2018 NINJA H2 motor jalan jauh dari Kawasaki


Gambar Kawasaki ninja H2

Kawasaki ninja H2 sx se 2018



Sebuah lagi kemunculan motosikal baru yang berkuasa dalam Sport Touring daripada Kawasaki yang di pamerkan di Pemeran Motosikal antarabangsa EICMA di Milan pada awal November lalu.Ninja H2 sx dan H2 se suatu pembaikan model terdahulu  H2R.Kawasaki masih setia menggunakan teknologi Supercharge ke atas motor baru 2018 mereka ini namun dengan sedikit talaan semula juga pengubahsuian pada bahagian tertentu seperti kebuk pembakaran,Camshaft,
injap masuk dan injap keluar.

Gambar Ninja H2 2018



Kawasaki ninja H2 baru ini agak kurang berkuasa dari raksaksa H2R dengan penurunan 100  menjadi 200 kuasa kuda,terpaksa dikorbankan untuk menjadikan mesin 2018 ini lebih mesra penunggang dan nyaman untuk perjalan jauh.20psi boost Supercharged menjadikan kuasa H2 se/sx ini lebih linear,jimat bahan api lebih jauh jarak isian semula tangki yang boleh memuatkan petrol sebanyak 5 galon.



Spesifikasi Kawasaki Ninja H2 sx se
Enjin 4 lejang,4 selinder,Dohc,4 valve,Supercharged
sistem penyejuk penyejuk cecair
Gerek×lejang 79.0x55.0mm
nisbah mampatan 11.2:1
Transmisi 6-kelajuan pusing balik
sistem bahanapi DFi 40mm throttle bodies(4) dual Fi,digital
Saspensi depan 43mm inverted fork
Saspensi belakang New Uni-Trak,spring boleh laras
Isi tangki 5.0 galon
Tayar depan 120/70zr17 (58w)
Tayar belakang 190/55zr17 (75w)
Pengeluar Kawasaki

Gambar 2018 Kawasaki ninja H2





Kurang kuasa bukan bermakna boleh dikurangkan nilai sistem keselamatan,H2 sx/se ini dipadankan dengan 2 brek disc 320mm KIBS ABS dibahagian depan dan pada roda belakang menggunakan 1 piring disc 250mm bersistem KIBS ABS.
Tidak cukup dengan Itu Kawasaki menawarkan beberapa pakej dari segi  kawalan pengendalian elektonik;

  • Kawasaki Corner Management Function (KCMF)
  • Kawasaki Traction Control (KTRC)
  • Kawasaki Launch Control Mode (KLCM)
  • Kawasaki Intelligent anti-lock Brake System (KIBS)
  • Kawasaki Engine Brake Control
  • Kawasaki Quick Shifter (KQS) (upshift & downshift)
  • Öhlins Electronic Steering Damper, Cruise Control, LED Corning Lights



Sebagai Super Touring,kotak barang adalah tidak asing baginya dan pada H2 kelihatan amat rapi rekaannya juga sepadan.2 kotak disebelah sisi ninja H2 bukan bererti ia tidak boleh mengekori Superbike seperti saudara kembarnya Ninja Zx-10r..jika anda berani..aah tak usah di cerita lihat saja video di atas.

Akhir sekali,sudahkah anda bersedia untuk memiliki Ninja H2 terbaru 2018 ini? Jika sudah bolehlah dicuba lihat lebih dekat lagi dengan motosikal hebat dari Kawasaki ini di laman web rasmi mereka-






Tiada ulasan: