Halaman

Asas elektrik motosikal


Gambar coil

Belajar mekanik motor bab 9-pengenalan komponen  asas wiring 


Baikimotor.com hari ini melanjutkan pelajaran mekanik motor ke bahagian elektrik atau wiring setelah post terdahulu post mengenai membuat overhaul diterbitkan.Kita di sini akan mengenal beberapa komponen asas elektrik serta cara kerja ia pada motosikal.

Kuasa elektrik pada motosikal terbahagi kepada 2 bahagian iaitu untuk nyalaan enjin dan nyalaan lampu.Nyalaan enjin hanya 1 iaitu untuk menyalakan api spark plug dan nyalaan lampu adalah untuk nyalakan lampu depan,belakang signal,lampu kecil meter panel,signal,horn dan beberapa lagi.

Nyalaan enjin hanya satu kegunaan iaitu untuk menghidupkan spark plug.Andaikata berlaku masalah spark plug tak ada api ini merujuk kepada kerosakan atau kegagalan pada mana-mana membabitkan komponen nyalaan .3 komponen berkenaan penyebab spark plug tak ada api 

sponsored links

Starter Coil


Stater coil ditempatkan di dalam megneto/flywheel pada tapaknya.Elektrik untuk nyalaan enjin bermula di sini bagi sistem Cdi.

Stater coil ialah sebiji komponen elektrik yang direka dengan beribu kali lilitan wayar tembaga halus padanya.Dengan hasilkan 12v untuk permulaan pada starter arus elektrik sekitar 20000v terhasil pada spark plug.


Cdi

Gambar cdi


Unit pengawal api (elektrik) bagi memastikan spark plug keluar api pada masa di tetapkan mengikut kitaran enjin samada 2 lejang atau 4 lejang.Kebanyakan motosikal baru telah beralih kepada sistem Tci.


Plug Coil

Gambar plug coil



Inilah tempat dimana 12v elektrik di besarkan menjadi beribu volt pada spark plug.Plug coil adalah unit komponen elektrik terakhir untuk nyalaan enjin sebelum spark plug.

Rumusnya cara kerjanya seperti ini

Starter coil-->cdi--->plug coil-->
spark plug

Bermakna setelah mengetahui cara kerja elektrik enjin kita dapat mencari punca spark plug tak ada api dengan membuat pemeriksaan mengikut turutan rumus di atas.


Terlerai sudah bahagian nyalaan enjin,kini kita belajar pula tentang nyalaan lampu.Walaupun pada body(-) yang sama,elektrik yang dihasilkan oleh sistem nyalaan lampu motosikal adalah tiada kaitan dengan nyalaan enjin kerana ia berlainan punca.Andainya motor tak ada lampu depan adalah disebabkan mentol terbakar,jika menukar mentol tidak berhasil kita perlu memeriksa pada suis handle dan tetap belum selesai maka perlulah membuat pemeriksaan pada komponen  ini;

Lamp Coil


Ini permulaan elektrik untuk nyalaan lampu.lamp coil terletak bersebelahan dengan starter coil.Seakan starter coil tapi dengan gegelung wayar yang lebih kasar.Arus elektrik dihasilkan ialah 6v atau 12v bergantung kepada jenis motosikal itu.Tenaga elektrik dihasilkan dari lamp coil ialah untuk nyalakan lampu besar dan juga sebagai pengecas bateri.


Bateri


Fungsi Bateri untuk motosikal ialah untuk hidupkan lampu kecil,lampu signal,brek,horn kecuali lampu besar depan dan lampu belakang.Walaupun bateri menghasilkan arus elektriknya sendiri tapi ia perlukan elektrik dari lamp coil sebagai pengecas balik supaya ia kekal bertenaga.


Rectifier 

Gambar rectifier


Rectifier sebagai alat kawalan arus elektrik atau cut off supaya volt dihasilkan lebih stabil untuk  nyalaan lampu.Kesan apabila rectifier rosak ialah menyebabkan mentol cepat terbakar atau lampu malap.

Rumus bagi nyalaan lampu ialah

Lamp coil-->rectifier-->bateri-->
suis-->lampu


Gambar switch handle



Tambahan di atas ialah suis kiri-kanan pada bar handle adalah alat pengagih elektrik kepada bahagian tertentu.

Di atas adalah komponen asas dalam sistem elektrik motosikal,lain-lain tambahan pada sistem nyalaan adalah alat sampingan sahaja seperti kondensor untuk kelipkan signal.


Cakap Pomen Motor " tidak sukar membuat wiring motosikal jika mengetahui cara kerja serta susun aturnya,jangan lupa On switch yaa..ok,kita bersambung lagi pada BAB SETERUSNYA  lampu depan tak nyala .."










sponsored links
Selamat datang ke blog peribadi saya khusus untuk anda yang minat belajar mekanik motosikal,belajar mekanik secara online.Belajar asas mekanik motor dari mula melalui pemahaman mudah..terus ke sini untuk bermula..

Show comments
Hide comments

25 ulasan:

  1. assalm....nak tnye ..sye mnggunakn motor nsr150 ...masalh nye apakah punca bunyi motor jadi sebak atau kurang api???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Cuba bos buat servis karburator dan power valve
      Dulu kemudian cuci ekzos jika perlu..

      Padam
    2. Askm.. apakh punca n masalah lc135 sy smput2 n cpt mati..?

      Padam
  2. Salam..nak tnya ni...sya pengguna motosikal tzm 150. ..tp?ada sedikit masalah kerana takdapat hidup disebabkan tiada spark kat plug...sebenarnya,,apa yg rosak??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam,

      Perlu check ikut aturan bos,rangka saya dah kongsikan diatas

      Step-
      Tzm check dari bawah
      Coil magnet-->cdi-->plug coil

      Check juga kunci

      Padam
  3. Hye...sya merupakan pengguna motosikal tzm 150. ..so,sya ada masalah skit dngn moto...sbb tak dapat hidup kerana tiada arus electric. ..jadi..apa yg rosak sebenarnya??

    BalasPadam
  4. bos nak tnye masalah motor kriss... masalah nyee bile saya on kunci api tak ade bile saya off kunci api ade kunci baru?? ape masalah nyee yee.. (kunci 2wayar)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kunci baru pon kadang bermasalah..cuba tukar wayar

      Padam
  5. Salam admin
    Motor ex5 saya, lampu N and top serta jarum minyak tidak berfungsi.
    Ada masa lampu N n top tu ada, serta merta meter pun berfungsi.
    Rasa apa yang tak kena ya admin?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam

      Kemas2 sikit wayar socket meter tu or mungkin dh ada wayar yang hampir putus

      Padam
  6. Salam admin
    Motor wave 125x
    Masalah motor boleh start sperti biasa.. Tp selepas bgerak dlm 3 4 km.. Motor akan mati.. Tunggu selama 30 minutes. Start. Boleh jln sperti biasa.. Dan masalah berulang.

    Troubleshoot yg telah d ambil
    Top overhaul
    Services carb
    Tukar coil plug

    Tp masalah masih ada.

    Ada cadangan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try tukar cdi. Cdi tu ms sejuk dia ok. Lepas jln lama sket jd panas jd kong. Tgu sejuk dia akan ok balik. So cuba tukar cdi

      Padam
  7. salam admin..sy nak tanye mto ex5 jadi semput2 macam nak mati la lepas bawa lebih 50kmj.. kaburator dah service, coil magnet pon dah tukar, tukar plug baru pon masih sama keadaan dia... kenapa ye?

    BalasPadam
  8. Salam tuan..motor baru skrg da tak ada suis utk on off lampu besar(depan belakang)...dari mane se elok nya nk kerat wayar tu...contoh rs 150...

    BalasPadam
  9. Salam.. nk tanya rectifier .. suma wayar menyala ke.. .? Bila di test.. maaf saya budak baru belajo lg

    BalasPadam
  10. salam admin. motor kriss 2 110 bila brek, lampu akan malap. pasang signal pun sama, malap dan terang (ikut rentak signal). agak2 apa masalahnya tu? bateri dh tukar baru. sama jugak.

    BalasPadam
  11. Salam admin.nak tanya sikit ni kenapa moto kriss 2 saya fius dekat battry suka putus dan wayer coil magnet panas sikit

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum Admin,
    Nak tanya sikit,ape sbb semasa start enjin miter angin xduduk diam mcm spatoknye dia duduk.
    Start enjin miter duduk antara 0 ' 1 n dia begerak dari antara 0 ' 1 naik nak sampai ke 2/ .bnyak bgeral mcm tu la.

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum, saya pengguna motor tzm 150 .. saya ada 2 masalah di sini .. 1. Motor saya xde api .. saya dah buka coil magnet , ignition coil dan cdi tapi saya masi tak tahu mana yg rosak sebab saya xtau cara utk periksa coil magnet dan cdi samada baik atau rosak .. ada sesiapa boleh ajarkan cara tak? Masaah kedua , main kunci (Kunci) xleh hidup .. boleh bagitau tentang sambungan wayar kunci tak ?

    BalasPadam
  14. salam bang
    saya pakai motor kriss mr1
    masalah dia bateri dah tukar
    lepas 3 hari horn,signal,meter minyak kembali tak berfungsi lagi
    rectifier panas elok tapi cas tak masuk ke bateri
    sebab ape agaknya

    BalasPadam
  15. Motor c70 gboj.suis on off xberfungsi.terpaksa cabut wayar coil.mcamana tu.

    BalasPadam

Salam pembaca,

Silakan berkomentar dengan bijak untuk manfaat diri anda dan semua orang.komen yang ada unsur negatif dan tidak relevan dengan tajuk artikel terpaksa di alih keluar.maaf kerana kesulitan itu.
Jika ada sebarang pertanyaan lain sila lihat halaman 'contact saya'

Jika soalan anda sukar diterjemahkan dengan tulisan anda boleh hantar video kepada kami,baca link dibawah ini

https://www.baikimotor.com/2018/04/motor-ayam-channel-video-permotoran.html?m=1


Sekian,terima kasih.