Enjin motor hilang compress perlukah overhaul



Salam,hal yang paling membimbangkan para pengguna motor bila enjin motor hilang 
compress atau compression yang bererti hilang tekanan mampatan dalam enjin,kerana apa yang yang diketahui bila masalah ini timbul ialah enjin tu perlu dibaik pulih semula.Tentunya motor 4-stroke anda tidak perlu dibuat Overhaul sebaliknya hanya Top Overhaul  kerana hal yang berlaku hanya pada bahagian komponen enjin atas seperti piston,ring,head block.Kecuali masalah pada gigi gear di dalam enjin seperti yang selalu berlaku pada sesetengah jenis motor,akan perlu dibuat Overhaul tapi itu bukan masalah compression hilang sebenarnya cuma kelihatan seperti ia.

Gambar gear lus
Gear dalam


Enjin motor hilang compress dikesan bila anda start kaki terasa kosong jika keadaan sudah kritikal.Jalan penyelesaiannya ialah dengan melakukan top overhaul tapi sebelum tu ada beberapa langkah untuk mengenal pasti puncanya.

Hal pertama mekanik perlu periksa pada bahagian clutch.Clutch lus,ngelos juga kelihatan seperti enjin hilang compress,ini kerana penyetat akan pergi ke bahagian gigi clutch dahulu sebelum ke crankshaft untuk mula menghidupkan enjin.Hal ini pasti punca sebenar masalah anda jika sebelum ini ada tanda-tanda seperti motor agak malas bergerak daripada biasa dan kadang di waktu pagi (enjin sejuk) penyetat jadi kosong atau 'sekat-sekat'.Jika benar,hati anda akan lebih tenang sikit la kiranya sebab anda hanya perlu keluarkan kos untuk tukar clutch plate baru sahaja tak perlu top overhaul :)



Hal yang kedua masih lagi pada bahagian clutch iaitu masalah clutch tinggi.Biasanya kejadian ini berlaku setelah beberapa hari baru menukar clutch plate.Cara menyelesaikan masalah ini ialah dengan melaras,setting kembali nut clutch di sebelah luar enjin itu.

Ketiga,spark plug longgar.Compression bocor melalui ruang pada spark longgar juga penyebab penyetat jadi kosong dan enjin tak boleh hidup.Jarang berlaku tapi tetap berlaku kerana  kurang keketatan semasa pemasangan plug.

4-Bagi motor 4-stroke,check keketatan valve

Cakap Pomen Motor:"
Setelah semua proses itu anda sudah buat maka barulah terus membuat top overhaul.Disini anda akan lihat apa punca yang menyebabkan motor anda hilang compress,mungkin  disebabkan masalah valve bocor,Valve bengkok,ring piston sangkut atau piston bocor.Juga hal kecil berlaku tanpa disedari ialah masalah gasket pecah dan juga jangan terlepas pandang pada hal yang tak disangka seperti Kick Starter lus rosak.Ok harap anda dapat sesuatu pada di sini dan jika ada keraguaan boleh nyatakan di ruangan komen ya.Salam jumpa lagi."

9 ulasan:

Muhammad Hanif Abdul Aziz berkata...

Masalah clutch tinggi tu mcm mana boss

Repair Motor berkata...

Clutch tinggi sikit tak apa bos jangan tiggi banyak takut tertekan clutch..nanti jadinya enjin macam habis clutch atau penyetat jadi loose..

Noor Khairul berkata...

salam admin nk tny motor sy lc 5speed kerap sgt mse tgh tunggang power hilang,enjin blow n trus mati bila meter lbih 100.ad kena mengena dgn valve juga ke?tlg admin bntu sy cri punca jd mcm ni

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam

Biasanya masalah karburator saja bos..kena bagi minyak cukup support

mohd.hizran mohd.hizran berkata...

LC135 saya selalu tersengguk2 pada speed 100km/h ke atas.. Kenapa ya boss?

Nazmil Namli berkata...

Salam admin. Saya baru habis top overhaul.. Tapi, motor saya masih ada keluar asap tipis lagi.. Nak tau apa punca nya tu ya? Tq

Unknown berkata...

asalam boss nk tnya sikit... kalau kriss110 sy tidak dpt masuk gear.. apa masalah tu arr

Unknown berkata...

boss nak tnya sikitt... kalau kriss110 tidak dpt masuk gear.. apa masalah tu?

Unknown berkata...

Assalam boss...saya pakai motor kriss 110..hari tuh baru tukar clutch plate...bile masuk highway je moto jadi takda power...motor meneran...gear 1 pon tak pergi...mohon penjelasan