan melihat kesan leaking pada tempat tertentu pada enjin seperti pada bahagian diantara block dan head cylinder pada bahagian cover clutch atau pada bawah enjin.Lanjutan daripada itu iaitu setelah keadaan bertambah kritikal barulah kelihatan enjin basah minyak hitam dan kelihatan minyak mula minitis dari bawah enjin sehingga meninggalkan kesan tompokan minyak hitam di tempat parking motor itu.



Minyak hitam keluar dari celah gasket serta oil seal


Gambar gasket enjin motor

Punca motor bocor minyak hitam sebenarnya adalah disebabkan kerosakan pada penutup celahan enjin iaitu gasket,oil seal atau oil ring.Gasket adalah sebagai penempal pada tempat penyambung setiap bahagian enjin dan oil seal serta oil ring sebagai penampal pada ruangan bulat seperti pada engkol penyetat kaki,gear lever dan sebagainya.


Gambar oil seal enjin motor


Bocor minyak hitam berlaku juga melibatkan kes skru atau penutup minyak hitam longgar dan kadang ia berlaku disebabkan ada keretakan pada bahagian enjin (terlanggar sesuatu).Lagi satu perkara yang tidak disangka berlaku ialah setelah isian minyak hitam baru telah kelihatan minyak hitam keluar dari kotak angin dan membuatkan bahagian luar enjin berminyak,ini sering berlaku pada motosikal keluaran Yamaha contohnya Lagenda 110 dan puncanya sudah tentu isian minyak  telah melebihi sukatan standard.

Mahal ke murah kos repair enjin bocor minyak hitam 


Mahal atau murah kos repair bocor minyak ini bergantung kepada dimana bahagian yang keluar minyak hitam itu.Biasanya jika ia berpunca daripada Oil seal dan oil ring luaran seperti starter oil seal,gear oil seal atau sprocket oil seal ia adalah murah.Tapi jika minyak keluar disebabkan gasket pecah pada bahagian depan enjin,kos membuatnya adalah lagi mahal kerana motor anda perlu dibuat top overhaul dan lagi mahal jika gasket tengah enjin bocor kerana enjin perlu dilerai habis (full overhaul ).
Boleh cek kos tukar gasket oil seal anggaran

Cakap Pomen Motor " masalah enjin minyak hitam perlu ditangani segera sebelum minyak hitam kering dan risiko kerosakan lebih serius bakal berlaku ".





7 ulasan:

Hans berkata...

terima kasih atas perkongsian
dah selalu naik motosikal pergi mana2
hehee

Repair Motor berkata...

Sama-sama,alhamdulillah..

Unknown berkata...

Baru dapat baca artikel... Banyak kena tipu jer masa service motor... Masuk 2 tahun stgh... Bila trkena spark plug tercabut mletup d tgh jalan... Ggelung kat blok da loss.. Eemm... Untuk cc 110 saiz apa yg sesui spark plug.. Mohon bantu..

Iskandar Nasir berkata...

Salam tuan..begitu bagus sekali ada jugak blog mcm ni..idea yang bernas tuan...inilah mekanik yang bijak dan celik IT dan pandai mengunakan apa yang ada pada zaman ni..maknanya tuan ni jenis mekanik yang mampu berfikir di luar kotak...tuan mohon lawati blog saya di atpresealmalaysia.blogspot.my ada pencari penyelesaian bagi saudara2 kita yang kurang budjet nak buat topoverhaul tu. Lagi2 nak dkt raya pulak tu ..hehe terima kasih...

Mad Malaysia berkata...

Walaikumsalam

Terima kasih kerana sudi ke blog ane juga atas pujian yang diberikan..ini buatkan kami lebih bersemangat berkarya dan memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang ada..
Insyalah ane akan mampir ke blog sedara

Che Wan Ruzil berkata...

Assalamualaikum,

Motosikal modenas kriss saya baru2 ini mengalami masalah semput2 dan akhirnya tidak boleh dihidupkan dan setelah diperiksa oleh pomen dan minyak enjin dikeluarkan, minyak hitam yg keluar berwarna seakan kelabu cerah dan berketul ketul akibat bercampur air. Adakah kerosakan oil seal ini juga punca mengapa air boleh masuk ke dalam enjin?

wak Benut berkata...

Motorsaya n250sl...kenapa head sebelah kiri boleh leaking,ada juga bunyi ketukan bila kelajuan mencapai 90kmh.dan ada leaking pada crank casing.bolehkah crank leaking ataupaun hanya skrew bwh utk buang minyak hitam je yg leaking..dah setahun paking