Keseimbangan badan naik motor

Cara belajar keseimbangan badan ala pelumba motogp



Assalamualaikum,

Baikimotor.com-Penambahan lagi untuk kesinambungan artikel belajar membawa motor untuk anda.Kali ini saya share lagi 1 video yang agak berguna juga untuk anda, saya atau sesiapa sahaja semasa naik motor iaitu mengenai keseimbangan badan atau stability bila bawa motor. Ini penting ya terutama jika motor itu agak berat,kita perlu kawal posisi badan kita supaya kita tidak tersasar,terbabas ke pinggir jalan.

Dari pengalaman saya belajar bawa motor dulu yang membuatkan saya terbabas ketepi jalan semasa selekoh ialah kerana kesalahan keseimbangan badan. Teringat lagi kejadian tu saya baru lepas belajar jalan lurus, dan masanya untuk cuba selekoh pula, kesilapan saya buat ialah membawa berat badan ke arah bertentangan...belok ke ke kiri tapi badan pergi ke kanan.. Haha

Terus terbabas ketepi... Nasib dengan tenang naik ke jalan semula :)

Rupanya itu teknik pelumba motocross tak boleh praktik di jalanraya, yang sebetulnya kita perlu membawa berat ke sebelah hala tuju khasnya bila motor berat. Kalau motor ringan tak kisah, kekalkan posisi kat tengah-tengah bagi motor seimbang. Yang penting bahu dan pergelangan tangan biar lembut, senang kawal semasa membelok ke kanan dan kiri.

Contohnya kita selalu lihat pelumba motor,motogp umpanya..seakan-akan mereka bergayut pada motor semasa di selekoh,lutut pun pasti cecah jalan.Jadi kenapa aksi sebegini dilakukan,apa maknanya semua ini? Kita lihat video mengenai cara kawal pergerakan badan semasa naik motor ini. Artikel kali ini bukan mengajar anda membawa motor secara merbahaya ya... Tetapi ada sesuatu yang dapat direnungkan disini sambil rehat-rehat minda ya :)

Video versi English





Tiada ulasan: