Motor skuter tak boleh jalan

Gambar belt
belting 


Motor skuter memang mudah dan sedap naik,pulas saja minyak terus  jalan dan tak perlu ribut tukar masuk gear.Pada saya motor skuter memang best sebagai motor pergi kerja di bandar pesat banyak kenderaan,untuk ke pasar pun terbaik sebab banyak barang boleh muat.

Jika anda mahu beli motor baru untuk kegunaan harian saya syorkan belilah sebiji skuter dan anda akan puas hati.

Ok,persoalaannya adakah motor scooter   tak cerewet dari segi penyelenggaraan kondisinya.Pada saya ia sama sahaja seperti motor biasa guna gear,tak ada beza.Setiap bulan anda perlu ke bengkel untuk membuat pemeriksaan kondisi motor itu bagi memastikan ia kekal sihat.Minyak hitam,plug,air bateri,servis penapis angin adalah perlu dipantau setiap bulan,semudah itu sahaja.

Macam mana dari segi ketahanan,adakah skuter lebih tahan dari motor manual?

Saya berpendapat ia bergantung kepada cara guna motor oleh si pemakai dan selain itu adalah kualiti motor itu.Kalau si pemakai agak kasar caranya maka lebih cepat rosak la motor itu,saya juga selalu perhatikan pemilik skuter memang suka perah minyak( throttle) mengejut mungkin asyik dengan pick up motor skuter yang best itu.Apa kesannya dengan cara tunggangan seperti itu?

Motor perah minyak tak boleh jalan


Skuter adalah motor dengan enjin automatik dan ia tidak menggunakan rantai dan sprocket seperti mana motor manual tapi pasti ia mempunyai tranmisi untuk bergerak/jalan.

Sistem belting pada skuter cukup lancar semasa menunggang dan ia juga lebih senyap dari sistem gegancu(sprocket).Jika sprocket sudah haus bermakna pemilik perlu menggantikannya dan begitu juga dengan belt(tali sawat) perlulah diganti apabila sampai waktunya.

Selain belt beberapa barangan sokongan lain seperti bola pulley, rumah pulley serta auto belt perlu diperiksa jika berlaku haus(rosak) juga diganti baru.Tapi barangan ini tidak semestinya wajib ganti,hanya jika perlu.Kos menukar belting skuter berserta barangan disebut dalam anggaran  MYR 300 kebawah.Memang mahal kann..berbanding rantai sprocket,MYR 50 kebawah untuk satu set.Harga tukar rantai sprocket adalah jauh lebih jimat berbanding menukar belt lengkap.

Gambar pulley belt scooter
Roller pulley 


Seperti tajuk hari ini motor perah minyak tak boleh jalan itu adalah tanda menunjukkan belting skuter anda sudah putus.Punca belt putus disebabkan tempoh penukarannya dilanjutkan ertinya sudah terlalu lama digunakan.

Selalunya kita dapat kesan lebih awal sebelum masalah ini berlaku iaitu enjin  berbunyi semasa berjalan.Sebaiknya sewaktu itu perlu disegerakan membuat pemeriksaan lanjut di bengkel.Itu adalah lebih baik sebelum anda menolak skuter sebab tak boleh jalan di tepi highway.

Di mana tempat belt pada skuter?


Ok,saya tunjukan kepada anda di mana tempat /lokasi drive belt pada motor skuter anda.Lihat gambar di bawah ini.


Gambar lokasi belt skuter



Tak ada masalah jika memiliki skuter sebagai motor tunggangan harian ia tidaklah membabitkan penyelenggaraan begitu tinggi jika ia diselenggara mengikut jadual yang betul.Servis awal boleh menyelamatkan kerosakan total dan menjimatkan belanja pemilik.

Berpadanan jika saya katakan jika kita belanja MYR 120 untuk menukar belt sahaja dalam tempoh masa 6 bulan(20km/hari) atau lebih.Dengan jarak waktu tukar yang lama sudah tentu dikira jimat bukan.

Cakap Pomen Motor " tunggang dengan cermat untuk elak kerosakan total,jangan tunggu motor skuter anda tak boleh jalan baru mahu tukar belt..:p
wassalam.."

7 ulasan:

farah nadiah abdul kudus berkata...

Kalau speed meter motor skuter rosak kenapa ya?

Repair Motor berkata...

Mungkin kabel putus cik..atau metergear bermasalah

Unknown berkata...

Sy pengguna ego lc125 , hmpir 3 tahun memggunakan mtor ini dan sejak beli sy takpernah tuka apa apa selain minyak itam dan minyak gear . Boleh jd bahaya ke ya

Jentayu713 Jentayu713 berkata...

Nak tanya sepatutnya berapa bilan sekali ye utk servis skuter??? N boleh taw x kenapa skuter ssah skit start??

Repair Motor berkata...

Kurang dari 3 bulan..motor skuter bateri nak betul2 kuat kalau tak start pakai kaki

Unknown berkata...

moto ego advantiz start blh tayar blkang langung tak gerak, knp ye cik?

Unknown berkata...

Itu hari minyak enjin moto scuter Ego S115 saya kehabisan masa buka baru je kering tapi masih ada sikit menetes minyak hitamnya...yg ingin saya tanya adakah suatu hari nanti akan mengakibatkan kerusakan atau masalah pada motor tersebut terima kasih...😊