Tips membeli motor second hand ringkas

tips ringkas cara beli motor [email protected] hand supaya tidak rugi

Sempena musim hujan ini baikimotor.com akan terbitkan lebih sikit artikel jadi yang tak boleh keluar tu takut basah bolehla rileks baca berkenaan Tips Membeli Motor Second [email protected] lama yang terpakai.
 
Artikel pendek ini ditujukan khas buat anda yang berhajat membeli sebuah motor dari kawan ke atau dari orang lain.Mahu tanya sebelum saya bagi tips..,Apa yang anda lihat jika mahu beli motor second ni,dari segi apa yang dilihat?
Gambar motor lama vespa
Saya pasti yang pertamanya tawaran harga yang mampu dibeli,nombor 2 apa ya..?
Saya sarankan beli motor yang boleh jalan.Tapi boleh di abaikan jika motor yang bakal dibeli tu motor idaman sejak dulu lagi..tak ada stock dah..beli saja jika sudah bekenan..enjin tak boleh hidup tak kisah bukan boleh hantar repair nanti..ya,terserah jika sudah berkenan
Bagaimana jika kita bertujuan untuk buat pergi balik kerja saja dan tak kisah jenis motor apa pun..’bajet’ pun kurang dan apa caranya supaya kita tak ‘terkena’ nanti..beli motor second tapi harga jadi macam beli motor baru

Ciri yang dilihat pada motor lama yang bakal dibeli supaya tidak merugikan

Baikimotor.com memberi sedikit tips yang mungkin agak berguna untuk anda supaya anda tidak membuat pembelian yang merugikan.
*Artikel ini diterbitkan kerana pertanyaan dari beberapa sahabat dan mungkin juga solusi yang dicari anda sebelum membeli motor [email protected] hand
1.Motor ada geran
2.Body motor tak bengkok.Body/suspensis ini saya letak yang utama,sebabnya enjin ‘best’ macam mana pun kalau body bengkok..habis.
Bawa nanti tak sedap dan bahaya ketika di selekoh atau semasa menunggang laju..bahaya jangan dicari
Macam mana cara melihat body motor ok ke tak?..ringkas saja,yang pertama lihat dengan mata sendiri pastikan tayar belakang nampak lurus dengan tayar depan..luruskan tayar depan dulu..
Ke-2 cuba sendiri naik adakah rasa motor tu macam ketam jalan..
3…mahu cuba motor mesti enjin boleh hidup dulu,itulah yang saya sebutkan diawalan tadi..belilah motor lama enjin hidup,biar bunyi ‘gerabak keretapi’ pun tak mengapa asal boleh jalan dulu
Jika mahu diperhalusi pula faktor pemilihan dari segi enjin ini ialah kena tahu dulu ciri-ciri motor rosak ..baca dulu tu
Ok,sudah tahu bukan,jadi bolehlah buat kira-kira dengan harga motor second yang ditawarkan itu dengan kos buat Overhaul enjin..rugi atau untung? Itu saja..kalau rosak sikit-sikit tu boleh dipertimbangkan,nanti repair..bulan depan sikit lain bulan sikit..apa macam?
Cakap Pomen Motor ” ..sekian dulu untuk tips membeli motor second hand ini,selanjutnya jika kekurangan sila lah komen untuk padatkan info artikel ini..terima kasih,jumpa lagi..tunggang cermat”.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *