Asas elektrik motosikal


Gambar coil

Belajar mekanik motor bab 9-pengenalan komponen  asas wiring 


Baikimotor.com hari ini melanjutkan pelajaran mekanik motor ke bahagian elektrik atau wiring setelah post terdahulu post mengenai membuat overhaul diterbitkan.Kita di sini akan mengenal beberapa komponen asas elektrik serta cara kerja ia pada motosikal.

Kuasa elektrik pada motosikal terbahagi kepada 2 bahagian iaitu untuk nyalaan enjin dan nyalaan lampu.Nyalaan enjin hanya 1 iaitu untuk menyalakan api spark plug dan nyalaan lampu adalah untuk nyalakan lampu depan,belakang signal,lampu kecil meter panel,signal,horn dan beberapa lagi.

Nyalaan enjin hanya satu kegunaan iaitu untuk menghidupkan spark plug.Andaikata berlaku masalah spark plug tak ada api ini merujuk kepada kerosakan atau kegagalan pada mana-mana membabitkan komponen nyalaan .3 komponen berkenaan penyebab spark plug tak ada api 

sponsored links

Starter Coil


Stater coil ditempatkan di dalam megneto/flywheel pada tapaknya.Elektrik untuk nyalaan enjin bermula di sini bagi sistem Cdi.

Stater coil ialah sebiji komponen elektrik yang direka dengan beribu kali lilitan wayar tembaga halus padanya.Dengan hasilkan 12v untuk permulaan pada starter arus elektrik sekitar 20000v terhasil pada spark plug.


Cdi

Gambar cdi


Unit pengawal api (elektrik) bagi memastikan spark plug keluar api pada masa di tetapkan mengikut kitaran enjin samada 2 lejang atau 4 lejang.Kebanyakan motosikal baru telah beralih kepada sistem Tci.


Plug Coil

Gambar plug coil



Inilah tempat dimana 12v elektrik di besarkan menjadi beribu volt pada spark plug.Plug coil adalah unit komponen elektrik terakhir untuk nyalaan enjin sebelum spark plug.

Rumusnya cara kerjanya seperti ini

Starter coil-->cdi--->plug coil-->
spark plug

Bermakna setelah mengetahui cara kerja elektrik enjin kita dapat mencari punca spark plug tak ada api dengan membuat pemeriksaan mengikut turutan rumus di atas.


Terlerai sudah bahagian nyalaan enjin,kini kita belajar pula tentang nyalaan lampu.Walaupun pada body(-) yang sama,elektrik yang dihasilkan oleh sistem nyalaan lampu motosikal adalah tiada kaitan dengan nyalaan enjin kerana ia berlainan punca.Andainya motor tak ada lampu depan adalah disebabkan mentol terbakar,jika menukar mentol tidak berhasil kita perlu memeriksa pada suis handle dan tetap belum selesai maka perlulah membuat pemeriksaan pada komponen  ini;

Lamp Coil


Ini permulaan elektrik untuk nyalaan lampu.lamp coil terletak bersebelahan dengan starter coil.Seakan starter coil tapi dengan gegelung wayar yang lebih kasar.Arus elektrik dihasilkan ialah 6v atau 12v bergantung kepada jenis motosikal itu.Tenaga elektrik dihasilkan dari lamp coil ialah untuk nyalakan lampu besar dan juga sebagai pengecas bateri.


Bateri


Fungsi Bateri untuk motosikal ialah untuk hidupkan lampu kecil,lampu signal,brek,horn kecuali lampu besar depan dan lampu belakang.Walaupun bateri menghasilkan arus elektriknya sendiri tapi ia perlukan elektrik dari lamp coil sebagai pengecas balik supaya ia kekal bertenaga.


Rectifier 

Gambar rectifier


Rectifier sebagai alat kawalan arus elektrik atau cut off supaya volt dihasilkan lebih stabil untuk  nyalaan lampu.Kesan apabila rectifier rosak ialah menyebabkan mentol cepat terbakar atau lampu malap.

Rumus bagi nyalaan lampu ialah

Lamp coil-->rectifier-->bateri-->
suis-->lampu


Gambar switch handle



Tambahan di atas ialah suis kiri-kanan pada bar handle adalah alat pengagih elektrik kepada bahagian tertentu.

Di atas adalah komponen asas dalam sistem elektrik motosikal,lain-lain tambahan pada sistem nyalaan adalah alat sampingan sahaja seperti kondensor untuk kelipkan signal.


Cakap Pomen Motor " tidak sukar membuat wiring motosikal jika mengetahui cara kerja serta susun aturnya,jangan lupa On switch yaa..ok,kita bersambung lagi pada BAB SETERUSNYA  lampu depan tak nyala .."










8 ulasan:

Abe Kamil berkata...

assalm....nak tnye ..sye mnggunakn motor nsr150 ...masalh nye apakah punca bunyi motor jadi sebak atau kurang api???

Mad Malaysia berkata...

Walaikumsalam

Cuba bos buat servis karburator dan power valve
Dulu kemudian cuci ekzos jika perlu..

Unknown berkata...

Salam..nak tnya ni...sya pengguna motosikal tzm 150. ..tp?ada sedikit masalah kerana takdapat hidup disebabkan tiada spark kat plug...sebenarnya,,apa yg rosak??

Michael berkata...

Hye...sya merupakan pengguna motosikal tzm 150. ..so,sya ada masalah skit dngn moto...sbb tak dapat hidup kerana tiada arus electric. ..jadi..apa yg rosak sebenarnya??

Repair Motor berkata...

Walaikumsalam,

Perlu check ikut aturan bos,rangka saya dah kongsikan diatas

Step-
Tzm check dari bawah
Coil magnet-->cdi-->plug coil

Check juga kunci

Muhammadrasin Syazani berkata...

bos nak tnye masalah motor kriss... masalah nyee bile saya on kunci api tak ade bile saya off kunci api ade kunci baru?? ape masalah nyee yee.. (kunci 2wayar)

Mad Malaysia berkata...

Kunci baru pon kadang bermasalah..cuba tukar wayar

Abdul Rahman Johari berkata...

Salam admin
Motor ex5 saya, lampu N and top serta jarum minyak tidak berfungsi.
Ada masa lampu N n top tu ada, serta merta meter pun berfungsi.
Rasa apa yang tak kena ya admin?