3 motor Superbike replika Motogp

Motogp ke jalanraya



Pada masa sekarang pengeluar motosikal semakin menggila,tak puas berlumba di litar kini mereka lebih advance, menerapkan teknologi motor litar lumba mereka ke atas model Superbike jalanan milik mereka.

Kita biasa dengar nama-nama besar pelumba handalan di arena lumba Motogp seperti Valentino Rossi,Marc Marquez dan Andrea Dovizioso gah menunggang jentera masing-masing sambil mengasah 'pad lutut' pada sudut miring motor yang keterlaluan,ber-Willie keluar dari selekoh,memecut dalam kelajuan 300km/j dalam jarak kurang 1 kilometer, membrek semula dalam jarak 250 meter berjaya menurunkan kelajuan  dari 300 ke 100km/j sebelum sebelum 'libas' lagi untuk  selekoh yang seterusnya.Sungguh  tidak terjangkau kemampuan sebegini pada sebuah motor jalanraya melainkan dengan teknologi Motogp yang hebat itu.

Kini semua itu dapat dirasai oleh kita sendiri setelah 3 pengeluar motor ternama dunia mengklon motor lumba mereka kepada versi jalanan.Ini bermakna sesiapa sahaja boleh membelinya jika berkemampuan dan ini bukan bohong melainkan benar belaka.Mari kita lihat 3 motor lumba Motogp kepada versi jalanan.

Desmosedici RR


Gambar Ducati Desmosedici


Pertama- Ducati Desmosedici yang ditunggang oleh Andrea Dovizioso pada musim lepas dan beberapa kali menang di litar  Motogp.Namun replika Desmosedici ini adalah ketika era Lorris Capirossi yang dianggap 'monster' di litar Motegi Japan bersama Ducati tunggangannya.

Ducati Desmosedici untuk jalanraya ini telah diumumkan di litar Misano yang mana 1500 buah replikanya  bervolume rendah bersedia untuk tempahan pembeli bermula Jun 2006.

Pengeluaran RR Ducati Desmosedici bermula pada bulan Oktober 2007 hingga Disember 2008, dan pesanan pelanggan pertama dihantar dari Januari 2008.Dikenali sebagai Desmosedici RR,RR bermaksud(Racing Replica), ia adalah replika Motogp pertama yang boleh digunakan oleh pengguna awam di atas jalanraya.

Gambar Ducati Motogp


Harga runcit pada ketika ia diperkenalkan dulu sekitar US $ 72,500 dan GB £ 40.000. Harga ini lengkap dengan pakej jaminan 3 tahun dan servis, cover, dan kit perlumbaan termasuk sistem ekzos lumba(race-only),slip-on muffler,aturan bahanapi  pemetaan ECU perlumbaan. Lain-lain lagi adalah termasuk 'sticker' penaja yang  rim magnesium yang ditempah, Desmosedici RR adalah motor awam pertama yang menggunakannya.Jika di buang aksesori seperti cermin sisi,di tutup lampu depan atau nombor plate belakang dibuang maka jadilah ia Ducati Motogp sesat di atas jalanraya..


http://m.ducati.com/bikes/desmosedici_rr/desmosedici_rr/2008/tech_spec.do

Honda RC213V-S

Gambar Honda 213vs



Marq Marquez telah dinobatkan selaku juara Motogp 2017 menjadikan ia adalah kali 4 dia menjuarai perlumbaan motosikal kelas atasan itu dengan mesin Honda RC213V.Kemenangan itu menggambarkan betapa unggulnya mesin itu di trek lumba.

Gambar Honda motogp


Kini versi jalanannya RC213V-S sudah mula menemui pemiliknya tanpa disedari bermula Julai 2015 lagi. Harga yang ditawarkan ialah sekitar €188,000 (RM890,000) di Europe.


Motor ini adalah replika lumba paling hampir sekali dengan model asal di Motogp.Hanya beberapa perkara sahaja yang telah dilaras sedikit supaya sesuai di tunggang di jalanraya tak kira tempat,masa siang atau malam.Sudah tentu pemasangan kelengkapan sama seperti motor Superbike yang lain seperti lampu depan belakang,nombor plate itu adalah wajib.Dari prestasi pula perbezaan kuasa kuda di antara RC213V (Motogp) dengan RC213S-V (atas jalan) ialah sebanyak 93hp tapi jika anda rasa kurang laju,anda boleh tambahkan kelengkapan perlumbaan supaya motor yang berkuasa 157hp itu boleh meningkat ke 212hp.

Gambar Spesifikasi motogp

http://world.honda.com/news/2015/2150611eng-rc213v-s.html

YZF-R1M 2018 

Gambar motor Yamaha 2018



Yamaha M1 adalah motor tunggangan lagenda lumba Motogp- Valentino Rossi.'The Doctor' telah memenangi 9 kejuaraan dunia dan 4 kali kejuaraan adalah bersama mesin M1 Yamaha itu.

Walaupun agak lambat sedikit untuk mengikuti 'idea gila' pesaingnya,di tahun 2018 ini barulah pengguna awam akan dapat merasai teknologi motor lumba Motogp keluaran Yamaha di atas jalanraya.

Diinovasi dari M1 kini YZF-R1M adalah motor Yamaha yang paling canggih, dan teknologi canggihnya membolehkan anda terus membawanya ke litar lumba tanpa di ubahsuai.

Gambar Yamaha motogp


Kelengkapan yang di tawarkan adalah seperti Unit Pengukur Inersia (IMU)- kawalan tepat terhadap daya tarikan, gelinciran,roda depan terangkat,brek lepas di mana ia boleh anda analisis melalui data pada smartphone anda.Elektronik saspensi perlumbaan  (ERS) dengan kawalan penyerap yang lebih baik memberikan pengendalian kukuh.

YZF-R1M 2018 dengan enjin crossplane 200 hp, QSS dinaik taraf dengan upshift dan downshift - serta ECU baru dan kerangka badan karbon benar-benar menjadikan YZF-R1M membawa teknologi  MotoGP YZR-M1 kepada pemilik persendirian.

https://m.yamaha-motor.eu/uk/products/road/motorcycles/supersport/yzf-r1m/

Itulah 3 jenis motor Superbike replika Motogp  yang boleh anda miliki untuk kegunaan jalanraya biasa atau terus menuju ke trek lumba pada hujung minggu pada masa sekarang.Bagaimana dengan Suzuki atau Aprilia dan yang lain? Kita tunggu dan lihat di masa terdekat ini.

Tiada ulasan: