Minyak hitam synthetic

Mengenai minyak hitam synthetic, mineral,semi-synthetic serta cirinya


Baikimotor.com-mengenai minyak hitam synthetic sebagai pelincir enjin terbaik untuk motor mahupun kenderaan lain kereta,trak dan sepertinya.Adakah benar kenyataan ini? Ya,bagi saya memang benar berdasarkan aduan pelanggan saya,mereka cukup puas hati bila menggunakan minyak motor synthetic menggantikan minyak  lama lain jenis sebelum ini.Ringan dan lancar enjin kata mereka..

Oleh kerana berasa ingin tahu lebih mendalam tentang minyak hitam synthetic ini jadi saya telah menggali beberapa maklumat dari pelbagai sumber carian Google serta video dan akhirnya saya mendapat keputusan tentang minyak synthetic ini.


Pengertian synthetic itu bererti produk kimia,campuran komponen kimia,bukan semulajadi,buatan manusia dan kerapkali hasil dari modifikasi semulajadi.Jadi hubungkaitnya bermakna minyak synthetic bererti minyak buatan sebaliknya jika dibandingkan dengan minyak mineral yang menggunakan 90% minyak bumi dan 10% adalah ubat(addictive).Minyak semi-synthetic juga berbeza di antara keduanya iaitu menggunakan 30% bahan synthetic dan 70% mineral.

Apapun yang jelas minyak mineral adalah paling banyak digunakan untuk motor kerana harga yang menjimatkan berbanding synthetic berlipat ganda perlu dibayar untuk satu liter botol minyak.Harus tahu minyak motor mineral adalah masih kasar(komponen zarah) pembuatannya,hanya sekadar minyak  jadi minyak ini sesuai untuk enjin lama yang bergerak perlahan tanpa prestasi cermerlang yang dituntut oleh sebuah enjin yang sentiasa berkerja keras atau pada sebuah enjin moden
yang berkelajuan tinggi.Terciptanya minyak hitam synthetic asal adalah kerana kekurangan minyak bumi di negara tertentu jadi untuk memenuhi permintaan mereka telah mereka cipta di makmal terdahulu dengan kerja  mengekstrak dan campuran bahan kimia untuk menjadikan ia sejenis minyak yang begitu halus,bersih dengan prestasi begitu menkagumkan.

Kelebihan minyak synthetic 


Kelebihan berkenaan kelikatan pada suhu rendah dan tinggi melampau  (VI) ,indeks kelikatan lebih baik,
Kestabilan kimia yang kurang mericih, kurang  penyejatan/kering ,  halang pengoksidaan, kerosakan haba dan minyak berlendir,waktu tukar minyak  yang dilanjutkan, meningkatkan kuasa kuda dan tork disebabkan oleh seretan kurang pada enjin,Kecekapan bahan api yang lebih baik - dari 1.8% hingga 5% telah didokumenkan dalam ujian dan itulah antara kelebihan minyak hitam synthetic.

Indeks yang tinggi di atas 180 pada minyak synthetic adalah sifat asalnya menjadikan ia kadang kala tidak perlukan penambahan ubat   sepertimana minyak mineral dengan indeks di bawah 120.

Setiap minyak hitam akan berlaku perubahan kelikatan pada suhu semakin panas,ia mula berubah dari pekat kepada cair.Jika minyak itu lebih cepat berubah bermakna ia mempunyai kadar indeks yang rendah dan sebalik berlaku jika dengan kadar indeks yang tinggi seperti minyak synthetic.

Solusi untuk mengatasi masalah itu,sedikit sedikit impruvasi pada indeks dibuat dengan bahan dinamakan Viscosity Index Improver (Vii).Kekurangan minyak dengan Vii yang tinggi pula adalah ia merosot dalam beberapa tempoh waktu diguna pakai.Kelebihan lagi untuk minyak synthetic yang kekal lebih lama penggunaannya,bermakna waktu tukar minyak turut dilanjutkan.


Ciri minyak synthetic 


Minyak hitam dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang berbeza ciri pembembuatannya.Di sini juga menentukan sama ada minyak itu adalah minyak mineral,semi-synthetic atau full synthetic atau fully -synthetic

Kumpulan 1,2 adalah minyak mineral iaitu paling jimat harga serta paling popular digunakan pakai pada kenderaan komersil.Kumpulan 3 ialah minyak mineral berprestasi tinggi dengan pembaikan.Kadang-kala minyak ini juga dilebal pada botol sebagai minyak synthetic pada negara tertentu.Ini adalah kerana terdapat pencanggahan diantara komponi pengeluar minyak hitam pada suatu masa dahulu.Kumpulan 4,5 ini ialah minyak betul-betul synthetic 'full synthetic'.5 menggunakan bahan kimia ester dan 4 menggunakan Polyalphaolefin(PAO).Saya percaya minyak motul ada menggunakan ester.Pennzoil pula dikatakan di antara minyak synthetic terbaik dengan menemui formula mengekstrak dari gas asli.





Oleh kerana pencanggahan pada kumpulan 3 itu dengan minyak full synthetic maka timbul keraguan yang mana satu minyak 100% synthetic dan apakah ciri
perbezaannya?.

Mineral +additive
 =mineral atau full synthetic

Synthetic(PAO,ester)+additive
=100% synthetic

Tidak ada yang menjamin yang mana satu 100% minyak hitam synthetic,ia terserah kepada komponi pengeluar jika mahu melebalkan sebagai 100% synthetic atau full synthetic yang dilabel pada botol.SAE,Api atau JASO hanya menjalankan ujian dan memberi gred kelikatan tidak pedulikan unsur digunakan samada asas minyak bumi atau synthetic.

Rujukan

http://knowhow.napaonline.com/synthetic-oil-made/

https://en.m.wikipedia.org/wiki/Synthetic_oil


http://www.synthetic-oil-technology.info

https://www.bizol.com/company/education/lubricant-knowledge-base/why-synthetic-motor-oil

Video



Cakap Pomen Motor " Adalah begitu baik jika menggunakan minyak hitam synthetic tapi belum tahu bayaran harga begitu tinggi menjamin kita mendapat produk 100% synthetic..hanya kepercayaan pada komponi tertentu berdasarkan sekeping label diberi ..:) ".















Tiada ulasan: