Rim sport atau besi mana lebih baik untuk motor

Gambar sport rim racing boy



Perbandingan kebaikan dan kelemahan 3 jenis rim untuk motor 



Ok, nak tukar rim roda motor pakai jenis apa yang elok sekali.Jenis rim yang boleh ditukar ganti untuk motor kita ada pelbagai jenis,di antaranya


  • Rim besi 
  • Rim Sport
  • Rim Alloy 



Rim besi adalah rim asal motor banyak sekali digunakan pada motor keluaran lama,motor cc kecil atau motor off road.Bingkai Rim ini diperbuat daripada besi bersalut aluminium menjadikan ia lebih tahan bengkok.Tapi masalahnya orang tak suka rim ni adalah disebabkan ia mudah berkarat tambahan lagi jika malas cuci.Kelebihan lain ialah ia menggunakan jejari/lidi yang boleh ditukar ganti dan inilah jenis rim motor yang paling murah.


Rim Alloy 


Gambar rim Alloy


Alloy rim atau rim alloy memang popular dikalangan 'budak-budak motor' sebabnya mereka mahukan rim yang lebih ringan supaya motor mereka lebih laju.Selain itu rim alloy juga kelihatan cantik dipandang dengan warna yang pelbagai pilihan.Rim ini juga menggunakan lidi (spoke) yang boleh di tukar ganti.Kelemahan rim alloy adalah ianya mudah bengkok jika dibanding dengan rim besi yang lebih tahan lasak.Apapun ketahanan rim Alloy bergantung kepada mutu pembuatan dari 'brand' itu sendiri.

Rim Sport 


Gambar sport rim motor


Sport Rim adalah rim yang paling anggun dan bergaya untuk roda motor anda.Biasanya ia diperbuat daripada bahan aluminium,magnesium,cast alloy  atau bahan campuran sepertinya.

Design sport rim yang cantik dan popular ialah seperti Sport Rim 3 batang,5 batang atau 7 batang yang boleh diguna pakai untuk kelihatan cantik.Sport Rim pilihan budak motor biasanya sport rim original atau asal motor seperti sport rim  enkei  3 batang Yamaha  125z,Rim Suzuki  Gto atau sport rim Kawasaki  AR dan banyak lagi.



Sumber gambar; sport murah Facebook 




Anda juga boleh dapatkan sport rim di kedai seperti jenama sport rim dalam negara yang meningkat naik semasa ini iaitu Racing Boy.



Kekurangan kebanyakan  Sport Rim ialah agak berat  jika dipadankan pada motor cub cc kecil terasa motor sikit kurang laju..:) dan lagi harga Sport rim motor agak mahal(paling murah semasa ini RM 150 -rim kosong tanpa bearing) dan kadang lebih mahal daripada harga Rim Alloy(RM40- 1 rim kosong paling murah)  dan lagi bagi sport rim murah bahagian 'hub'(tempat bearing) cepat rosak.



Kelebihan sport rim pula ialah anda dapat menggunakan tayar tubeless dan ia lebih stabil semasa 'Cornering'.Oleh kerana itu ia di gunakan pada mesin-mesin lumba trek di Motogp seumpanya.Rim paling terkenal dunia ialah Marchesini Rim keluaran Italy.

Kasimpulannya,apa saja jenis rim yang anda pakai adalah terserah pada mata anda yang melihat tapi biarlah beli dan guna rim yang berkualiti supaya kekal tahan lama.Happy riding...


Tiada ulasan: