ninja 4t 400cc kawasaki baru 2018

Gambar ninja

Motor baru kawasaki baru 2018

Lagi motor baru variasi ninja,kali ini yang sedang-sedang saja dari kawasaki untuk pasaran 2018.Kawasaki ninja 400cc dijana dengan enjin 4t/4-stroke,6 kelajuan berserta injeksi (Fi) sebagai penyuap bahan-api sepertimana kebanyakan model baru abad ini.

Motor baru Kawasaki ini sebenarnya diinspirasi oleh model yang menggegarkan dunia permotoran sebelum ini,abangnya iaitu Ninja H2r.Lihat saja kepak (Chin-Spoilers) yang terletak di bahagian depan,bawah lampu itu.

Gambar Kawasaki ninja 400cc
Spesifikasi Kawasaki ninja 400
Enjin4 lejang,2 silinder,Dohc,399cc
sistem penyejukpenyejuk cecair
Gerek×lejang70.0×51.8mm
nisbah mampatan11.5.1
Transmisi6 kelajuan
Suspensi depanfork teleskopik
Suspensi belakangswing arm boleh laras
Isi tangki3.7 g
Tayar depan110/70×17
Tayar belakang150/70×17
PengeluarKawasaki

Kelebihan Kawasaki ninja 400cc

Rupa yang menawan motor kawasaki 400cc ini tidak cukup sebenarnya untuk memaksa anda membeli,dan pihak kawasaki sedar akan kenyataan itu lalu mereka memerangkap dengan tawaran lebih istimewa iaitu dengan sistem Assist & Slipper Clutch!
Sebelum ini hanya Superbike sahaja menggunakan sistem clutch jenis ini,tujuannya untuk memberi kelicinan semasa pertukaran gear dan kelebihan yang nyata ialah semasa anda ‘drop gear’ memasuki selekoh tanpa bimbang roda akan terkunci.Berangan sekejap la kita jadi Velentino Rossi..:)

Gambar rangka ninja

*Rangka  jenis Trellis,besi berketegaran

Kesesuaian penunggang dan ciri keselamatan

Penyesuaian penunggang dengan motor baru bakal dibeli adalah penting supaya nanti tidak kekok mengendalikannya.Jadi anda sesuai dengan Ninja 400 ini.

  • Tinggi tempat duduk- 30.9 inc.
  • Kelegaan bumi- 5.5 inc.
  • Tinggi keseluruhan- 44.1 inc
  • Panjang keseluruhan- 78.3 inc
  • Lebar keseluruhan- 28 inc
Play video -top speed ninja



Terakhir dari kawasaki untuk ninja 400cc 2018 untuk keselamatan anda,mereka lengkapinya dengan sistem brek ABS,satu piring disc 310mm pada bahagian roda  depan,220mm disc brek belakang.

Leave a Comment

You cannot copy content of this page