Asas elektrik motosikal

Gambar coil

Belajar mekanik motor bab 9-pengenalan komponen  asas wiring 

Baikimotor.com hari ini melanjutkan pelajaran mekanik motor ke bahagian elektrik atau wiring setelah post terdahulu post mengenai membuat overhaul diterbitkan.Kita di sini akan mengenal beberapa komponen asas elektrik serta cara kerja ia pada motosikal.

Kuasa elektrik pada motosikal terbahagi kepada 2 bahagian iaitu untuk nyalaan enjin dan nyalaan lampu.Nyalaan enjin hanya 1 iaitu untuk menyalakan api spark plug dan nyalaan lampu adalah untuk nyalakan lampu depan,belakang signal,lampu kecil meter panel,signal,horn dan beberapa lagi.

Nyalaan enjin hanya satu kegunaan iaitu untuk menghidupkan spark plug.Andaikata berlaku masalah spark plug tak ada api ini merujuk kepada kerosakan atau kegagalan pada mana-mana membabitkan komponen nyalaan .3 komponen berkenaan penyebab spark plug tak ada api 

sponsored links

Starter Coil

Stater coil ditempatkan di dalam megneto/flywheel pada tapaknya.Elektrik untuk nyalaan enjin bermula di sini bagi sistem Cdi.

Stater coil ialah sebiji komponen elektrik yang direka dengan beribu kali lilitan wayar tembaga halus padanya.Dengan hasilkan 12v untuk permulaan pada starter arus elektrik sekitar 20000v terhasil pada spark plug.

Cdi

Gambar cdi

Unit pengawal api (elektrik) bagi memastikan spark plug keluar api pada masa di tetapkan mengikut kitaran enjin samada 2 lejang atau 4 lejang.Kebanyakan motosikal baru telah beralih kepada sistem Tci.

Plug Coil

Gambar plug coil

Inilah tempat dimana arus elektrik dilepaskan menjadi beribu volt pada spark plug.Plug coil adalah unit komponen elektrik terakhir untuk nyalaan enjin sebelum spark plug.

Rumusnya cara kerjanya seperti ini

Starter coil–>cdi—>plug coil–>
spark plug

Bermakna setelah mengetahui cara kerja elektrik enjin kita dapat mencari punca spark plug tak ada api dengan membuat pemeriksaan mengikut turutan rumus di atas.

Terlerai sudah bahagian nyalaan enjin,kini kita belajar pula tentang nyalaan lampu.Walaupun pada body(-) yang sama,elektrik yang dihasilkan oleh sistem nyalaan lampu motosikal adalah tiada kaitan dengan nyalaan enjin kerana ia berlainan punca.Andainya motor tak ada lampu depan adalah disebabkan mentol terbakar,jika menukar mentol tidak berhasil kita perlu memeriksa pada suis handle dan tetap belum selesai maka perlulah membuat pemeriksaan pada komponen  ini;

Lamp Coil

Ini permulaan elektrik untuk nyalaan lampu.lamp coil terletak bersebelahan dengan starter coil.Seakan starter coil tapi dengan gegelung wayar yang lebih kasar.Arus elektrik dihasilkan ialah 6v atau 12v bergantung kepada jenis motosikal itu.Tenaga elektrik dihasilkan dari lamp coil ialah untuk nyalakan lampu besar dan juga sebagai pengecas bateri melalui katab.

Bateri

Fungsi Bateri untuk motosikal ialah untuk hidupkan lampu kecil,lampu signal,brek,horn kecuali lampu besar depan dan lampu belakang.Walaupun bateri menghasilkan arus elektriknya sendiri tapi ia perlukan elektrik dari lamp coil sebagai pengecas balik supaya ia kekal bertenaga.

Rectifier / katab

Gambar rectifier

Rectifier ataupun sering disebut “katab” berfungsi sebagai alat kawalan arus elektrik atau cut off supaya volt dihasilkan lebih stabil untuk  nyalaan lampu.

Rectifier mempunyai 2 fungsi pertama ialah untuk menukar arus elektrik AC dari starter coil ke kuasa DC supaya ia boleh mengecas bateri. Lagi tentang AC – DC

Kedua ialah supaya memastikan bahawa voltan disampaikan dalam had tertentu, untuk tidak merosakkan bateri,mentol etc.

Kesan apabila rectifier rosak ialah menyebabkan mentol cepat terbakar atau lampu malap.

Rumus bagi nyalaan lampu ialah

Lamp coil–>rectifier–>bateri–>
suis–>lampu

Gambar switch handle




Tambahan di atas ialah suis kiri-kanan pada bar handle adalah alat pengagih elektrik kepada bahagian tertentu.

Di atas adalah komponen asas dalam sistem elektrik motosikal,lain-lain tambahan pada sistem nyalaan adalah alat sampingan sahaja seperti kondensor untuk kelipkan signal.

Cakap Pomen Motor ” tidak sukar membuat wiring motosikal jika mengetahui cara kerja serta susun aturnya,jangan lupa On switch yaa..ok,kita bersambung lagi pada BAB SETERUSNYA  lampu depan tak nyala ..”

Random Posts

  • Tyre tire lever for motorcycle by Godore

    Try now tyre tire lever for motorcycle by Gedore Get now >>        Gedore Tyre lever 16″, 400 […]

  • Servis motor modenas Elegan 150cc

    Salam pembaca – Kalau anda adalah pengguna motor skuter Modenas Elegan ini adalah artikel khas untuk anda.Seperti sebelumnya pasti ada […]

  • Khabar motor baru Malaysia

     motor baru Malaysia Ruangan baru CPM _khabar Motor Baru Malaysia akan menemui anda setiap Kali kami mendengar khabar berita ada […]

  • Cara uji plug OK ke tak

    Test spark plug  Spark plug OK ataupun tak Salam semua pengguna motor,Postingan kali ini ialah mengenai cara uji spark plug(palam […]

29 thoughts on “Asas elektrik motosikal

  1. Hye…sya merupakan pengguna motosikal tzm 150. ..so,sya ada masalah skit dngn moto…sbb tak dapat hidup kerana tiada arus electric. ..jadi..apa yg rosak sebenarnya??

  2. Salam..nak tnya ni…sya pengguna motosikal tzm 150. ..tp?ada sedikit masalah kerana takdapat hidup disebabkan tiada spark kat plug…sebenarnya,,apa yg rosak??

  3. bos nak tnye masalah motor kriss… masalah nyee bile saya on kunci api tak ade bile saya off kunci api ade kunci baru?? ape masalah nyee yee.. (kunci 2wayar)

  4. Salam admin
    Motor ex5 saya, lampu N and top serta jarum minyak tidak berfungsi.
    Ada masa lampu N n top tu ada, serta merta meter pun berfungsi.
    Rasa apa yang tak kena ya admin?

  5. Salam admin
    Motor wave 125x
    Masalah motor boleh start sperti biasa.. Tp selepas bgerak dlm 3 4 km.. Motor akan mati.. Tunggu selama 30 minutes. Start. Boleh jln sperti biasa.. Dan masalah berulang.

    Troubleshoot yg telah d ambil
    Top overhaul
    Services carb
    Tukar coil plug

    Tp masalah masih ada.

    Ada cadangan?

  6. salam admin..sy nak tanye mto ex5 jadi semput2 macam nak mati la lepas bawa lebih 50kmj.. kaburator dah service, coil magnet pon dah tukar, tukar plug baru pon masih sama keadaan dia… kenapa ye?

  7. Salam tuan..motor baru skrg da tak ada suis utk on off lampu besar(depan belakang)…dari mane se elok nya nk kerat wayar tu…contoh rs 150…

  8. salam admin. motor kriss 2 110 bila brek, lampu akan malap. pasang signal pun sama, malap dan terang (ikut rentak signal). agak2 apa masalahnya tu? bateri dh tukar baru. sama jugak.

  9. Assalamualaikum Admin,
    Nak tanya sikit,ape sbb semasa start enjin miter angin xduduk diam mcm spatoknye dia duduk.
    Start enjin miter duduk antara 0 ' 1 n dia begerak dari antara 0 ' 1 naik nak sampai ke 2/ .bnyak bgeral mcm tu la.

  10. Assalamualaikum, saya pengguna motor tzm 150 .. saya ada 2 masalah di sini .. 1. Motor saya xde api .. saya dah buka coil magnet , ignition coil dan cdi tapi saya masi tak tahu mana yg rosak sebab saya xtau cara utk periksa coil magnet dan cdi samada baik atau rosak .. ada sesiapa boleh ajarkan cara tak? Masaah kedua , main kunci (Kunci) xleh hidup .. boleh bagitau tentang sambungan wayar kunci tak ?

  11. Salam tuan..saya nak tanya la,motor wave125 sy lepas modi spec55mm bila nak pulas motor nya sengguk-sengguk,nak pulas habis memang tak dapat.geram je..dengan lampu panel miter semua pudar.battery da tukar baru pun sama.boleh tunjuk ajar tak tuan,apa punca nya.pening dah mikirkan..terima kasih.

  12. Salam. Saya ingin bertanya masalah motor Honda Wave125x ultimo. Enjin akan semput/jerked apabila seluruh lighting di panel meter, signal, hon tidak berfungsi, kecuali lampu depan nyala spt normal. Dalam keadaan semput setelah segala lighting tidak berfungsi, throttle tidak boleh dilepaskan. Sekiranya dilepaskan enjin akan mati dengan mengejut. Setakat ini, fuel coil telah ditukar baru. Saya menukar fuel coil adalah kerana Moto semput dan mati apabila lampu pada panel tidak berfungsi. Adakah CDI memainkan peranan pada lampu2, signal Dan hon kecuali lampu depan. Selepas hampir sejam motor akan hidup kembali dan masalah enjin mati/lampu panel mati akan berulang. T.kasih

  13. Salam, saya baru pakai coil plug uma racing dekat ex5 110 yang standard dalam 2 hari lepas. Harini masa bawak jalan jauh, tiba tiba motor sengguk sengguk lepastu taknak hidup. Kalau dah pakai coil racing, kena set mj pj ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*
*